Ahad, Jun 05, 2016

Resepi Som Tam -Sibu Style

Assalamualaikum,  insyalah esok kita akan menyambut 1Ramadhan1437H. Sekejab je dah setahun berlalu ramdhan 1436H.  Maka untuk makan malam sehari sebelum ramadhan ni kita buat lah som tam.

Sebenarnya menu tak di rancang ni.  Dekat rumah ada beberapa biji mangga muda pemberian kawan opis Mr.Y...Tengah masak kari ayam permintaan si kakak duk fikir apa lah nak buat dengan mangga muda ni. Nak buat makan cicah saja jgn harap lah Mr.Y dan anak2 nak makan... mereka bukan makan masam2 ni. Makan colek sorg2 tak best. Maka terlintas... eh..eh.. mangga muda boleh buat som tam ni...

Siap semua ready nk dinner, aku bg uwais makan sambil Mr.Y layan hana & humaira makan nasi. Eh..eh...bertambah lak makan..selera je nampak... ini yang x sabar nak makan ni. Yes...rasa kena... sedap nyer....

RESEPI UBAH SUAI
1biji mangga muda (separuh sagat & separuh racip)
1btg kacang panjang
1biji cili hidup
1ulas bawang putih
1biji limau kasturi
1/4 biji tomato
1bungkus kecil kacang tanah (15g)
Sedikit garam
Sedikit gula perang
Sedikit serbuk ikan bilis

Cara-cara
1. Tumbuk bawang putih & cili hidup bersama garam & gula agak lumat.
2. Masukkan kacang panjang, tomato, kacang tanah & serbuk ikan bilis.
3. Last sekali masukkan mangga dah gaul sebati & hidang.


Jumaat, Mei 27, 2016

Peringatan buat diri dan pasangan

Assalamualaikum, 

Batrisyia Humaira Binti Mohd Yaman
Hana Khadijah Binti Mohd Yaman

Uwais Aysar Bin Mohd Yaman.

Ahad, Mei 22, 2016

Semangat jam 3 pagi mak...

Aduhai anak...ummu bangun pagi2 buta nak siap kan penyata pendapatan...ye lah nanti taklah org lhdn dtg tangkap kita dik oi... tapi kamu pun sama nak berjaga... nak tolong kira ke apa... siang hari memang payah nak buat dengan urusan kerja rumah yang tak habis..

Redho je lah...huhuhu...

Sabtu, Mei 14, 2016

Kek jadi burger kepada tayar pusing2.

Lepas abi keluar pergi keja part time..hana & humaira main masak-masak sambil ummu layan uwais. Al-kisah tak dapat nak keluar semua mainan masak-masak sebab ummu dah gantung separuh mainan. Denda lepas main tak kemas. Tapi budak-budak ini terlalu kreatif...keluarkan polistrine dalam bilik kerja minta buat kek tipu-tipu. Ok ambik masa skejab buat kek tipu-tipu dan balut dgn kertas A4.

Kek tipu dah siap mula lah sesi jual-jual.

Humaira: kakak jual kek 2 seringit..hana nak kek apa.
Hana: nak kek bday...
Humaira: ok jom nyanyi hapy bday dgn kakak (sambil cuba cucuk thermometer rosak dkat kek tipu).

"Happy bday to u, happy bday untuk aunty zda...happy bday to u...lalalala.."

Ummu: kakak tahu ke ari ni bday aubty zda.

Humaira: ye lah, aunty syu bgtaw.

Ummu: bila aunty syu bgtaw?

Humaira: ari 2 masa aunty zda sakit perut 2.

Ummu ok...

dorg sambung main masak-masak. Tetiba....

Humaira:hana belum masak lah burger 2.

Hana : dah...abi beli sedap...

Ummu yg dengar pening, cepat sgt scene berubah...

Last kek jadi tayar pusing2...

Khamis, Mei 12, 2016

25 hari menuju Ramadhan

Bersediakah anda menuju ramadhan tahun ni....

PUASA TAHUN LEPAS PENUH?

DAH GANTI PUASA YANG TERTINGGAL?

DAH SETEL HUTANG FIDYAH?

huhuhuhu....

Ini yang nampak pada perkiraan pandangan mata kasar. Bagaimana dengan hati dan keihklasan amalan kita?