Assalamualaikum dan salam subuh. Nampak tajuk Hadis Riwayat Muslim. Tapi tak nak ulas pasal hadis tersebut. Sekadar berkongsi apa yang berlaku malam tadi.
Setelah penat mengemas dan melayan anak-anak...tunggu husband balik surau tak balik-balik. Terdetik dalam hati, kemanalah perginya hamba allah ni. Lamanya ke surau, dah nak pukul 10 tak balik-balik. Anak-anak tak sihat balik lah cepat-cepat.
Nampaknya syaitan mula memainkan peranan mewujudkan rasa tak puashati dalam diri serta cuba menyemai rasa marah pada suami sendiri. Hakikatnya jika suami ke surau balik jam 10 adalah perkara biasa pada malam jumaat (ada majlis ilmu) dan malam ada kelas mengaji.
Aku melihat dihadapan tv ada sebuah buku bertajuk
MAUIZHAH (catatan bimbingan dari seorang guru- Tuan Guru Nik Aziz). Melihat anak-anak seronok bermain bersama (mereka menunjukan perkembangan yang positif dari penyakit demam, muntah dan cirit), maka aku ambik dan mula belek.
Masyallah!!!Aku insaf!!!
Buka-buka sahaja ayat pertama baca terkena batang hidung sendiri.
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuanya." (HR Muslim)
Ya Allah, baru tersedar kembali bahawan bebanan anak-anak tak sihat adalah dalam kemampuanku. Jika tidak Allah tak akan hadirkan bebanan ini, kerana Allah itu tidak Zalim. Suami pergi surau dan pulang lambat juga kerana Allah itu adil, kerana selalunya malam Jumaat, suami akan bawa pulang juadah dari surau yang tak habis walaupun sekdar air teh tarik (Air teh buatan pakcik israil best). So sorry my dear. Doakan agar saya sentiasa ikhlas dalam melakukan apa saja pekerja termasuk mengizinkan anda ke majlis ilmu.
Bilamana ummu mula membaca, anak-anak datang dekat...terpaksa tutup buku Mauizhah...Kakak minta baca buku "kisah binatang dalam al-quran". Maka jom lah baca sama-sama.
Ingat apa kita buat dan lakukan, anak-anak perhatikan.