Rabu, Mac 09, 2016

Gerhana Bulan Separa

Saat ini berlaku gerhana bulan separa di sibu sarawak. Aku hanya perhatikan dari tingkap bilik kerja, sambil menyiapkan photobook little girl.

Apa itu gerhana matahari separa...?

C&P dr web falak online

Fenomena Gerhana Matahari umumnya boleh berlaku apabila 3 jasad besar di angkasa lepas, Bumi, Bulan dan Matahari berada di dalam kedudukan selari.
Hasil daripada kedudukan yang unik ini, jasad Bulan akan berupaya menutupi jasad Matahari, lalu akan mengakibatkan bentuk matahari di langit menjadi tidak bulat seperti biasa, dan akan kelihatan seolah-olah hilang sebahagiannya.
Bagi anda di Malaysia, anda  akan dapat melihat sebahagian besar  matahari tertutup (bukan sepenuhnya). Fenomena yang ini dikenali sebagai fenomena Gerhana Matahari Separa.
Kali terakhir penduduk Malaysia dapat melihat fenomena Gerhana Matahari Separa ialah pada bulan Januari 2010.

Waktu Kejadian


Gerhana Matahari Separa yang akan berlaku pada 9 Mac 2016 ini bermula sebaik sahaja matahari terbit di ufuk timur.
Bagi penduduk di Utara Malaysia, anda akan dapat melihat matahari sudahpun kelihatan ‘hilang’ sedikit sebahagian daripada sisinya ketika matahari terbit.
Bagi penduduk ke arah Selatan Malaysia, anda akan dapat lihat matahari dalam keadaan sempurna bulat ketika ia terbit, dan berpeluang melihat Sentuhan Pertama (First Contact), iaitu saat jasad Bulan kali pertama mula kelihatan di salah satu sisi matahari, lebih kurang 5-6 minit selepas terbitnya matahari.
Kemuncak Gerhana Matahari Separa ini berlaku sekitar jam 8.23 pagi. Namun, ia bergantung juga kepada kawasan dan lokasi.Selain itu peratusan matahari tertutup juga bergantung kepada lokasi. Semakin ke selatan, semakin banyak peratusan matahari akan tertutup.
Jadual dan rajah di bawah boleh digunakan sebagai panduan asas untuk waktu puncak gerhana serta peratusan matahari tertutup.
Semenanjung Malaysia
  • Kangar – 8.25 pagi (67%)
  • Kuah – 8.25 pagi (67%)
  • Alor Setar – 8.25 pagi (68%)
  • Georgetown – 8.25 pagi (70%)
  • Ipoh – 8.24 pagi (73%)
  • Kuala Lumpur – 8.24 pagi (79%)
  • Shah Alam – 8.24 pagi (79%)
  • Putrajaya – 8.24 pagi (80%)
  • Seremban – 8.24 pagi (81%)
  • Melaka – 8.23 pagi (83%)
  • Johor Bharu – 8.24 pagi (86%)
  • Kuantan – 8.25 pagi (77%)
  • Kuala Terengganu – 8.26 pagi (71%)
  • Kota Bharu – 8.26 pagi (68%)
Malaysia Eclipse.001
Sabah & Sarawak
  • Kuching – 8.29 pagi (87%)
  • Sibu – 8.31 pagi (85%)
  • Bintulu – 8.33 pagi (82%)
  • Miri – 8.36 pagi (78%)
  • Kota Kinabalu – 8.40 pagi (73%)
  • Sandakan – 8.42 pagi (75%)
  • Tawau – 8.41 pagi (81%)
Malaysia Eclipse.002
Jika anda berminat untuk mengetahui waktu di lokasi selain daripada di atas, sila klik PAUTAN ini. Waktu yang dipaparkan di sana ialah dalam Universal Time (UT). Anda perlu tambah 8 JAMuntuk tukar ke waktu Malaysia.
Secara umumnya, Gerhana Matahari Separa di Malaysia akan tamat lebih kurang 1 jam 5 minit SELEPAS waktu puncak di atas.
Fasa-fasa atau bentuk gerhana tersebut adalah seperti di bawah. (Rajah ini merujuk kepada lokasi di sekitar Lembah Kelang. Namun ia boleh digunakan sebagai gambaran kasar untuk lokasi-lokasi lain di Malaysia)
Screen Shot 2016-02-22 at 11.20.15 PM
Sumber: http://falakonline.net/semesta/2016/02/fenomena-gerhana-matahari-separa-9-mac-2016-dari-malaysia/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila komen yang baik-baik

Anda Mungkin Berminat dengan....

Follow by Email