Selasa, Julai 02, 2019

Hari Bicara Akademi 2019

HARI BICARA AKADEMI 2019-SEKOLAH RENDAH AGAMA TENGKU AMPUAN JEMAAH-28 Jun 2019, hari jumaat minggu lepas aku pergi lah sekolah kakak untuk jumpa guru kelas. Kalau dulu ibubapa akan pergi sekolah untuk dapatkan keputusan peperiksaan anak atau dikenali juga sebagai 'report card day'.  Bermula 2019 semua pelajar tahap satu tidak lagi dinilai berdasarkan peperiksaan. Maka diganti dengan nama HARI KEMENJADIAN PELAJAR bagi sekolah kebangsaan  Sekolah agama pula bagi nama HARI BICARA AKADEMI.

Asalnya Mr.Y yang nak pergi tapi kerana Mr.Y ada meeting dan kesibukan, aku je lah pergi saat uzayr tidur. Uwais? Aku dah umpan dia awal-awal dengan ganjaran aiskrin. Bukan tak boleh bawak dia tapi sebab aku nak jalan kaki dan nak cepat. Biar dia duduk rumah je lah.


Pemandangan dalam bilik perjumpaan

Barisan guru-guru yang mendidik..

Hasil perbincangan dengan guru, dapat lah tahu serba sedikit pasal anak dekat sekolah. Kesimpulannya aku sebagai mak bukan nak tahu sangat anak aku pandai apa, tapi aku lebih nak tahu bagaimana anak aku bawak diri dekat sekolah. Bagaimana pergaulan dengan guru dan rakan. Dalam kata lain, aku lebih nak tahu pasal akhlak dia di sekolah, akhlak diluar pemandangan ibu ayah.

Itu saja perkongsian subuh hari ini ..

Rabu, Jun 26, 2019

Aidilfitri 2019

Assalamualaikum...post blog kali ini sekadar untuk berkongsi suasana Hari raya pertama di rumah toki...

Ummu & Uzayr di pagi raya.

Keluarga kakak sulung.

Mak excited anak dapat duit raya dari pok.

1st time Ifti beraya rumah toki.

3 adik beradik tak ada dalam ini.

Cabaran betul nak ambil gambar Uzayr Aqeeb

Iyad & Uwais

Abi dan anak-anak.

Ummu dan anak-anak.

Keluarga Yaman & AIni

Sebaya jugak ini.



Selasa, Jun 25, 2019

Kenapa Jual Barang Rumah? Tak cukup duit ke?

Persoalan biasa yang akan dihadapi oleh mereka yang suka menjual barang rumah terpakai adalah seperti:
  • Barang rosak ke?
  • Tak guna dah ke?
  • Tak sayang ke?
  • Akan datang tak nak guna dah ke?
  • Tak Cukup Duit ke?
Baca juga: 

Kenapa "work at Home Mom" memerlukan ruang kerja khusus?


Menjadi kebiasaan setiap kali menjual barang rumah terpakai, kami dihadapkan dengan persoalan seperti di atas. Kali ini saya nak jelaskan satu persatu respon terhadap persoalan yang mungkin akan anda hadapi daripada orang sekeliling saat anda menyatakan ingin menjual barang terpakai.

Barang Rosak Ke?
Selalu mereka mengajukan persoalan ini, dalam minda mereka barang tersebut dah tak boleh guna. Berterus terang sahaja andai barang tersebut rosak dan anda menjual kepada yang pandai membaiki. Dari situ anda mendapat pulangan wang membeli walaupun sedikit. 

Tak Guna Dah Ke?
"Aha, tak guna dah. Buat apa simpan" Bila barang masih elok, maka jual kepada yang lebih memerlukan. Setidaknya mereka yang perlu dapat barang tersebut pada harga yang lebih murah berbanding yang baru. Tak semua orang berduit untuk beli semua barang baru.

Kalau nak kira sayang, semua barang beli dengan duit sendiri sayang, yang anak-anak pernah pakai rasa sayang, maka penuh lah rumah kalau nak simpan semua. Respon untuk soalan ini adalah, "Tak apa, kita dah simpan memori sebagai tanda sayang. Kita lagi suka rumah yang tak sarat dengan barang yang tak guna."

Akan datang tak nak guna dah ke?
Persoalan ini pun selalu membelengu mereka yang sayang nak jual barang-barang lama. Risau benar akan datang nak pakai barang tak ada. Sebenarnya akan datang bila nak pakai, dia tak nak pakai design lama, nak design baru. Abis tu yang lama dibiar berhabuk dan memenuhi ruang rumah. Selalu aku jawab, "Akan datang nak pakai beli baru. Sebab akan datang itu tak pasti bila."

Tak Cukup Duit ke?
Sebenarnya diawal aktiviti menjual barang rumah terpakai, persoalan ini yang paling popular dikalangan kenalan. Persoalan yang ditanya bukan hanya oleh golongan makcik Bawang tapi juga golongan tak jaga tepi kain orang. Persoalan ini selalu kami jawab macam ni "Alhamdulillah, setakat saat ini duit masih cukup." maka soalan-soalan lain akan muncul.

Sebenarnya mereka bertanya kenapa kita menjual barang rumah terpakai adalah hendak tahu tujuan utama kita mennjual barang tersebut. Pada aku, aku tak suka rumah yang banyak barang kerana aku merasa ruang sempit dan sukar untuk melakukan aktiviti indoor dengan anak-anak. Anak-anak sedang membesar, mereka perlu aktiviti fizikal. Kalau barang rumah penuh, keselamatan anak adalah dalam pertaruhan. Jika zaman aku dan suami masih kanak-kanak, mak ayah kami tak risau kami bermain di luar kerana tak banyak kes kanak-kanak kena langgar, kanak-kanak kena culik, kanak-kanak hilang dan lain-lain. Sekarang kalau aku biar anak main kat luar, aku kena perhatikan mereka. Apabila aku perhatikan mereka diluar, maka kerja lain seperti masak-masak, basuh baju, lipat baju tak jalan lah jawab nya.





Isnin, Jun 24, 2019

Bosan menunggu....

Semalam sebelum sampai kerumah terbuka kami pergi ambil mesin kopi dulu. Rezeki uzayr tidur, dapat layan minat.

Mula-mula kita layan media sosial tapi bosan pulak. Maka kita ambil lah beberapa keping gambar. Oleh kerana ambil.gambar sambil pangku anak, pergerakan adalah sedikit terhad. Siap ambil gambar kita buka apps picsart dan mengedit. Hasilnya

Gambar asal

Setelah di edit... Nampak mahal tak gambar ni...

Ahad, Jun 23, 2019

Hutang dikalangan budak sekolah rendah.

Al kisah semalam kakak humaira bawak balik satu majalah, aku tanya mana dapat. Dia kata beli, dah bayar seringgit, esok bawak lagi rm3. Apa yang terlintas dalam fikiran aku masa ni. Kamu berhutang!!!

Nampak tak situasi mengajar anak kecil untuk belajar membuat hutang bagi mendapatkan apa yang diinginir. Sepatutnya kita mengajar mereka bersabar dan berusaha untuk mendapat apa yang mereka nak. Tak apa, aku dengan gembira balik jalan kaki dulu dengan mereka. Ini adalah kali pertama humaira mengambil dan membeli barang tanpa meminta izin dahulu. Sebelum ini dia pernah membawa balik borang beli buku cerita dan majalah tapi kami tak bagi beli sebab kami rasa lebih murah, lebih berbaloi dan lebih banyak pilihan kalau pergi kedai buku atau beli secara atas talian.

Bila keadaan tenang sedikit petang, aku ajak kakak humaira borak dan tanya pasal buku dia bawa balik tu. Aku tanya dia macam mana dia nak bayar baki harga buku. Dia kata "ummu minta dengan abi boleh?" aku kata bukan aku yang buat hutang tapi kakak, maka kakak kena cakap sendiri dekat abi. Kakak kata kalau abi tak bagi, dia nak keluarkan duit tabung dia. Pastu dia tanya HUTANG ITU APA?

Maka bermulalah penjelasan ummu panjang lebar tentang hutang.

Hutang ini seperti apa yang kakak buat hari ini, kakak bayar dulu separuh harga buku, kakak ambil barang dan selebihnya kakak bayar kemudian. Bermana yang selebih punya baryaran itu kita kenali sebagai hutang. Kakak tahu kenapa ummu marah (dia geleng). Kenapa ummu marah sebab ummu dengan abi tak nak kakak belajar cara membuat hutang buat masa ini. Ummu dengan abi tak nak kakak belajar buat hutang kerana kesan yang bakal atau mungkin berlaku...
  • Kakak belum habis bayar tapi barang dah rosak. Berdosa atau tak sebab akak dah rosakkan barang orang. Majalan akan jadi hak kakak apabila kakak dah abis bayar. Sekarang majalah belum lagi hak kakak. 
  • Andai kata kakak, ummu dan abi tak cukup duit untuk bagi kakak bayar. Kakak kena pulangkan balik majalah. Tapi kalau barang dah rosak, kakak rasa penjual nak terima balik ke? 
  • Mungkin ada budak mak ayah tak mampu nak bagi duit untuk bayar baki harga majalah. Maka anak tersebut mengamuk dan marah-marah mak dia. Berdosa tak seorang anak marah ibu bapa dia?
Sepatutnya kalau kakak nak apa-apa, kakak kena pastikan dahulu wang yang kakak ada cukup untuk membayar harga barang tersebut. Kalau kakak nak guna duit belanja sekolah yang ummu abi untuk kakak beli makanan waktu rehat, patut kakak kena minta izin ummu abi dulu. Sebab ummu dan abi bagi duit belanja beli makanan. Ummu tak nak anak ummu belajar dalam keadaan lapar. Kalau nak apa-apa kita perlu bersabar dan berusaha untuk dapat apa yang kita nak. Buat masa sekarang apa yang kakak nak buat, kemana kakak nak pergi semua kena minta izin ummu dan abi. Boleh kakak?

Lepas dengar ceramah ummu panjang lebar dia pun minta maaf.