Assalamaulaikum dan selamat pagi. Hari ini aku (izin kan ye...sebab lagi seronok guna perkataan aku nak bercerita) ada misi nak kena siapkan photobook tempahan dari nun jauh di Sarawak. Ya Allah berilah kekuatan dan kesungguhan mengadap kerja. Hehehehe... Sebelum datang mood nak mengedit dan mengdesign maka aku nak kongsi satu kisah malam minggu lepas.
Seperti biasa setiap malam kakak Humaira akan mengemas tempat tidur dengan kakak hana. Waktu kakak-kakak nak kemas Uwais nampak Uzayr makan Epal, maka dia minta kupaskan epal. Kakak hana dengar, dia pun sama nak. Bila kakak Humaira dengar, dia minta tukar kerja. Ummu kemas bilik, dia kupaskan epal untuk adik-adik. Oleh kerana kakak telah biasa kupas epal, maka aku dengan yakin setuju. Aku pun kemas tempat untuk tidur tetiba Uwais berlari masuk bilik dengan mata bulat dan muka seriusnya...
"Ummu, tolong banyak darah terpancut keluar dari tangan kakak!!!!"
Terus ummu tinggalkan kerja yang terbengkalai, pergi dapur nak tengok keadaan tangan kakak...dalam kepala ummu, kakak pakai pisau potong ke kupas kulit epal. Terpotong jari ke apa? Sampai dapur tengok pisau untuk kupas kulit buah, ok..mesti tak teruk sangat lukanya... Alhamdulillah tak teruk mana pun, terkopek kuku sikit je...
Apa kita buat? Mula-mula cucilah lukanya dulu..kemudian kita sapu lah minyak Herba Asmak. Oleh kerana risau dia tertarik kuku yang terkopek sikit waktu tidur makan kita plaster dulu malam. Esoknya dah kering luka kita ketip lah kuku yang terkopek dan sapu minyak lagi.
Banyak betul jaga si kecil comel ini dalam keluarga saya...Jika anda berminat untuk dapatkan minyak Herba Asmak maka boleh beli di,
Alahai...mesti sakit sangat,lepas ni kena hati- hati sikit ye kakak
BalasPadamwaahh...bagusnya minyak herba ni...serbaguna
BalasPadamhadoi lah! ngeri tgk nyer tu!
BalasPadammujur la standby minyak serbaguna tu kan. alhamdulillah.
Uiii sakit tuuu.. seram
BalasPadam