Ahad, April 16, 2017

Tutorial Picsart: Magic selfie with Sticker 'Splash Color'

Assalamualaikum dan salam semua, hari ini saya hendak berkongsi cara-cara untuk buat gambar magic selfie menggunakan aplikasi Picsart. Melalui kaedah ini anda hanya perlu satu aplikasi.

1.Muat turun aplikasi 'Picsart' dari 'Play Store'
Pastikan anda telefon anda telah di 'install' dengan applikasi 'PicsArt'. Boleh muat turun secara percuma di 'Play Store' Setrusnya klik icon PicsArt anda.
2. Klik icon '+' dalam bulatan merah jambu dan pilih 'edit'.
Apabila anda klik icon Picsart pada paparan telefon anda, anda akan dibawa ke skrin seperti di atas. Apa yang anda perlu lakukan adalah klik pada icon '+'  untuk memilih sama ada ingin 'edit', 'collage', draw, dan 'camera'. 
Pilih icon 'edit' dan anda akan dibawa ke ruang galeri gambar dalam telefon anda. Pilih mana gambar anda yang paling anda suka dan gemari.
3. Pilih 'Magic'
Apabila anda selesai pilih gambar, sila klik pada icon magic pada bar bahagian bawah seperti yang dalam bulatan. 
Langkah: 1) klik icon 'rainbow'   2) pilih blend 'screen'. Manakala bahagian 'fade' anda boleh ubaht ikut kesukaan anda.Seterusnga anda klik pada tanda '✓' bahagian atas sebelah kanan. Anda akan keluar kepaparan asal dengan gambar yang telah dimagickan. Cari icon draw pada bar di bahagian bawah.


4. Pilih Draw dan langkah berdasarkan nombor-nombor pada rajah.

 
1) Pilik icon pemadam dan padamkan bahagian yang anda tidak ingini. 2) Pindahkan layer ada gambar ke bahagian atas. Icon layer berada bahagian bar bawah sebelah kanan.
5. Tambah stiker pada gambar
1)klik layer yang telah dipindahkan tadi. 2) Pilih icon 'paint' dan akan keluar paparan untuk anda memilih warna, saya cadangkan warna putih, seterusnya klik tanda ✓, Hasilnya akan terlihat seperti diatas. 3) klik pada icon ini dan pilih 'new layer', klik layer yang terhasil. 4) klik icon ini dan pilih sticker.
Saya memilih sticker dari pakej Splash of Colour. Ada beberapa pakej stiker yang boleh didapati secara percuma atau berbayar di Picsart antaranya, fireworks, paint splash dan lain-lain. Klik pada stiker yang anda inginkan dan letakkan pada new layer tadi.
6. Ubah suai saiz dan kedudukan sticker
1) klik pada layer yang telah anda letak stiker pilihan tadi.  2) klik disini akan keluar beberapa menu pilihan, anda perlu pilih 'transform' untuk mengubah saiz stiker anda. seterusnya gerakkan 2 jari anda pada stiker tadi secara serentak anda akan dapat mengubah saiz dan kedudukan stiker. Saya tambah satu layer lagi untuk menambah stiker. 
7. Tambah ayat atau perkataan

Berdasarkan gambar pada langkah ke-enam,  3) Lagi sekali anda perlu tambah new layer. Klik pada new layer, klil pada icon pensil.  4) klik disini dan anda akan dibawa ke paparan seperti dibawah. 
Maukkan perkataan, pilih warna dan bentuk tulisan yang anda inginkan, Di picsart anda boleh menambah jenis tulisan yang anda inginkan. Tutorial menambah koleksi tulisan Picsart saya pernah berikan di sini . Setelah siap sila klik ✓. Seterusnya letak jari anda pada kedudukan mana anda ingin tulisan itu berada dan bawa ia kearah mana yang anda inginkan.  Setelah siap anda boleh pilih icon bertitik 3 bertindih yang terdapat disebelah icon  ✓. Akan keluar beberapa menu untuk anda pilih. Maka pilih lah 'save image'.

TAAAARRRRAAAA....

Inilah hasil yang berjaya saya buat....


Berikut saya kongsikan beberapa gambar 'magic selfie' yang telah saya hasilkan. 











4 ulasan:

  1. boleh di jelaskan lebih detail cara nomor 4, pindahin layernya saya engga bisa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf alief, baru dapat balas komen... ok ini saya jelaskan bagaimana nak pindah layer.

      Klik pada icon layer yang berada bahagian paling tepi sebelah kanan. Akan keluar menu dimana terdapat 2 layer. Pilih layer yang ada gambar dan bawa ke atas dengan cara tarik layer tersebut ke atas.

      harap membantu.

      Padam

Sila komen yang baik-baik

Teman Blogger