zazzle wedding

Wedding

Ahad, November 19, 2017

Blog Hop Giveaway By Yasmin Aris


Assalamualaikum, kita dapat jemputan untuk join Giveaway by Yasmin Aris. Salah satu syarat dalam Giveaway kali ini adalah "Tulis apa yang memberi inspirasi dalam hidup."

Inspirasiku

Berdasarkan Kamus Pelajar Edisi kedua, inspirasi bermaksud sesuatu yang menggerakkan hati untuk mencipta sesuatu (hasil seni dll); ilham. Dalam kehidupan ini, inspirasiku berubah mengikut keadaan dan tempat.Kita pergi satu persatu.

Pengurusan kewangan dan ilmu. Sumber inspirasi pengurusan kewangan aku adalah bapa aku sendiri. Bukan kerana dia bapaku tetapi kerana dia adalah insan yang hanya belajar setakat darjah 6. Walaupun belajar hanya setakat darjah 6 tetapi beliau berjaya mewujudkan perniagaan yang bertahan selama lebih 40tahun. Jika anda ke terengganu dan tanya kenal tidak "mohd Yusof tukang Jahit" dikalangan tukang jahit sekitar kuala terengganu, insyalah mereka mengenali beliau. Bagaimana beliau dapat berjaya ialah apabila tidak pernah berhenti untuk mencari ilmu,sama ada ilmu perniagaan atau ilmu kehidupan dan akhirat. Pengurusan perniagaan, pengurusan akaun dan lain-lain keperluan dalam perniagaan diambil dari kursus-kursus luar. Jangan terkejut jika beliau berbahasa inggeris mengalahkan anak-anak yang belajar hingga ke universiti. Ketika aku darjah 6, balik kelas tambahan waktu malam aku terpaksa menunggu dibelakang kelas al-quran dan bahasa arab beliau sehingga habis. Saat anak-anak lain telah tidur jam 12 malam, aku baru nak balik rumah. Selain berjaya dalam pengurusan kewangan sendiri, beliau berjaya mendidik anak-anak untuk mengutamakan keperluan berbanding keinginan. Sejak dari sekolah, segala wang dihulurkan kepada anak-anak akan diminta perincian bagaimana wang digunakan. Bukan sekadar tanya tetapi direkod dalam buku. Ini mengajar kami anak-anak untuk lebih menghargai setiap nilai duit yang dibelanjakan.

Pendidikan anak-anak. Aku ada seorang mak saudara yang hanya bekerja sebagai suri rumah. Memiliki anak seramai 10 orang, 8 lelaki dan 2 perempuan. Apa yang menjadi inspirasi adalah bagaimana beliau mendidik kesemua anak dengan akidah yang mantap dan berjaya semuanya.

Photography dan design. Sumber inspirasi adalah keinginan pelanggan dan sesuatu yang menjadi trend semasa. Selalunya inspirasi designing akan muncul saat awal pagi ketika semua sedang tidur.

Hubungan sesama insan. bagaimana kita berhubung dengan insan lain memberi gambaran tentang diri kita. Apatah lagi jika diperhatikan oleh anak-anak.... Insan bernama rodziah abbas atau mayuni banyak mengajar topik ini saat aku masih bujang, tetapi ilmu ini amat berguna selepas berkahwin, ada anak dan mertua disamping kawan-kawan dan saudara mara. Antaranya:
  1. Jangan mengeluh menjaga dan memnuhi keinginan orang tua terutama ibubapa kita dan mertua kita. Kerana kebahagian rumah tanggan kita terletak pada redha dan restu orang tua.
  2. Saat suami lagi marah atau mood tidak bagus, jangan keluarkan kata-kata yang boleh menyakitkan hati atau membuat sesuatu yang boleh membangkitkan lagi kemarahan.
  3. Dalam perhubungan suami isteri tidak boleh 2-2 banyak bercakap pada masa yang sama terutama didepan anak-anak. Seorang perlu menjadi pendengar. Ini penting supaya anak-anak belajar menghormati orang yang sedang berucap.
  4. Abaikan mulut-mult yang bercakap sesuatu tidak elok tentang kita atau insan lain, lebih baik digelar kera sumbang daripada berkumpul mengumpul dosa.
  5. Jangan ungkit apa yang kita korbankan demi insan yang kita sayang.
  6. Bantu kawan ikut kemampuan, jangan sampai kita sendiri terbeban. 
Rasanya setakat ini jelah karangan inspirasiku hari ini. Matahari pun telah menampakkan diri, maka jom lah kita buat sarapan  untuk perut-perut yang bakal bangun sekejab lagi. Apa menu sarapan hari ini....?

6 ulasan:

Sila komen yang baik-baik

Teman Blogger