Rabu, November 16, 2011

Nasi Arab My @ Nasi Mandhi My

Kali nie nak bercerita pasal Nasi Arab My/ Nasi Mandhi....Nasi nie buat masa rasa haji ari 2...macam mana leh nak wat nasi nie....sebab memenuhi permintaan MY iaitu ayahanda kami lah... Dia suka sangat makan nasi arab setiap kali turun ke KL... Kenapa bila turun KL baru dia nak makan nasi arab, aku pun tak tahu... Oleh kerana suka sangat, maka di suruh anak-anak dan isteri belajar mencuba. Kira berani mati lah cuba buat banyak2 terus untuk hari raya kan. Alhamdulillah walaupun sedikit tawar tapi nasi menjadi. Yang istemewanya, nasi arab nie di makan dengan ayam goreng berempah. Bukan ayam bakar lemon. Walau macam manapun ia tetap sedap..lagi sedap jika dimakan dengan sup...
Berikut ada lah resipi nasi dan sos nyer...


Nasi:
4 cawan/pot beras basmathi ~ rendam 20 minit dan toskan
3 camca besar minyak sapi
4 1/2 cawan air atau secukupnya
1 biji bawang besar ~ hiris halus
3 ulas bawang putih ~ hiris halus
1 inci halia ~ hiris halus btg mancis
1/3 cwn kismis
Rempah tumis ~ 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih
Sedikit pewarna kuning
Garam secukup rasa.

Cara penyediaan nasi:
1. Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum dan bawang layu. Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih.
2. Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker. Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
3. Bila nasi kering, buat lubang ditgh nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 2minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.
4. Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.
5. Titiskan 2-3 titik pewarna kuning, kacau/gembur nasi dan masak nasi sehingga masak.

Sos:
1 biji tomato ~ hiris
5 biji cili besar hijau (nk pedas tmbh lagi) ~ hiris
Garam
Gula

Cara penyediaan:
~ Kisar semua bahan, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur.

Ayam goreng berempah:
~ Ayam di potong kecil-kecil dan di perap dengan campuran rempah (boleh didapati di pasaran).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila komen yang baik-baik

Teman Blogger