Isnin, Mac 07, 2011

Cinta & Ibadah

Dlm bercinta kt kena kuatkan hati msg2
Suami kuat kn hati isteri pdNya
Isteri kuat kan hati suami pdNya
Dengan memohon keizinan Allah
Sentiasa ingat adab agama dlm melayari bahtera
Sentiasa saling mngingati satu sama lain utk kebaikan
Sentiasa menjaga hati daripada penyakit hati
Krn berharap cinta kita adalah krn Allah
Semoga cinta ini menjadi Ibadah
Ikut tuntutan wahyu dan sunnah
Terbentuk satu ibadah kerana-Nya

Puisi Rindu Kita

Gemersik suara mu mengetar kalbu ku
Rindu mu menyambut rinduku
Menyemai kasih yang bakal halal dengan izin pencipta-Nya
Sungguh ku tggu saat itu
Aku harapkan kau impianku
Biar kasih dibuai jgn terlerai
Syg menyayangi awk
Merindui awk
Dalam keinginan ada kejayaan
Berkat usaha kerna bagiku
Kau kehormatanku...
Baik baik syg

Barakallah laka, wa barakallahu alaika wa jamaa bainakuma fi kulli khair

Ucapan terbaik (sebenarnya doa) daripada sunnah Rasulullah SAW buat pasangan pengantin, maksudnya:
    "Semoga Allah memberi barakah bagi kamu dan memberkati keluarga kamu, dan mengumpulkan kamu dalam kebaikan dan kepada kebaikan." (Dalam bahasa Arabnya: Barakallah laka, wa barakallahu alaika wa jamaa bainakuma fi kulli khair).

Inlah doa untuk pengantin yang diajarkan oleh Rasulullah agar pengantin mendapat kebaikan dan kebahagiaan di dunia (generasi demi generasi dan di akhirat lagi diberkati Allah). Kita doakanlah pengantin yang diraikan dengan doa ini. Justeru, asas perkahwinan yang bagaimanakah yang paling membahagiakan? Semua perkahwinan mengharapkan kebahagiaan, tetapi berapa orangkah yang dapat menikmati bahagia? Apakah asas perkahwinan yang membuahkan kebahagiaan berpanjangan?
  • Jika asas perkahwinan adalah kerana seks, maka pasangan akan selalu bertengkar jika suasana di  bilik tidur tidak memuaskan.
  • Jika asas perkahwinan adalah kerana harta, maka pasangan bakal bercerai jika ekonomi dalam rumah tangga merudum dan muflis.
  • Jika asas perkahwinan kerana kecantikan wajah dan tubuh badan, pasangan akan lari apabila rambut beruban, muka kerepot atau badan jadi gendut.
  • Jika asas perkahwinan kerana anak, maka pasangan akan mencari alasan untuk pergi jika hati (anak) tidak hadir.
  • Jika asas perkahwinan kerana keperibadian, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.
  • Jika asas perkahwinan kerana cinta, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal yang lebih baik, tambahan pula manusia yang dicintai pasti mati atau pergi.
  • Jika asas perkahwinan kerana ibadah kepada Allah, sesungguhnya Allah itu kekal dan Maha Pemberi Hidup kepada makhluk-Nya. Allah mencintai hamba-Nya melebihi seorang ibu mencintai bayinya.



Maka, tidak ada alasan apa pun di dunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali jika pasangan menderhakai Allah. Kebahagiaan dalam perkahwinan mesti dimulakan dengan langkah yang pertama iaitu pemilihan yang tepat! Pemilihan tepat perlukan kriteria pemilihan. Kita perlu bertindak dengan berhati-hati dan cermat dalam membuat pilihan agar tidak tersalah pilih. Ingatlah bahawa Allah memakbulkan permintaan kita menurut kehendak ‘niat’. Jika kita menginginkan jodoh baik, mula dari diri sendiri menjadi baik dan carilah di tempat baik pula.

Diriwayatkan daripada Umar bin Khattab bahawa Rasulullah bersabda bersabda bermaksud:“Pahala perbuatan itu tergantung niatnya, setiap orang akan mendapat pahala sesuai dengan niatnya. Sehingga, sesiapa saja yang berhijrah kerana Allah dan rasul-Nya, maka hijrahnya bernilai di sisi Allah dan rasul-Nya, dan sesiapa saja berhijrah kerana keuntungan dunia atau kerana untuk menikahi wanita, maka yang diperolehnya hanya terbatas apa yang diniatkannya." 





(Hadis riwayat Bukhari).Rasulullah bersabda bermaksud: “Orang mengahwini wanita kerana empat perkara iaitu hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Oleh itu, carilah wanita yang mempunyai agama (kerana kalau tidak) binasalah dua tanganmu." 

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Hadis itu tidak hanya merujuk kepada pihak lelaki, malah wanita dalam memilih calon suami. Oleh kerana Rasulullah tidak merumuskan bentuk tertentu daripada perkataan binasa, berkemungkinan besar yang dimaksudkan ‘binasa’ adalah penderitaan batin kerana ketegangan yang berlaku akibat salah memilih teman.Janganlah terpedaya dengan keindahan fizikal dan duniawi semata-mata dan mengaburkan tujuan perkahwinan yang sebenarnya iaitu penyempurnaan ketakwaan kepada Allah.Jodoh memang sudah ditetapkan Allah, tetapi sesuai dengan hukum-Nya, Allah tidak akan menjodohkan seseorang yang soleh dengan seorang penzina. Jika ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka mulalah dengan memperbaiki diri sendiri kerana Allah menetapkan takdir, bahawa:" 

(Lazimnya) perempuan yang jahat untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih daripada (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (daripada Allah) dan pengurniaan yang mulia." (Surah an-Nur, ayat 26) Bagaimanakah kita akan mendapat pasangan sebaik Saidatina Siti Khadijah atau Siti Fatimah jika tidak sebaik Rasulullah atau Saidina Ali.Semoga pemilihan yang berdasarkan kepada kriteria itu atas akan mendapat kebahagiaan hakiki di dunia dan akhirat. 


From: e-mail

Kriteria isteri idaman

1. Seorang isteri yang cantik, pandai bersolek, memasak dan mengurus rumah adalah hal yang penting.

2. Seorang isteri yang periang, bertenaga, dapat membuat kita tertawa dan menghibur dikala duka juga penting.

3. Seorang isteri yang memahami, soleh, jujur, taat beribadah dan dapat dipercaya sangat penting.

4. Seorang isteri yang dapat memahami dan memuaskan anda secara lahir batin dan di tempat tidur juga sangatlah penting.

5. Tapi yang paling penting adalah ke empat-empat istri tersebut di atas tidak saling mengenal satu sama lain...


p/s: ini adalah petikan e-mail oleh cardinboy dgn tag line :KHAS UTK PEREMPUAN DR LELAKI...

Jumaat, Mac 04, 2011

18 Ciri Isteri Yang Solehah

  1. Isteri yang sentiasa menjaga kebersihan, kesihatan dan kesempurnaan dirinya, rumah tangga serta anak-anak.
  2. Isteri yang sentiasa mencintai dan menghormati keluarga suaminya seperti mana ia menghormati dan menyayangi keluarganya sendiri.
  3. Isteri yang sentiasa menjaga aurat dari pandangan yang bukan mahramnya dan pandangan matanya sendirinya.
  4. Tidak membenarkan lelaki yang bukan mahramnya memasukki rumahnya ketika ketiadaan suami.
  5. Isteri sedia menjadi suaminya sebagai ketua dalam rumah tangga mereka. Ini kerana sifat semulajadi yang telah Allah anugerahkan kepada kaum lelaki.
  6. Isteri sedia memberikan kesetiaan, ketaatan dan kepatuhan kepada suaminya selagi suruhan suami itu tidak bertentangan dengan ajaran islam.
  7. Isteri yang sedia memberikan jawapan dan kasih sayang yang sepenuhnya sehingga membuatkan suami merasakan rumah tangganya itu adalah tempat untuk mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan dari sebarang masalah kerja.
  8. Isteri yang sentiasa menjaga rahsia dan maruah suaminya begitu juga dengan maruahnya sendiri ketika ketiadaan suami.
  9. Isteri mestilah memohon keizinan suaminya untuk keluar dari rumah atau untuk mengerjakan puasa sunat.
  10. Isteri mestilah bijak menguruskan harta suami dalam berbelanja dengan kadar yang sederhana serta tidak membazir. Cara ini dapat menyelamatkan suami dari masalah kewangan.
  11. Isteri yang sedia menerima pemberian suami dengan penuh keikhlasan dan kerelaan.
  12. Isteri yang sentiasa bersyukur dan tenang sama ada menerima nikmat atau dugaan dari Allah. 
  13. Sedia melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu serta segala perintah Allah dengan tabah dan sabar.
  14. Berdiam diri sambil mendengar bila suaminya sedang bercakap.
  15. Isteri yang sedia dan melayani dan memenuhi kehendak batiniah suami bila diperlukan.
  16. Isteri yang sentiasa menghiasi dan sebaliknya pula bila ketiadaan suami.
  17. Isteri yang sentiasa bersikap malu terhadap suaminya, bersopan santun dalam perkataan dan juga perbuatannya.
  18. Isteri yang menemani suaminya ke muka pintu bila ia hendak keluar dan menyambutnya dengan seyuman bila ia pulang.

 Sama-samalah kita bermuhasabah terhadap diri masing-masing.