Jumaat, Mei 05, 2017

Asam pedas melaka

Menu lunch yang buat makan nasi bertambah-tambah...

Asam Pedas Melaka yang terbaik, chef dtg khas dr Melaka.

tadi chef cerita dia belajar buat asam pedas, sambal goreng dari mak mertua. sebab chef asal kedah tapi kawen dgn org melaka, maka kena pandai masak asam pedas & sambal. Nampaknya lepas ni kena menuntut ilmu dengan mak lebih lagi.

Apa pun terubat rindu nak makan asam pedas mak. setiap kali balik Kl mak mesti akan buat asam pedas untuk menantu dia ni. walaupun dah cakap tak perlu buat sbb dah ada lauk. tapi dia tetap buat dengan alasan 'tak apalah, ko suka makan asam pedaskan.'

Pandai mak jaga perut menantu... menantu yg jauh ni tak tahu lah pandai tak jaga hati mak. semoga tak pernah dan tak akan buat hati mak tersentuh dengan kesedihan, apatah lagi terluka. Amin

#gembirabilaperutkenyang
#ibubapa
#thankyou
#asampedasmelaka

Ahad, April 30, 2017

Bersiaran dari Mukah, Sarawak

Assalamualaikum dan salam subuh...

Selalu kalau duduk rumah jam 4 pagi kira lambat bangun. tapi bila duduk hotel, ajak mata tidur balik lepas terjaga jam 4pagi. mata tak nak tidur.  maka kita ambil peluang menikmati bacaan buku dengan tenang. almaklum lah laptop tak bawak. kalau bawak dapat buat designkan. tapi Mr.Y kata enjoy your holiday. hahahaha...

Selasa, April 25, 2017

Colour Mugs-Naimy Art gift shop.


Assalamualaikum... entry kali ni saya nak share design colour mug yang ada dekat Naimy Art Gift Shop

Sebahagian design boleh diperolehi dalam bentuk magic Mugs dan Full Colour Mugs.
Saya juga menerima tempahan design custom made. Maksudnya kalau ada yang nak design berbeza dari yang ada dalam store.





















Resepi: Ayam Panggang @ Ayam Percik Terengganu

Assalamualaikum, kali ini saya kongsikan resepi ayam panggang turun temurun keluarga saya. Bakar atas arang tempurun dan sabut kelapa memang sedap. Ada beberapa kaedah yang boleh digunakan tapi kali ini saya bagi yang paling senang dan tak banyak karenah.


Bahan-Bahan


  • Setengah ekor ayam (potong 2)
  • 1batang Serai (ketuk)
  • 2ulas bawang merah*
  • 1ulas bawang putih*
  • 1/2 " kunyit hidup*
  • 1/2 " halia *
  • sedikit Lengkuas
  • serbuk kunyit
  • sedikit garam
  • santan (guna 1/2 kotak santan segera yang kecik)
  • 1 keping asam keping/ sedikit air asam jawa
  • 2 sudu makan cili giling/kering kisar


Cara-cara 

  • Ayam dilumur dengan serbuk kunyit dan garam-biar sekejab
  • Tumbuk semua bahan bertanda
  • Ayam dan serai masuk dalam kuali, letak air sedikit dan biarkan sehingga masak.
  • Setelah ayam masak, keluarkan dan letak pada pemanggang. 
  • Masukkan bahan tumbuk serta cili giling kedalam kuali yang masih ada air rebusan ayam dan serai tadi.
  • Biar didih  sebentar masukkan asam keping dan santan.
  • Perasankan, dah elok kuah pekat cantik boleh tutup api dan letak tepi.
  • Ayam dipanggang sehingga terbit minyak.
  • Curah kuah yang telah masak keatas ayam dan panggang lagi.
  • Ulangi langkah diatas sehingga dapat rupa ayam panggang ikut selera mata memandang. (pada aku nampak berminyak dan rangup sikit dan ok)
  • Akhir hidang  bersama kuah dan sedia untuk dimakan dengan nasi panas serta ulam timun.

Selamat mencuba...

Ahad, April 23, 2017

Giveaway Dior Miniature Perfume Mini

Assalamualaikum. Dengan rasa rendah hati Fiza menjemput semua pembaca blog Ourmemoria.my untuk sama-sama memeriahkan Giveaway yang dianjurkan sendiri oleh Fiza.
Copy dan klik banner untuk penyertaan
Giveaway Dior Miniature Perfume Mini bermula pada hari ini 18 April hingga 1 Mei 2017. Semua blogger yang bermastautin di Malaysia dijemput untuk menyertainya.

Dior Miniature Perfume Mini Set mengandungi:
5 ml EDT Dolce Vita, 
5 ml EDP Miss Dior, 
5 ml EDT J'adore,
 5 ml EDT Midnight Poison,
 5 ml EDT Dior Addict
Ada 5 jenis Dior Miniature Perfume untuk dimenangi dan hanya 5 pemenang yang akan dipilih. Jemput semua blogger untuk memeriahkan giveaway ini.