- Barang rosak ke?
- Tak guna dah ke?
- Tak sayang ke?
- Akan datang tak nak guna dah ke?
- Tak Cukup Duit ke?
Baca juga:
Kenapa "work at Home Mom" memerlukan ruang kerja khusus?
Menjadi kebiasaan setiap kali menjual barang rumah terpakai, kami dihadapkan dengan persoalan seperti di atas. Kali ini saya nak jelaskan satu persatu respon terhadap persoalan yang mungkin akan anda hadapi daripada orang sekeliling saat anda menyatakan ingin menjual barang terpakai.
Barang Rosak Ke?
Selalu mereka mengajukan persoalan ini, dalam minda mereka barang tersebut dah tak boleh guna. Berterus terang sahaja andai barang tersebut rosak dan anda menjual kepada yang pandai membaiki. Dari situ anda mendapat pulangan wang membeli walaupun sedikit.
Tak Guna Dah Ke?
"Aha, tak guna dah. Buat apa simpan" Bila barang masih elok, maka jual kepada yang lebih memerlukan. Setidaknya mereka yang perlu dapat barang tersebut pada harga yang lebih murah berbanding yang baru. Tak semua orang berduit untuk beli semua barang baru.
Kalau nak kira sayang, semua barang beli dengan duit sendiri sayang, yang anak-anak pernah pakai rasa sayang, maka penuh lah rumah kalau nak simpan semua. Respon untuk soalan ini adalah, "Tak apa, kita dah simpan memori sebagai tanda sayang. Kita lagi suka rumah yang tak sarat dengan barang yang tak guna."
Akan datang tak nak guna dah ke?
Persoalan ini pun selalu membelengu mereka yang sayang nak jual barang-barang lama. Risau benar akan datang nak pakai barang tak ada. Sebenarnya akan datang bila nak pakai, dia tak nak pakai design lama, nak design baru. Abis tu yang lama dibiar berhabuk dan memenuhi ruang rumah. Selalu aku jawab, "Akan datang nak pakai beli baru. Sebab akan datang itu tak pasti bila."
Tak Cukup Duit ke?
Sebenarnya diawal aktiviti menjual barang rumah terpakai, persoalan ini yang paling popular dikalangan kenalan. Persoalan yang ditanya bukan hanya oleh golongan makcik Bawang tapi juga golongan tak jaga tepi kain orang. Persoalan ini selalu kami jawab macam ni "Alhamdulillah, setakat saat ini duit masih cukup." maka soalan-soalan lain akan muncul.
Sebenarnya mereka bertanya kenapa kita menjual barang rumah terpakai adalah hendak tahu tujuan utama kita mennjual barang tersebut. Pada aku, aku tak suka rumah yang banyak barang kerana aku merasa ruang sempit dan sukar untuk melakukan aktiviti indoor dengan anak-anak. Anak-anak sedang membesar, mereka perlu aktiviti fizikal. Kalau barang rumah penuh, keselamatan anak adalah dalam pertaruhan. Jika zaman aku dan suami masih kanak-kanak, mak ayah kami tak risau kami bermain di luar kerana tak banyak kes kanak-kanak kena langgar, kanak-kanak kena culik, kanak-kanak hilang dan lain-lain. Sekarang kalau aku biar anak main kat luar, aku kena perhatikan mereka. Apabila aku perhatikan mereka diluar, maka kerja lain seperti masak-masak, basuh baju, lipat baju tak jalan lah jawab nya.