Semenjak minggu lepas, negara di gemparkan dengan isu pencemaran alam sekitar. Iaitu pencemaran sisa kimia di Pasir Gudang Johor. Rentetan peristiwa ini ramai pihak yang menerima kesan negatif terutama kanak-kanak sekolah.
Mula tersebar berita pada 7 Mac 2019 pasal pelajar sekolah mengalami kesulitan untuk bernafas. Seterusnya pendedahan pembuangan sisa kimia secara haram di sungai Kim kim pasir gudang.
Bilangan pesakit bertambah dari hari ke hari sehingga mencecah 2000 orang lebih. Besar angka 2000 tue... Kita bertuah kerana memiliki pihak berkuasa yang cepat bertindak dan memiliki individu yang berpengetahuan dalam hal ini. Malangnya kita juga memiliki rakyat yang cetek pemikiran dan pemahaman tetapi berlagak bagai pakar segala bidang. Tak perlu ulas lah pasal ini.
Tular di media sosial keadaan petugas-petugas awam yang terlibat dalam menguruskan bencana kali ini. Kepenatan dan risiko yang mereka ambil memang patut dipuji. Jangan ada yang kencam pula lepas ini.
Belum sampai seminggu pihak berkuasa telah berjaya menangkap pihak yang bertanggung jawab terhadap pembuangan haram sisa pepejal ini. Apabila sebuah kilang memiliki sisa kimia, mereka tidak boleh sesuka hati membuang. Mereka kena melalui prosedur tertentu kerana ada bahan kimia yang akan bertindak balas dengan air, udara dan tanah. Apa yang aku faham kos pelupusan sisa kimia yang ada adalah sangat mahal. Maka tak mustahil ada beberapa kilang tak mampu menanggung dan mengambil langkah mudah dengan membuang ke alam sekitar. Malangya tindakkan tersebut tidak hanya memberi kesan kepada alam sekitar tetapi turut kepada individu di persekitaran tersebut,
Dalam kes kali ini, di fahamkan bahawa apabila sisa kimia tersebut terkena air, tindak balas kimia akan menghasilkan gas methana. Bahaya nya gas methana ini adalah dia tak berwarna. Kesimpulan tak nampak pada mata kasar. Kalau nampak dapat jugak lah kita larikan. Kena pulak sekarang musim panas yang melampau, gas ini lebih mudah meruap dalam udara dan tersebar.Kasihan adik-adik sekolah yang tak tahu apa-apa, menjadi mangsa.
Aku doakan mangsa cepat sembuh dan kembali sihat.Semoga kita mengambil iktibar dari tragedi ini.
|
Sedekah dr Mr.Google |
|
Banyak nya yang mereka buang |