Sabtu, Jun 12, 2010

Cantik nye....apa yang cantik?

Sebagai manusia kita sering tertarik kepada sesuatu yang cantik, sedangkan yang cantik itu belum tentu suatu yang elok. Ramai yang bertanya pentingkan kecantikan itu? Jawapan yang ada padaku, cantik itu penting bedasarkan tujuan sebuah kecantikan itu. Pandangan manusia biasa, cantik itu suatu yang nyata sedangkan ia juga adalah suatu yang lebih halus yang hanya mampu di lihat oleh mata hati dan dirasai oleh jiwa.

"sebagai contoh anda diberi pilihan untuk memilih antara seseorang yang cantik paras rupa dengan yang cantik budi pekerti, yang mana menjadi pilihan? Kecantikan paras rupa dapat dilihat dengan menggunakan mata kepala (fizikal), dimana kecantikan ini juga dikenali sebagai cantik fizikal. Manakala kecantikan budi perkerti hanya mampu dilihat oleh mata hati seterusnya dirasai oleh jiwa, inilah dinamakan cantik dalaman..."

Setiap insan yang hidup dan berakal sering menghadapi situasi dimana mereka perlu membuat pilihan antara 2 simpang iaitu keinginan dan keperluan. Seringkali terdapat manusia tewas dalam membuat pilihan apaabila memenuhi kehendak keinginan yang di tawan oleh nafsu dan di sokong oleh bisikan syaitan. Maka mereka ini memilih kecantikan fizikal. Sedangkan kecantikan fizikal hanya membahagiakan hidupnya yang sementara. Pasti akan datang yang lebih cantik dari yang sebelumnya....

Jarang kita membuat pilihan berdasarkan keperluan hidup di dunia dan akhirat yang berpandukan kepada wahyu Allah dan di sokong oleh keimanan. Ini kerana kita lebih mementingkan kebahagian yang sementara dari yang kekal....Apa pun pilihan ada pada setiap makhluk yang bergelar manusia..

P/s: ini hannya pandangan diriku...kalu tidak setuju abaikan sahaja...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila komen yang baik-baik

Anda Mungkin Berminat dengan....

Follow by Email