Tak sabar nak tunggu ejen ali the movie...
Isnin, April 08, 2019
Ejen Ali - velocity sunway
Tak sabar nak tunggu ejen ali the movie...
Review: XX-Ray 3
Hari ini aku layan sekuel XX-Ray 3 pulak dengan anak-anak. Best part is....dorang seronok tengok dan tak berganjak. Satu kelemahan aku bila tengok dengan anak-anak ni adalah kena jadi tukang terjemah dan beri penerangan. "ummu, probe tu apa?" "Acu, kenapa dia laju?" "ummu,perempuan tu nama lana. Cantikan dia?" "Ummu, dia tulis apa?" "dia pakai topi apa?" "Dia cakap bahasa apa?" Maka jom tengok sinopsis nya apa...
Sinopsis Filem XX Ray III
XX Ray III mengisahkan tentang tiga anak muda iaitu Rayyan (pelajar fizik), Sam (pelajar kejuruteraan zarah) dan Lana (pekerja rahsia syarikat perindustrian yang berpengkalan di Jordan/sempadan Israel) dalam misi untuk menyelamatkan kerajaan Malaysia daripada disabotaj oleh seorang hartawan muda, Rosman yang mengancam untuk mengulangi insiden kehilangan kuasa tenaga elektrik di seluruh negara yang pernah berlaku pada Ogos 1996.
Insiden tersebut disebabkan wormhole (lohong ulat) yang menyerap kuasa utama tenaga elektrik dari stesen jana kuasa di Paka, Terengganu. Lohong ulat terjadi adalah berpunca dari sebuah probe yang tidak dikenali dari angkasa lepas.
Bapa Rosman, Tan Sri Ismail telah mengambil probe tersebut dan menyembunyikannya. Hakikatnya Ace Motion Pictures Sdn. Bhd itu bakal probe tersebut adalah salah satu daripada ribuan probe yang diprogramkan untuk membuka stargate terbesar dan menyerap tenaga matahari untuk dihantar semula ke alam semesta lain.
Ketiga-tiga anak muda itu kemudiannya mencari buku nota yang ditulis oleh Profesor Amir (seorang tokoh ‘urban legend’) yang dipercayai mempunyai jawapan untuk mengawal probe berkenaan dan seterusnya menyelamatkan sistem solar.
Yang menarik nya...
Lagu latar yang digunakan sewaktu Hang Tuah dan Prof Amir nak buka perisai adalah lagu mentera semerah padi nyanyian M.Nasir...Budak-budak semangat time lagu ni...siap tanya hang tuah berjoget ke tu? Aku balas dia buka bunga silat lah. Habis cerita Hana dan Sumayyah tanya pasal lagu mentera semerah padi...aku pun buka youtube dan dorg layan video lagu ni. Jom layan sekali lagi..
Selain lagu mentera semerah padi, lagu kualiti juga menarik perhatian budak-budak ni. Bahagian lagu ini keluar menarik lah jugak ditambah sedikit kelakar. Bayangkan dunia tengah nak hancur boleh di nyanyi lagu kualiti buat live video dekat FB. Mungkin kerana lirik dan aksi yang ditunjukan menarik minat anak-anak. Kalau ada antara korang yang tak tahu macam mana lagu kualiti..ini aku share video you tube nya..
Itu saja perkongsian kali ini... sesuai cerita untuk tontonan family...
Ahad, April 07, 2019
Divide Tabung Haji (TH) : Hibah atau Hiba
Hibah atau Hiba? Terpulang pada pendeposit bagi yang menyimpan sebab nak pergi haji boleh la simpan 10k minimum. Kalau nak melabur boleh bawa duit lebihan pergi ke ASB, ASB2, AHB or unit trust.
Semoga next year ada pertambahan hibah dan ekonomi bertambah baik.InsyAllah.
Jumaat, April 05, 2019
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur
Assalamualaikum dan selamat petang...dah 2 hari hujan lebat petang. Seronok tidur time-time hujan ni. Jumaat lepas abi laksanakan janji dekat anak-anak iaitu nak bawak dorg ke pesta buku.
Apa lagi seronok sangat lah depa semua.
Kesimpulan, memang berbaloi pergi pesta buku antarabangsa KL 2019 kali ini....
Apa lagi seronok sangat lah depa semua.
Budak-budak ni suka sangat pergi booth Ana Muslim... kalau boleh semua benda dia nak ambil. |
Jalan-jalan jumpa satu booth ada sedia ruang untuk anak-anak main sementara mak pak pilih buku. |
Tetiba Mr.Y ajak swafoto....terkejut kita sebab selalu dia tak suka bergambar dengan bini. Boleh kira dengan jari lah brp keping je setahun gambar kami suami isteri. |
Ummu, uwais ada misai mcm abi... |
Hana tak tahu nak pilih buku apa... |
Kakak humaira dan sumayyah dekat situ jugak na baca buku. |
Uzayr dah penat...siap tidur dulu... |
Ini tunggu abi order Grab...kereta ktorg masih dekat bengkel masa ni... |
Kesimpulan, memang berbaloi pergi pesta buku antarabangsa KL 2019 kali ini....
Ahad, Mac 31, 2019
Family Friendly Cinema
Assalamualaikum dan selamat pagi... sebenarnya entry kali ini lebih kepada pergolakkan dalam jiwa. Ceritanya macam ni, kami laki bini memang tak akan bawak anak bawah 2 tahun masuk panggung wayang. Pada aku, bawah 2 tahun budak amat tak sesuai untuk menonton wayang. Malangnya ramai pulak yang update dekat FB dan Insta bawak anak bawah 2tahun tgk wayang. Hurm....rasa hati masyallah, jeles sey... tambahan pulak Mr.Y dan anak-anak yang lebih 2 tahun dah tengok wayang upin ipin hari tue.. Tapi tak nak fikir negative, kita pun fikir positif. May be mak pak baby bawak earmuff or earplug untuk baby mereka kot.
Ini earmuffs untuk baby (gambar ihsan Mr.Google) |
Tetiba hari tu ada nampak satu promo panggung wayang yang sesuai untuk family...tapi tak ambil kisah sangat pasal dah lepas laki dan anak-anak tengok upin ipin. Hurmmm....
Semalam sambut birthday kakak humaira, apa yang ada? kakak aku baru nak tengok wayang, dia g survey tiket dan husband dia suruh ambik yang family friendly. Malangnya tak ada. Memandangkan tahun ni banyak lagi filem best-best belum keluar, aku nak save maklumat family friendly cinema kat sini... boleh lah pujuk Mr.Y nak tgk wayang sama nanti.
WHAT IS THE TGV CINEMAS FAMILY FRIENDLY SESSIONS?
TGV Cinemas has been the first in Malaysia at a lot of things but one thing we’ve been extremely proud of is our Family Friendly sessions (#tgvcinemas #familyfriendlysessions) which have so far attracted all kinds of cool ,crazy fun loving kids from all over along with their families to have the most enjoyable movie experience they could possibly hope for!
For the uninitiated, the TGV Cinemas Family Friendly sessions are our one-of-a-kind movie screening sessions in which we invite families with toddlers and the like to enjoy their favourite film whilst allowing their kids to run about and play to their hearts content.
The halls and our friendly attentive staff are fully equipped to facilitate the most enjoyable cinema experience for the whole family. Baby changing rooms are available at your earliest need and should cater to every requirement so you can let your hair down and really enjoy the movie experience while the children do what kids do and have the time of their lives.
To ensure families have a more comfortable and relaxing time, our cinema volume will be lowered and the lights dimmed. Parents are advised to strictly follow our “House Rules” throughout the session to guarantee everyone has the absolute best possible time. more...
Dalam bentuk gambar...harga aku rasa akan berubah ikut panjang mana cerita. Tapi yang best adalah.. softer audio. |
Permintaan ini khas buat #TGVmalaysia, tolong perbanyakkan lokasi sesi tayangan family friendly bagi bakal-bakal filem yang berpotensi mendapat sambutan hangat dari keluarga terutama yang ada anak kecil seperti ejen ali the movie dan Boboy the movie 2.
Langgan:
Catatan (Atom)