Assalamualaikum dan selamat pagi.
Semalam kami teman abi cari buah untuk majlis perpisahan budak praktikal. Dalamm kereta waktu nak balik abi cakap nak terus pergi solat jemaah dekat surau. Maka kami ikut je lah. Sementara tunggu abi siap solat, hana & humaira dah kebosanan mintak nak tengok video. Oleh kerana Uwais aysar tidur, ummu ajak kakak-kakak edit gambar guna picsart. Nak tengok hasil idea yang dikemaskini oleh ummu jam 5pg.
Ini dia!!!
Perbualan kami anak beranak----
Hana: Hana nak sayap.
Humaira: Kakak nak bunga.
Hana: sayap hana 2
Humaira: ummu, ada buterfly tak.
*bunga, buterfly n sayap dipilih oleh hana dan humaira.
Gadjet mmg suatu yang tak bagus untuk anak2 main sendirian tetapi ia amat berguna dan bermanfaat jika dikelolakan oleh orang tua.
Antara kemahiran yang anda dapat bentuk dalam diri anak-anak saat ini adalah:
1.Kemahiran berkomunikasi, apabila andabertanya dan mereka menjawab.
2.Kemahiran membuat keputusan, apabila anda meminta mereka membuat pilihan.
3.Kemahira kerja berpasukan, apabila kakak memberi idea untuk penambah baikan gambar adik.
4.Kemahiran bersabar, apabila kakak perlu menunggu sayap adik siap dipadankan.
5.Kemahiran berfikir, apabila anak tahu apa yang perlu ada dalam suatu gambar. contoh di atas hana diedit masuk kedlm hutan. yang perlu ada rumput bunga & buterfly. Dalam masa sama ia menambah kreativiti anak.