Jumaat, Mac 22, 2019

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur

Assalamualaikum dan selamat pagi..hari ini jumaat last sekolah untuk minggu ini. Lepas ni cuti seminggu, anak-anak dah kira-kira nak kemana cuti ini. Salah satu aktiviti yang kami pilih adalah pergi ke pesta buku antarabangsa Kuala lumpur.

Dari kecil aku memang suka ke pesta buku sebab banyak buku dipamerkan dan buku-buku boleh didapati pada kadar harga yang amat murah.. buku harga RM0.50 sebiji pun ada ok. So harap kali ini berpeluang menjengah ke pesta buku lah...




Tema pesta buku kali ini, menarik jugak lah... MELUHURKAN DEKAD MEMBACA KEBANGSAAN. Mendalam betul maksud dia ni....


Selasa, Mac 19, 2019

E-Sim Durian Man kepada Elinking

Kisahnya macam ini, sabtu pagi aku kemengantukan sangat..syiok layan mata (malam tak tidur lena, uzayr batuk selsema) tetiba Mr.Y datang suruh bini dia bangun pakai tudung dan selfie... aku pun cakap lah, apa ke mengarut suruh selfie pagi2 dengan muka baru bangun tidur ni. Dia balas tak apa...bukan ada orang nak tengok, aku balas balik, abis tu kenapa nak kena selfie... tapi tangan dah pegang fon... lepas tengok skrin telefon baru aku tahu bukan selfie biasa-biasa dia nak...siap ada arahan dekat skrin,

  1. jangan dekatkan sangat muka dengan skrin
  2. pusing kiri kanan sikit
  3. tundukan sikit kepala
  4. buka mulut seluasnya

tiga ke empat kali jugak ambik baru skrin telefon kata ok...siap selfie muka bangun tidur aku tanya lah apa benda tu... maka jawab Mr.Y, dia apply E-sim untuk aku. Telefon dia tak dapat nak apply e-sim. 

Maka lepas tu panjang lebar dia cerita pasal e-sim...baru aku tahu yang hujung tahun lepas Mr.Y ada download app Durian Man dalam telefon aku tapi dia tak bagi aku buang. Maka ku biarkan tanpa tahu fungsi. Sekarang dia tukar nama kepada Elinking. Applikasi dah diperbaharui... 

logo elinking

Perkidmatan e-Sim Elinking ni guna service Tune Talk. Aku dapat unlimited call kepada semua nombor tune talk dan 1GB data plan, Basic internet pulak dia beri 10GB dengan kos RM10.


Giveaway Road to 8 Million Pageview

Assalamualaikum dan selamat petang... Rezeki  Allah bagi petang ni, semua anak-anak pakat tidur termasuk abi sekali tidur. Mr.Y cuti hari ni sebab buat rawatan akar gigi.


Blog walking sekejab nampak ada giveaway, so apa lagi jom lah kita meriahkan suasana...

Nak join klik banner...
Tahniah Ibu Dillah dah dapat 8Million pageview.... doakan saya juga ye...

Ahad, Mac 17, 2019

Cabaran Gula KKM 2019

Ramai risau dengan kegemukkan. Faktor penyumbang utama kegemukkan adalah pengambilan gula berlebihan.

Sanngup ke tak nak laksanakan ini...hakikat kami memang dah kurang pengambilan gula. Dulu masa duduk sendiri 1kg gula makan masa setengah tahun nak habis. Jimat sangat gula. Makanan dan minuman tawar2 sahaja. Sekarang Mr.Y tak nak pakai susu pekat manis pulak, ganti dengan madu or biarkan kosong tanpa manisan. Krimer sejat pun dah tak guna buat air, kami tukar kepada susu sejat...bila ketua tak nak, yang lain terpaksa ikut. Benda baik apa salahnya.

Semoga kami terus istiqamah dalam pengurangan pengambilan gula....

Sabtu, Mac 16, 2019

PUBG VS Tembakan rambang Christchurch

PUBG adalah game tembak menembak dalam telefon yang fames sekarang. Aku sendiri tak pernah main tapi pernah nampak lah sebab anak saudara main. Dah tua-tua ni aku macam dah kurang semangat nak main game. Sebenarnya memang aku kurang minat game tembak-tembak ini. Aku lebih suka kepada game racing.

Tembakan rambang Christchurch CHRISTCHURCH: Dua insiden tembakan berlaku di dua masjid di bandar raya ini pada Jumaat, mengakibatkan sejumlah besar mangsa terbunuh. Polis belum mengeluarkan kenyataan berhubung skala insiden itu namun menasihatkan orang ramai di tengah Christchurch supaya tidak keluar rumah. Seorang saksi berkata, dia melihat seorang lelaki memasuki Masjid Al Noor di tengah Christchurch kira-kira pukul 1.45 tengah hari waktu tempatan dan mendengar puluhan das tembakan dilepaskan selepas itu. Sejurus itu, orang ramai dilihat bertemparan lari keluar dari masjid dalam keadaan ketakutan. Bacaan lanjut di sini  sebab aku bukan nak cerita pasal tembakkan ini tapi pasal video tembakan yang tersebar.


Sejurus melihat video yang tersebar melalui whatsapp, aku terus nampak macam budak-budak main game tembak-tembah macam PUBG tu. Ada tak yang rasa macam aku rasa? Beza nya dalam game banyak menu lain kat tepi-tepi ini...hanya video tembakan semata.