Jumaat, Julai 05, 2019

DIY hadiah hari guru

Assalamualaikum dan selamat pagi. Hari ini ada sambutan hari guru dekat sekolah kakak humaira. Sebenarnya aku pelik jugak kenapa sambutan hari guru tak disekalikan dengan sambutan hari raya minggu lepas. Tapi kita fikir baik, mungkin cikgu-cikgu dah ada perancangan lebih baik untuk hari guru atau tak nak anak-anak keliru dengan sambutan hari guru dengan hari raya.


Maka minggu lepas kami pergi ke kedai Mr.DIY dekat Quill City Mall, tujuan asal abi nak beli gam kasut. Alang-alang dah sampai situ, kakak humaira kata nak beri hadiah dekat guru kelas, dia pilih whiteboard makerpen. Tanya Mr.Y macam mana? dia kata ok. Bila nampak mood dia ok, maka kita pun cekup lah 3-4 barang lagi antaranya watercolour, gam kertas dan sketchbook untuk humaira dan hana menconteng.

Malam tadi kakak humaira kata nak balut hadiah dan nak letak reben. Alahai anak...mana nak cari kertas hadiah malam-malam ni...Nak keluar malas. Maka kita guna bahan yang ada je. Pada mulanya aku suruh guna kotak kapsul kopi Arissto je. Pastu balut lah dengan reben. SIAP!! tapi kakak tak nak, dia kata nampak jenama kopi.

Ini kotak kapsul kopi Arissto jenis Luna...Cantik kan.. Pada aku, ia nampak bergaya dan mahal. Maka hadiah kakak tetap masuk dalam kotak kapsul ini, tapi balut je lah.
Oleh kerana itu, kita buat sendiri lah sampul hadiah. Bahan-bahan mudah sahaja, kertas lukisan, straw, warna air, dan air.. ini untuk buat sampul hadiah. Kami guna teknik "Blow Technique" boleh rujuk video ehsan you tube ye...



Sebenarnya ini pertama kali aku minta kakak guna teknik ini. Hasilnya kakak kata, "ummu penat lah nak tiup." Ummu balas, "Tak semua benda kita dapat dengan mudah, kita nak sesuatu yang cantik dan bernilai maka kita kena usaha lah. Kakak nak sampul yang cantik dan lawa. kakak kena usaha tiup jadi cantik dah lawa." Makan pujukan maka siap sampul kita biar lah kering. Dah kering kita balut lah kotak arissto kakak. Kakak kata nak reben maka kita ambil reben dari bunga telur...untung nasib dekat bunga telur itu ada kad terima kasih...aku pun suruh lah kakak tulis nama cikgu yang dia nak bagi itu.



Atas: Bahan-bahan yang diperlukan
Kiri: Siap hadiah duduk sebelah kotak Arissto
Kanan: Hana dan Uwais nak cuba buat teknik blowing gak
Tengah: Kakak humaira dengan hadiah nya..

Apabila dah siap...bukan main senyum lebar kakak. Siap kata macam hadiah mahal lah ummu.Alhamdulillah, kakak gembira, ummu abi pun bahagia.

Kadang-kadang nak gembirakan anak mudah sahaja, cuma kita terlalu rajin untuk melayan kehendak sendiri sampai lupa keperluan emosi anak. Mereka tidak kisah tentang nilai ringgit yang dilaburkan. Apa yang mereka tahu, mereka nak memberi sebagai tanda terima kasih.

Selasa, Julai 02, 2019

Hari Bicara Akademi 2019

HARI BICARA AKADEMI 2019-SEKOLAH RENDAH AGAMA TENGKU AMPUAN JEMAAH-28 Jun 2019, hari jumaat minggu lepas aku pergi lah sekolah kakak untuk jumpa guru kelas. Kalau dulu ibubapa akan pergi sekolah untuk dapatkan keputusan peperiksaan anak atau dikenali juga sebagai 'report card day'.  Bermula 2019 semua pelajar tahap satu tidak lagi dinilai berdasarkan peperiksaan. Maka diganti dengan nama HARI KEMENJADIAN PELAJAR bagi sekolah kebangsaan  Sekolah agama pula bagi nama HARI BICARA AKADEMI.

Asalnya Mr.Y yang nak pergi tapi kerana Mr.Y ada meeting dan kesibukan, aku je lah pergi saat uzayr tidur. Uwais? Aku dah umpan dia awal-awal dengan ganjaran aiskrin. Bukan tak boleh bawak dia tapi sebab aku nak jalan kaki dan nak cepat. Biar dia duduk rumah je lah.


Pemandangan dalam bilik perjumpaan

Barisan guru-guru yang mendidik..

Hasil perbincangan dengan guru, dapat lah tahu serba sedikit pasal anak dekat sekolah. Kesimpulannya aku sebagai mak bukan nak tahu sangat anak aku pandai apa, tapi aku lebih nak tahu bagaimana anak aku bawak diri dekat sekolah. Bagaimana pergaulan dengan guru dan rakan. Dalam kata lain, aku lebih nak tahu pasal akhlak dia di sekolah, akhlak diluar pemandangan ibu ayah.

Itu saja perkongsian subuh hari ini ..

Rabu, Jun 26, 2019

Aidilfitri 2019

Assalamualaikum...post blog kali ini sekadar untuk berkongsi suasana Hari raya pertama di rumah toki...

Ummu & Uzayr di pagi raya.

Keluarga kakak sulung.

Mak excited anak dapat duit raya dari pok.

1st time Ifti beraya rumah toki.

3 adik beradik tak ada dalam ini.

Cabaran betul nak ambil gambar Uzayr Aqeeb

Iyad & Uwais

Abi dan anak-anak.

Ummu dan anak-anak.

Keluarga Yaman & AIni

Sebaya jugak ini.



Selasa, Jun 25, 2019

Kenapa Jual Barang Rumah? Tak cukup duit ke?

Persoalan biasa yang akan dihadapi oleh mereka yang suka menjual barang rumah terpakai adalah seperti:
  • Barang rosak ke?
  • Tak guna dah ke?
  • Tak sayang ke?
  • Akan datang tak nak guna dah ke?
  • Tak Cukup Duit ke?
Baca juga: 

Kenapa "work at Home Mom" memerlukan ruang kerja khusus?


Menjadi kebiasaan setiap kali menjual barang rumah terpakai, kami dihadapkan dengan persoalan seperti di atas. Kali ini saya nak jelaskan satu persatu respon terhadap persoalan yang mungkin akan anda hadapi daripada orang sekeliling saat anda menyatakan ingin menjual barang terpakai.

Barang Rosak Ke?
Selalu mereka mengajukan persoalan ini, dalam minda mereka barang tersebut dah tak boleh guna. Berterus terang sahaja andai barang tersebut rosak dan anda menjual kepada yang pandai membaiki. Dari situ anda mendapat pulangan wang membeli walaupun sedikit. 

Tak Guna Dah Ke?
"Aha, tak guna dah. Buat apa simpan" Bila barang masih elok, maka jual kepada yang lebih memerlukan. Setidaknya mereka yang perlu dapat barang tersebut pada harga yang lebih murah berbanding yang baru. Tak semua orang berduit untuk beli semua barang baru.

Kalau nak kira sayang, semua barang beli dengan duit sendiri sayang, yang anak-anak pernah pakai rasa sayang, maka penuh lah rumah kalau nak simpan semua. Respon untuk soalan ini adalah, "Tak apa, kita dah simpan memori sebagai tanda sayang. Kita lagi suka rumah yang tak sarat dengan barang yang tak guna."

Akan datang tak nak guna dah ke?
Persoalan ini pun selalu membelengu mereka yang sayang nak jual barang-barang lama. Risau benar akan datang nak pakai barang tak ada. Sebenarnya akan datang bila nak pakai, dia tak nak pakai design lama, nak design baru. Abis tu yang lama dibiar berhabuk dan memenuhi ruang rumah. Selalu aku jawab, "Akan datang nak pakai beli baru. Sebab akan datang itu tak pasti bila."

Tak Cukup Duit ke?
Sebenarnya diawal aktiviti menjual barang rumah terpakai, persoalan ini yang paling popular dikalangan kenalan. Persoalan yang ditanya bukan hanya oleh golongan makcik Bawang tapi juga golongan tak jaga tepi kain orang. Persoalan ini selalu kami jawab macam ni "Alhamdulillah, setakat saat ini duit masih cukup." maka soalan-soalan lain akan muncul.

Sebenarnya mereka bertanya kenapa kita menjual barang rumah terpakai adalah hendak tahu tujuan utama kita mennjual barang tersebut. Pada aku, aku tak suka rumah yang banyak barang kerana aku merasa ruang sempit dan sukar untuk melakukan aktiviti indoor dengan anak-anak. Anak-anak sedang membesar, mereka perlu aktiviti fizikal. Kalau barang rumah penuh, keselamatan anak adalah dalam pertaruhan. Jika zaman aku dan suami masih kanak-kanak, mak ayah kami tak risau kami bermain di luar kerana tak banyak kes kanak-kanak kena langgar, kanak-kanak kena culik, kanak-kanak hilang dan lain-lain. Sekarang kalau aku biar anak main kat luar, aku kena perhatikan mereka. Apabila aku perhatikan mereka diluar, maka kerja lain seperti masak-masak, basuh baju, lipat baju tak jalan lah jawab nya.





Isnin, Jun 24, 2019

Bosan menunggu....

Semalam sebelum sampai kerumah terbuka kami pergi ambil mesin kopi dulu. Rezeki uzayr tidur, dapat layan minat.

Mula-mula kita layan media sosial tapi bosan pulak. Maka kita ambil lah beberapa keping gambar. Oleh kerana ambil.gambar sambil pangku anak, pergerakan adalah sedikit terhad. Siap ambil gambar kita buka apps picsart dan mengedit. Hasilnya

Gambar asal

Setelah di edit... Nampak mahal tak gambar ni...