Isnin, November 28, 2016

Printcious~saya berniaga tanpa modal


Assalamualaikum dan selamat petang.

Pada petang yang berbahagia ini saya nak kongsikan apa yang sedang saya lakukan dan kenapa saya memilih syarikat percetakkan ini. "Printcious". Saya telah lama terlibat dengan Printcious semasa mereka masih menggunakan nama heartbeat. Bawah adalah carta alir mudah.

❤❤❤
2011~ Join Affiliat HeartBeat.
2013~Jadi heartbeat-dropshipper 
2016~Join Printcious sebagai designer.
❤❤❤

Kenapa dengan Printcious, saya dapat berniaga tanpa modal? 
Ini kerana saya menjadi designer untuk printcious tanpa perlu membayar apa-apa yuran. Apa yang perlu saya berikan adalah bakat dan seterusnya mematuhi segala T&C yang ditetapkan.

Apa lagi yang best?
Bagi ibu-ibu yang sibuk dengan anak-anak pasti menghadapi kekangan masa untuk menguruskan tempahan pelanggan dan pembukungsan dan seterusnya penghantaran. Dengan printcious saya tidak perlu melakukan semua itu, saya hanya perlu membuat design mengikut masa saya, upload mengikut kesukaan saya dan seterusnya paparkan di kedai online. Jika ada pembeli, email akan dihantar.Kata orang sekali kerja dapat hasil berkali-kali. Maka buatlah design yang cantik-cantik.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila komen yang baik-baik

Teman Blogger