Isnin, November 11, 2019

Baucer Diskaun Hari-Hari



Assalamualaikum dan selamat pagi.


Baucer diskaun 10% Hari Hari dan tiket percuma untuk pelajar menaiki bas KL Hop On Hop Off ini kita dapat masa hari dialog sekolah kakak humaira. Alhamdulillah ada rezeki untuk penjimatan nampaknya.

Baucer Diskaun Hari Hari

Tahun lepas untuk masuk sekolah darjah satu kami menghabiskan wang hampir rm500 sahaja untuk keperluan pakaian sekolah kakak humaira. Tahun ini kena beli untuk kakak hana pulak. Tapi rasanya baju kakak humaira pun nak kena tambah sepasang lagi untuk sekolah agama

Baju kurung saiz kakak humaira dan RM31.35 manakala untuk hana RM29.45 sepasang. Ini hanya baju kurung belum masuk tudung, anak tudung, baju dalam dan lain-lain keperluan.

Baca Juga: Analisa Bajet Famili
Sebenarnya kami suami isteri dah mula buat kiraan bajet teperinci perbelanjaan untuk persekolahan anak-anak tahun depan bermula bulan enam lagi. Dekat bawah aku sertakan berapa kos yang kami perlu sediakan sebelum bulan 12 tahun ini untuk beli barang persekolahan. Ini hanya kos pakaian sebab topik kita pagi ini adalah baucer tiket hari-hari.

Andaikata kami belanja di hari-hari dengan kos sebegitu, maka kami akan dapat diskaun sebanyak RM30.60. Lepas lah nak buat belanja makan selepas penat berbelanja di Hari Hari.

Baca Juga:Adakala kita perlu pentingkan diri sendiri
Aku percaya kalau masuk hari-hari lebih dari itu akan aku belanja...dalam otak aku terbayang nak tambah underwear anak-anak dan suami, nak beli inner baru untuk diri sendiri dan anak-anak gadis. Maka terima kasih banyak-banyak hari-hari bagi baucer ini.

Siapa kat sini suka berbelanja di Hari Hari angkat tangan.

3 ulasan:

  1. Sha pun suka juga belanja dekat hari-hari.. Memang selalu beli underwear kat sini sebab kualiti kain dia best..
    Alhamdulillah dapat baoucer, boleh jimat sikit perbelanjaan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. itu lah....banyak belanja nak buka sekolah ni...

      Padam
  2. biarla 10% pun,zaman sekarang memang kita kene berkira2 sangat.Setiap sen keluar wajib kira hihi...

    BalasPadam

Sila komen yang baik-baik