Selasa, Disember 27, 2011

Tuntunan MU vs Tuntunan Manusia

Hati yang tidak tetap pada Allah sering berubah pandangan. Jika benar kita memilih sesuatu berdasar tuntunan wahyu Allah, insyalah kita merasa mudah. Walaupun ada yang menghalang dan mencabar pilihan tersebut. Ini kerana hati kita tetap padaNYA. Janganlah kita membuat sesuatu pilihan kerana tuntunan manusia. Kerana manusia tidak pernah menjanjikan kebahagian sesama manusia itu. 





Perjalanan sebuah kehidupan pasti ada banyak simpang dan liku. Walaubagaimanapun, liku dan simpang perjalanan setiap manusia pasti berbeza. Ada yang mempunyai simpang yang banyak diawal perjalanan tapi ada yang sangat banyak liku menghampiri perjalanan.  Adakala liku dan simpang yang sama perlu kita hadapi beberapa kali. Begitu juga dalam hubungan lelaki dan wanita.

Sudah menjadi fitrah lelaki akan berpasangan dengan wanita. Bagaimana pengakhiran sebuah hubungan itu bergantung kepada kebijaksanaan pasangan tersebut. Selagi lelaki dan wanita belum berkahwin, kita kenali mereka sebagai bakal pasangan. Andai telah berkahwim, barulah layak mereka digelar sebagai pasangan.  Ada yang menjadi bakal pasangan untuk tempoh yang lama, tapi hanya sekejab menjadi pasangan. Ada pula yang hanya sebentar menjadi bakal pasangan tetapi bertahan hingga ke akhir hayat sebagai pasangan.

Pada zaman sekarang, pasangan bukan lagi dipilih oleh ibu bapa, tetapi oleh individu tersebut. Walaubagaimanapun, pendapat dan pandangan ibu bapa sering di utamakan dalam pemilihan pasangan. Jika bakal pasangan ini telah bersetuju untuk melangkah ke simpang yang lebih mencabar. Maka mereka akan memperkenalkan bakal kepada ibu bapa masing-masing. Seterusnya ibubapa akan bertemu dan cuba mengenali bakal pasangan anaknya serta keluarga besan. Apabila kedua-dua pihak setuju maka melangkahlah mereka memasuki simpang dan melalui liku rumah tangga. Amat mudah dan senang bagi pasangan yang mendapat restu kedua-dua keluarga. Seringkali hubungan begini dipermudahkan Allah. Insyalah perjalanan ini mengikut tuntunan wahyuMU. Sebagaimana yang tersurat dalam kalam Mu yang agung.

Pilihan pasangan melalui tuntunan manusia sering dipengaruhi oleh nafsu dan emosi. Ada manusia mencari pasangan berdasarkan kekayaan dan ada pula yang berdasarkan rupa. Ini semua ada tuntunan nafsu manusia yang tidak dipandukan iman. Seterus emosi akan menguatkan pilihan hati yang buta. Jika berlaku sesuatu yang tidak dirancang dikemudian hari, maka mula lah episode salah menyalah antara satu sama lain. Kebahagian yang diharap, kesengsaraan yang dirasai. Yang sering terkesan akibat pilihan berdasarkan tuntunan manusia adalah hati. Berseronok lah syaitan melihat satu lagi pasangan adam hawa di hanyutkan dalam emosi tanpa iman.

Islam itu indah, agama itu cantik, jiwa itu murni, hati itu bersih….yang mencemari semua ini adalah tuntunan manusia yang mengikut nafsu dan emosi tanpa mengutamakan tuntunan Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila komen yang baik-baik

Anda Mungkin Berminat dengan....

Follow by Email