Isnin, Julai 08, 2019

"Duduk rumah je kan? Boleh lah beranak lagi."

Assalamualaikum, rasanya tahun ini paling kerap dapat soalan dan kenyataan ini. Kenyataan dan soalan ini dah lama aku dengar sejak dari dulu lagi tapi bukan kena dekat diri sendiri. Kali ini rasa macam terpanggil pulak nak meluahkan apa yang terbuku dalam otak ini.

Apakah jika seorang isteri menjadi surirumah sepenuh masa, dia boleh lahirkan anak seberapa ramai yang mampu. Fahamkah masyarakat bahawa dalam usaha menambah anak kita perlu memikirkan soal-soal lain. Antaranya:
  • Kemampuan fizikal seorang ibu, bagaimana keadaan ibu tersebut setiap kali mengandung. Adakah saat mengandung dia masih mampu berfungsi sebagi ibu dan isteri 100%. Sedar atau tidak bahawa ada wanita mengandung langsung tak boleh bangun untuk buat kerja. Adakah sejarah perubatan atau mengandung sebelum ini berjaya atau mengalami plasenta previa type 4.
  • Kemampuan ekonomi si bapa atau si suami. Apabila bertambah bilangan anak maka perbelanjaan pun bertambah. 
  • Kemampuan memenuhi emosi anak-anak, jika ibu mengandung dan ayah makin sibuk mencari rezeki, bagaimana emosi anak-anak yang masih kecil yang masih memerlukan kasih sayang. Tertunaikah kita sebagai ibubapa? Sesetengah wanita mengandung, emosinya macam ribut taufan bin angin bayu. Sekejab nak marah, sekejab sedih, sekejab ok...anda rasa anak kecil yang belum sekolah faham dan mampu ke manangung tempias emosi emak dia. 
  • Kemampuan mendidik akhlak dan akidah anak-anak. Usia anak 2-7 tahun amat penting untuk kita terapkan akidah dan akhlak anak-anak. Waktu ini kalau anak salah kita betulkan. Adakah seorang isteri sepenuh masa yang mengandung ditambah dengan alahan teruk mampu mendidik akhlak dan akidah anak.
Rasa cukup 4 point dulu...sebenarnya banyak hal yang perlu dititik beratkan dalam usaha menambah bilangan anak. Maka pada aku kalau nak tambah anak tengok kemampuan kita. Ada benda yang boleh kita rancang manakala ada yang diluar kawalan kita. Pada aku bab tambah anak adalah benda yang kita boleh pilih untuk rancang atau untuk biarkan ia begitu sahaja, kalau biar begitu sahaja faham-faham lah...kemalangan boleh berlaku bila-bila masa...

itu saja perkongsian hari ini..

Ahad, Julai 07, 2019

Pelan Langganan Kopi Arissto



Secara umum ada 2 jenis pelan yang ditawarkan oleh Arissto iaitu pelan menggunakan kad kredit dan pelan menggunakan kad debit. Bagi setiap kad ada 3 pelan yang ditawarkan iaitu member plan, gold plan dan vip plan. Semakin tinggi deposit yang diberikan semakin murah harga sekotak kapsul kopinya. Jangan risau deposit akan dipulangkan kembali setelah kita bagitahu nak behenti penggunaannya. Tempoh untuk pemberitahuan adalah 30hari sebelum. Secara ringkas pelan yang ditawarkan adalah seperti jadual dibawah...


Kalau berminat,tekan je link kat bawah ni..
www.wasap.my/MesinArissto
#hantukopi
#MesinKopiPremium

Mr.Y jadi juru cakap untuk majlis pertuangan Pok Tam

Assalamualaikum, balik raya terenganu kali ini kami ada misi...iaitu menyelesaikan majlis pertunangan adinda Aizuddin a.k.a Pok Tam. Hantaran yang dibawa hanya 3 berbalas 3. Sebenarnya sebulan sebelum majlis kami adikberadik perempuan dah kebingungan apabila Pok Tam kata tak payah nak siapkan apa-apa hantaran. Rupanya dulang hantaran pihak perempuan telah buat, manakala barang hantaran amat lah sedikit dan mudah. Bagus, jimat masa dan wang.

Sehari sebelum majlis, Pok Tam dah mintak Mr.Y jadi juru cakap. Mr.Y pulak berbelah bagi sebab ada ayah dan abang aim yang lebih layak dari segi pangkat dan usia. Maka kami berbincanglah sesama kami. Abang aim risau andai wakil pihak perempuan menggunakan loghat terengganu pekat mengalahkan ayah. Kata nya "ayah cakap pun abang aim kadang-kadang tak berapa nak faham, macam mana?" Maka tugasan tersebut ditolak kembali kepada Mr.Y.

Hari kejadian, Mr.Y ambil langkah selamat dengan ucapan ringkas. Lain-lain perbincangan seperti tempoh pertunangan, jumlah mas kawen dan hantaran biarlah pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga bincangkan kata Mr.Y. FUHHH!!!

Jom tengok gambar sekitar majlis ...
Kami baru nak lintas jalan...

sesi sarung cincin

Team belah lelaki

Bersama perempuan yang dilamar

Ada gak gambar yang lelaki dan Mr.Y

Sabtu, Julai 06, 2019

Tips anak duduk diam untuk perjalan jauh atau jem

Tips anak duduk diam untuk perjalan jauh atau jem. Assalamualaikum dan salam semua. Setiap ibu bapa pasti pernah menghadapi situasi dimana anak sukar duduk diam dalam kereta. Ini cara saya nak bagi anak diam.
  • Sebelum naik peringatkan anak-anak untuk berkelakuan dan duduk diam dalam kereta. Bagitahu rapa yang bakal berlaku jika mereka tidak duduk elok. 
  • Masuk kereta, perkara pertama adalah keselesaan dan keselamatan. Dah lengkap kita pun ajak anak-anak sama baca doa naik kenderaan. Sekarang mereka suka ikut lagu omar hana naik kenderaan. 
  • kalau boleh dalam kereta tu bawak masuk mainan, buku atau barang kesukaan mereka. Jangan yang terlalu besar, nanti tak selesa pulak anak nak main. Macam uwais suka robot atau kereta, kakak humaira sketch book atau buku cerita, manakala hana lebih kepada alat mainan gegirl lah.  Uzayr buat masa ni lebih kepada bentuk nyanyian.
  • Bahagian paling utama adalah ajak anak berborak. Kenapa sebab waktu ni, mereka tak ada tempat lain nak lari. Mereka lebih fokus kepada persoalan yang kita utarakan. Waktu ni juga selalu aku guna untuk buat hafazan dengan anak-anak. 
  • Dah borak banyak, main robot mesti lapar dan dahaga. Maka bekalan biskut atau roti dan air amat penting. Aku jarang sangat bawak bekal keropok jajan atau gula-gula dan seangkatannya ke dalam kereta. 

Itu je lah tips yang aku guna pakai buat masa ini. Rasanya pengalaman balik raya dari terengganu ke Kuala Lumpur baru-baru ni paling mencabar sebab hana siap ajak patah balik rumah Toki. Lama kami sangkut nak lepas tol karak, dekat 2jam lebih jugak lah. Bila mana tak bagi gadjet dalam kereta, pandai pula mereka main doktor-doktor, jual-jual dekat belakang. Apa saja lah anak, asal kamu semua tak meragam dan merengek. Ramai antara sahabat yang terpaksa ada persinggahan kerana anak merengek dan meragam sewaktu perjalanan pulang dari berhari raya lepas.
Perjalanan balik ke Kuala Lumpur yang meletihkan tapi seronok pulak sebab dapat luangkan masa berkualiti dengan anak-anak. 


Apa yang best sangat kopi Arissto ni??

Assalamualaikum...

Mesti ramai tertanya2 kan, apa yang best sangat kopi Arissto ni?? Meh saya nak bagitau

1- Best sebab kita boleh brew sendiri fresh original kopi kat rumah. Bau pun sedap je macam kat stabak!!😘

2- Time teringin nak minum kopi sedap tu..tak payah keluar rumah dah..just brew kat rumah je..jimat minyak dan tak perlu habis berbelas ringgit pun untuk secawan atau segelas kopi sebenar! Boleh lah dapat merasa cappuccino ala2 hotel RM3 secawan. Eh korang janganlah compare dengan kopi 3in1 tu, tak sama langsung..kopi Arissto ni premium coffee fresh original coffee dari Italy, bukan instant coffee yang bercampur maciam² tu.

3 – kopi Arissto ni rasanya sangat sedapp ok! Tak sama dengan 3-1 tu. Diimport dari Italy! Orang Italy ni..bab2 kopi diorang lah paling pro kat dunia! Jadinya rasa coffee Arissto ni memang rasa yang memenuhi citarasa orang Italy.😍

4- Dah sewa mesin dan subscribe kopi Arissto ni, boleh register agent terus kalau minat! Sambil2 minum kopi, promote juga di FB / IG tu. Kopi ni product lifestyle yang trending kat Malaysia sekarang. Tengok je lah berlambak2 orang buka cafe sekarang..jual kopi secawan rm10++.ramai je customer datang beli! Ini bermakna produk kopi ni memang ada demand! Boleh dapat pasif income juga tau

5- Nak letak di ofis boleh, di rumah boleh! Boleh juga sewa mesin kopi untuk jual kopi di cafe/ butik/ shopping mall/ pasar pagi/ pasar malam . Tapi kena guna kopi Arissto ya! Jual RM5-7 memang orang beli punya😬

6- Mesin senang nak pakai...budak kecil pun boleh guna untuk buat air koko. Arisstokan ada kapsul koko.

7- Ampas kopi jangan dibuang, boleh dibuat scrub badan dan muka..best tau! Toilet pun bau stabak😂

8-Boleh kawal kandungan gula dan tahap kepahitan kopi...ada yang suka pekat, ada suka cair, ada suka lebih berlemak, ada suka kopi yang sedikit masam...Arissto ada 6jenis kopi yang berbeza. Waktu pagi boleh minum luna untuk extra power, malam boleh sunrise untuk relaks.

9- Tak perlu keluar duit banyak2 ..sewa mesin rm1 saja sebulan. Then..warranty sepanjang kita sewa. No contract..Best kan??

Kalau berminat,tekan je link kat bawah ni..
www.wasap.my/MesinArissto

#hantukopi
#MesinKopiPremium