Apabila jauh perjalanan dan anak-anak tidur, kami pilih topik untuk borak. Topik semalam, kenapa seseorang beli barang merapu. Maksud merapu yang kami simpulkan adalah beli tapi tak guna.
Tapi sampai akhir perbincangan, kami tiada solusi kenapa seseorang beli barang merapu.
Adakah kerana nafsu? Adakah kerana tidak tahu membezakan keperluan atau kehendak? Atau sekadar untuk mengambil perhatian? Atau disebabkan oleh penyakit FOMO (fear of missing out)?
Hurm.. Kalau saya, selaunya untuk lepaskan kemarahan dan perasaan frustrated.. Barang merapu saya selaunya makanan dan buku.. Kalau overspend tu memang tengah stress ya amat la tu..
BalasPadam