Jumaat, Mac 08, 2019

No gadjet...ummu kena join aktviti dia

Assalamualaikum...aku memang kategori mak yang rimas kalau nampak anak duk mengadap handphone je. 

Maka uwais bangun je, waktu sarapan pagi aku terus cakap. "Hari ni abg tak boleh tgk u-tube dan main phone." Bila bgtaw waktu makan, selalu mood dia ok. Dia pun iakan aja...

Sebenarnya bila ummu kata no gadjet untuk anak, dengan ummu skali kena "NO GADJET". 

Lepas makan kita buat aktiviti sama-sama. Antara aktiviti yang uwais suka adalah main water colour dan baling sepak bola. Sekarang dia dah mula menunjuk minat sikit2 untuk mewarna dan melukis. Menulis jauh lg rasanya.

Campur warna

Mewarna

Rabu, Mac 06, 2019

Boot Device not found

Semalam pagi guna laptop ok lg. Malam tadi dia tunjuk 👇


Maka kita google dah apa apa benda ni... Dia suruh run test...kita pun buat run test .hasilnya 👇


Owh!!! Hasil negative..maka kita decide mintak Mr.Y setelkan. 

Cuti design guna laptop sementara dia masuk bengkel. 

Siapa pernah hadapi masalah seperti ini? Dan apa ppenyebab masalah ni ye?

Didahului dengan ucapan terima kasih.

Selasa, Mac 05, 2019

Suami aku bawak balik Meeracle. Petanda?

Assalamualaikum.... kisahnya beberapa minggu lepas, Mr.Y balik kerja dia bawak balik si Meeracle ini sekali. Ok lah, memula aku ingat dia beli untuk diri sendiri sebab diakan seorang yang menjaga penampilan ditambah pula, macam tak pernah je dia beli alat penjagaan muka untuk bini dia ni. Tetiba dia kata "nanti awak pakai meeracle ni ye." apa yang terlintas dalam otak aku trs aku suara kan, "kenapa? muka saya dah tak cun ke?" dia pulak sangat jujur menjawab YA. Macam sebijik kena kat muka..makan dalam rasanya....

Ok lah dia nak bini cun, dia beli barang penjagaan kulit bukan cari perempuan lain. Dia tak berkira nak habis duit untuk cantikan bini dia ni.

Oleh kerana agak lama aku tak pakai pencuci muka (sejak ada anak tak pernah beli pencuci muka...curi Mr.Y punya je kdg2) maka kita buat survey sikit.


Mr.Y beli set ini, pencuci muka dan serum.

Apa gemstone tu? nanti siapa tahu tolong share.
5sebab kenapa kena guna meeracle serum


Nasib ada dia bagi cara cuci muka...aku dah lupa cara cuci muka yang betul...
Malam tadi aku tanya Mr.Y berapa harga dia beli meeracle satu set tu...dia jawab RM125...mak ai...mahal tu...tapi tak apa bukan duit aku. kalau duit aku, aku beli yang murah-murah je. Harga satu barang tak sampai RM10. Aku tanya beli dengan siapa, dia kata kak sha (kawan pejabat dia).


Isnin, Mac 04, 2019

Koleksi khat menjelang Ramadhan

Ini adalah koleksi terbaru dari Rizqi Photo Canvas.

Koleksi kali ini bukan dari kami punya design, ini design oleh owner  Rizqi Photo sendiri.

Dia buat promo RM80 skali pos untuk semenanjung.

Boleh jamu mata...





Tahniah: Dr. Sharizah Binti Alimat (Best Staff 2018 for Identification Species)

Late post pasal ni....


Laki I balik kerja minta tolong edit gambar untuk buat hadiah frame.  Mesti ada yang tanya apa itu 'identification species'? Identificaion species ini adalah pengenalpastian species.

Semoga beliau terus maju dan makin berjaya....