Rabu, Januari 10, 2018

Insurans dan pinjaman: kenapa rumah yang dibeli oleh si suami adakalanya di lelong selepas beberapa bulan walaupun memiliki Insurans Pinjaman Perumahan?

Assalamualaikum

Hari ini nak buat sedikit catatan untuk rujukan pada masa akan datang.....persoalan yang timbul adalah:

gambar google


"Jika si suami seorang penjawat awam meninggal kenapa rumah yang dibeli oleh si suami adakalanya di lelong selepas beberapa bulan. Bukan ke pembelian rumah menggunakan pinjaman perumahan memiliki insurans dimana jika berlaku apa-apa kepada peminjam, rumah tetap menjadi hak milik waris?"

Ini kerana untuk beberapa bulan selepas kematian waris perlu membayar sendiri pinjaman perumahan. Ramai yang tersilap menganggap pengurusan pinjaman perumahan adalah sama dengan pengurusan pencen. Sebab itu ada waris yang mendapat pencen setelah beberapa tetapi rumah tetap kena lelong oleh pihak bank.

Apabila situasi ini berlaku pengurusan adalah agak leceh kerana anda perlu turun naik, telefon sana sini yang agak banyak. Jika berlaku kematian kepada penjawat awam yang beli rumah, maka waris perlu menguruskan pinjaman perumahan yang dilakukan oleh si mati di bahagian pengurusan pinjaman perumahan, ia berbeza dengan pengurusan pencen si mati. Di sini penting untuk waris yang dipercayai (selalunya pasangan hidup anda) mengetahui nombor pinjaman dan insurans perumahan tersebut. Sebab itu setiap fail berkaitan perlu di simpan di suatu tempat yang mana pasangan anda tahu. Setelah selesai urusan di bahagian pinjaman perumahan barulah waris boleh berhenti melakukan pembayaran bulanan pinjaman perumahan kerana selalunya perjanjian pinjaman perumahan memiliki insuran sekali.

Ok ini je lah maklumat ringkas yang Mr.Y dapat kongsi dengan aku dalam kereta sambil layan anak-anak berborak.

Jumaat, Disember 01, 2017

Printcious- Upload artwork is under maintenance and temporarily disabled.

Alahai kita dah buat design tapi website pulak under maintenance..sabar je lah ye...

Design terbaru nak masuk adalah khaligrafi islam iaitu khat kufi.

Ayat seribu dinar dan ayat kursi. Sesuai sangat nak buat hiasan dinding.

25/11 ~ Happy Birthday Mr.Y & Hana

Setiap tahun tanggal 25/11 maka akan ada sambutan 'double birthday' bagi family yamanaimy. 25/11 adalah tarikh lahir Mr.Y dan puteri kedua kami. Pada awalnya scan baby hana dalam perut menunjukkan tarikh due adalah 26/11, sama dengan tarikh lahir Cucah...tapi scan kali kedua menunjukkan 25/11, sama dengan Mr.Y pulak. Maka masa tue, tak kisah pun dia lahir tarikh mana-mana... tambahan pengalaman kakak humaira yang overdue...

Tahun ini kami buat kelainan sedikit dengan mengadakan sambutan di rumah pengasuh. Sekali lagi tempah kek bajet sibu...Masa nak tempah siap buat permintaan nak gambar bapak dengan anak lagi. Penjual kata ok..boleh buat...warna dan corak serah sepenuhnya dekat dia. kita bgtahu je nak perisa apa.



Sedikit kisah sebelum sambutan....

Beberapa hari sebelum sambutan, aku cakap dengan pengasuh (ktorg panggil mak) nak buat hari jadi hana dekat rumah. Alhamdulillah mak kata ok. Mintak dia buat mee goreng dan ayam bakar skali. Balik rumah malam tue kakak sibuk tanya betul ke nak sambut birthday hana dekat rumah mak nanti..kami cakap betul lah...

Esoknya sambil lepak tengok tv kakak humaira dan hana kata, nanti boleh beli topeng, topi, belon dan tiup-tiup. Oleh kerana aku dalam kategori mak kedekut dan isteri berkira, aku cakap terus dekat mereka, "tak payah nak beli benda-benda tue....MEMBAZIR!!! nanti main skejab trs rosak". Maka dengan muka hampa dia sedih dan jawab, "ktorg pakai duit dalam tabung lah nanti." aku pun tanya "apa jadi topi dan segala brg yang dia dapat waktu sambut birthday seorang kenalan tue?" Mereka jawab, "dah koyak." Aku tanya lagi, "rugi tak simpan duit tapi beli brg main sekejab dah rosak." Kebetulan mereka nak beg sekolah baru (humaira punya lama dh rosak dan hana belum pernah beli lagi sebab next year baru masuk sekolah), aku pun cdgkan dkat dia..apa kata duit dalam tabung itu guna untuk beli beg sekolah. Terus berubah dan muka teruja sebab mmg kami ada survey harga barang keperluan sekolah kakak beberapa minggu lepas. Mula lah dia bercerita nak beg frozen, stationary princess dan segala macam yang memuaskan mata dia. Aku pun kata...boleh beli semua tue kalau duit dalam tabung cukup...hehehee..

p/s: sebenarnya ktorg tak guna pun duit tabung dorg, bila cukup banyak duit tabung dimasuk ke akaun bank...cuma ktorg nak ajar mereka hargai apa yang ada dengan berjimat dan bebelanja dengan cara berhemah...

Kebetulan hari lahir Mr.Y dan Hana , aku ada jamuan akhir tahun KAFA, banyak pulak hiasan belon dorg sediakan...apa lagi ambik lah beberapa ikat bagi budak-badak main. Masa nak ambik terfikir dah, nanti dorg kata Ummu tipu sebab malam cakap tak nak beli, tetiba ada. tapi ambil jugak..hehehe...lepas abis jamuan kita pergi cari pinggan dan cawan kertas, lalu dekat party set dekat DIY. Lama kami laki bini duduk depan tue, rasa hati nak beli tapi ingat apa kata kat anak-anak jadi berbelah bagi...sudahnya balik tanpa beli pun party set tue...sebab kita tak nak anak-anak cakap, mak ayah tipu, mak ayah cakap tak serupa bikin.

Malam lepas sambut kakak tanya mana dapat belon, maka bgtahu dapat masa jamuan dengan kawan-kawan..dia boleh terima.

Alhamdulillah, segala berjalan lancar. Kek pun dapat cantik, mak masak mee goreng sedap (anak-anak berlalak makan), abg in in dan hazeq bakar ayam pun sedap.


"Kualiti masa bersama jauh lebih penting dari kuantiti masa bersama."

Sabtu, November 25, 2017

Pemenang 1st ANALIFESTYLES GIVEAWAY - Buku nota yang comel

Assalamualaikum.....hari ini buka blog pagi2 dah dapat berita gembira.....alhamdulillah dapat hadiah untuk 1st ANALIFESTYLES GIVEAWA. Terima kasih kepada yang menganjurkan giveaway.


Ini lah buku yang bakal kita dapat....

Admin blog ini juga RAIHANA RAMLAN tengah menganjurkan Mega cuckoo Giveaway. Masyallah hadiah-hadiah nya menarik.... nak join klik link ini...
https://raihanalifestyles.blogspot.my/2017/11/mega-cuckoo-giveaway_23.html
tak salah mencubakan...


Ahad, November 19, 2017

Blog Hop Giveaway By Yasmin Aris


Assalamualaikum, kita dapat jemputan untuk join Giveaway by Yasmin Aris. Salah satu syarat dalam Giveaway kali ini adalah "Tulis apa yang memberi inspirasi dalam hidup."

Inspirasiku

Berdasarkan Kamus Pelajar Edisi kedua, inspirasi bermaksud sesuatu yang menggerakkan hati untuk mencipta sesuatu (hasil seni dll); ilham. Dalam kehidupan ini, inspirasiku berubah mengikut keadaan dan tempat.Kita pergi satu persatu.

Pengurusan kewangan dan ilmu. Sumber inspirasi pengurusan kewangan aku adalah bapa aku sendiri. Bukan kerana dia bapaku tetapi kerana dia adalah insan yang hanya belajar setakat darjah 6. Walaupun belajar hanya setakat darjah 6 tetapi beliau berjaya mewujudkan perniagaan yang bertahan selama lebih 40tahun. Jika anda ke terengganu dan tanya kenal tidak "mohd Yusof tukang Jahit" dikalangan tukang jahit sekitar kuala terengganu, insyalah mereka mengenali beliau. Bagaimana beliau dapat berjaya ialah apabila tidak pernah berhenti untuk mencari ilmu,sama ada ilmu perniagaan atau ilmu kehidupan dan akhirat. Pengurusan perniagaan, pengurusan akaun dan lain-lain keperluan dalam perniagaan diambil dari kursus-kursus luar. Jangan terkejut jika beliau berbahasa inggeris mengalahkan anak-anak yang belajar hingga ke universiti. Ketika aku darjah 6, balik kelas tambahan waktu malam aku terpaksa menunggu dibelakang kelas al-quran dan bahasa arab beliau sehingga habis. Saat anak-anak lain telah tidur jam 12 malam, aku baru nak balik rumah. Selain berjaya dalam pengurusan kewangan sendiri, beliau berjaya mendidik anak-anak untuk mengutamakan keperluan berbanding keinginan. Sejak dari sekolah, segala wang dihulurkan kepada anak-anak akan diminta perincian bagaimana wang digunakan. Bukan sekadar tanya tetapi direkod dalam buku. Ini mengajar kami anak-anak untuk lebih menghargai setiap nilai duit yang dibelanjakan.

Pendidikan anak-anak. Aku ada seorang mak saudara yang hanya bekerja sebagai suri rumah. Memiliki anak seramai 10 orang, 8 lelaki dan 2 perempuan. Apa yang menjadi inspirasi adalah bagaimana beliau mendidik kesemua anak dengan akidah yang mantap dan berjaya semuanya.

Photography dan design. Sumber inspirasi adalah keinginan pelanggan dan sesuatu yang menjadi trend semasa. Selalunya inspirasi designing akan muncul saat awal pagi ketika semua sedang tidur.

Hubungan sesama insan. bagaimana kita berhubung dengan insan lain memberi gambaran tentang diri kita. Apatah lagi jika diperhatikan oleh anak-anak.... Insan bernama rodziah abbas atau mayuni banyak mengajar topik ini saat aku masih bujang, tetapi ilmu ini amat berguna selepas berkahwin, ada anak dan mertua disamping kawan-kawan dan saudara mara. Antaranya:
  1. Jangan mengeluh menjaga dan memnuhi keinginan orang tua terutama ibubapa kita dan mertua kita. Kerana kebahagian rumah tanggan kita terletak pada redha dan restu orang tua.
  2. Saat suami lagi marah atau mood tidak bagus, jangan keluarkan kata-kata yang boleh menyakitkan hati atau membuat sesuatu yang boleh membangkitkan lagi kemarahan.
  3. Dalam perhubungan suami isteri tidak boleh 2-2 banyak bercakap pada masa yang sama terutama didepan anak-anak. Seorang perlu menjadi pendengar. Ini penting supaya anak-anak belajar menghormati orang yang sedang berucap.
  4. Abaikan mulut-mult yang bercakap sesuatu tidak elok tentang kita atau insan lain, lebih baik digelar kera sumbang daripada berkumpul mengumpul dosa.
  5. Jangan ungkit apa yang kita korbankan demi insan yang kita sayang.
  6. Bantu kawan ikut kemampuan, jangan sampai kita sendiri terbeban. 
Rasanya setakat ini jelah karangan inspirasiku hari ini. Matahari pun telah menampakkan diri, maka jom lah kita buat sarapan  untuk perut-perut yang bakal bangun sekejab lagi. Apa menu sarapan hari ini....?