Selasa, Februari 16, 2021

Ajar anak untuk ingat orang belakang


Assalamualaikum. Perlu ke kita ajar anak untuk ingat orang belakang terutama bab makanan?

Pada aku perlu, banyak manfaat kalau kita ajar benda ni kepada anak-anak terutama dari segi kasih sayang dan sifat prihatin dalam jiwa mereka. Selain aku nak mereka merasa cukup dengan apa yang ada. 

Sebenarnya aku tak adalah ajar mereka betul-betul tentang benda ini tapi ia berlaku secara tidak langsung. Mungkin kisah hidup dan cara aku dibesarkan membuat aku terbiasa mengingati orang belakang terutama ketua keluarga.

Aku ada 7 orang adik beradik, ayah pula kerja sendiri. Pendapatan keluarga dibantu ibu yang turut buat kerja sambil jaga anak. Aku selalu perhatikan mak aku akan simpan lauk untuk ayah balik kerja dan makan malam. Kadang-kadang bila makan udang kami akan diingatkan untuk ambil tak lebih 2 ekor seorang, ikan setengah ekor seorang. Buat ayam percik hujung minggu kena tunggu semua ada untuk makan sekali, sebab ayam percik bakar besar-besar.  

Apabila dah kawin dan ada anak, secara tak sengaja aku juga buat benda tu Simpan lauk tengah hari untuk makan malam. Satu yang aku perhatikan bila buat macam ni, anak-anak tak adalah melantak habis makanan atas meja jika kami menziarahi saudara mara atau rakan taulan. Kita kena faham kadang-kadang tuan rumah hidangkan semua makanan kat dapur untuk tetamu sebab mereka ada itu je. Kadang-kadang anak mereka pun belum makan, ada yang mungkin hanya telan air liur dengan harapan ada sisa untuk mereka rasa juga juadah tersebut. 

Itu sahaja perkongsian dan bebelan pagi ini. idea menulis dah lari dengan anak-anak duk tanya apa kerja sekolah mereka hari ini.....

4 ulasan:

  1. Sy setuju sbb sy mmg ajar anak² direct bab ni.. sbb dr kecik dh mcm tu

    BalasPadam
  2. budak kan mcam span..die serap segala perilaku kita melalui perbuatan yg kita tunjukkan..bagus ajaran ni

    BalasPadam
  3. betul tu...kena ajar ingat orang belakang...

    BalasPadam
  4. selain daripada simpan utk orang belakang, beli juga untuk orang belakang @ rumah..

    BalasPadam

Sila komen yang baik-baik