Isnin, Disember 07, 2020

Bila nama sama atau hampir sama dengan orang lain...

Pernah tak ada orang nama sama dengan anda? itulah yang jadi dekat aku masa kat klinik kesihatan ibu dan anak. Alkisah doktor nak jumpa individu yang bernama xxx xxxx binti xxxxxxxx. Masa aku buat pendaftaran maka nurse B (kita letak nama senang) cakap, "Puan nanti jumpa doktor ye...hari ini ada bla..bla...la..." aku pun tanya lah kenapa nak kena jumpa doktor, dia jawab doktor nak scan. Sampai giliran masuk bilik pemeriksaan nurse A (kita letak nama nurse ni A) yang tanya aku, "kenapa doktor nak jumpa puan ye...tengok rekod tak ada masalah pun." Aku pun jawab ntah lah nurse....saya pun tak tahu kenapa. Tetiba nurse B masuk, maka berlaku perbualan seperti berikut:

Nurse B: Puan xxx xxxx kan? baby ada lagi tak?
(Aku dengan nurse yang buat pemeriksaan pun pelik lah)
Aku: ada...
Nurse B: nanti jumpa doktor scan dulu..lepas itu kita injection ye.
Nurse A: injection apa?
Nurse B: baby puan ni kan dah meninggal dalam perut. Semalam doktor pakar call puan kan?
Nurse A: hish...baby dia ada jantung lagi lh...aku baru je check ni...
Nurse B: ye ke...macam mana ni....betulkan nama pun xxx xxxx
Nurse A: xxx xxxx binti apa?
Nurse B: xxx xxxx binti mohamad
Nurse A: puan ni nama xxx xxxx binti mohd xxxx.....salah patient lah ko nii...
Nurse B: laaaaa....ye ke... sory puan..

Bayangkan jika nurse A tak tanya detail nama patient..alamak mmg kena jumpa doktor dan kekalutan akan berlaku dalam bilik doktor lah pula.. Itu kisah sebulan lepas. minggu lepas aku ada temujanji lagi dekat klinik yang sama. tapi kisah sedikit lain sebab nama patient itu nor aini dan nama aku nor aini. Kisahnya nurse nak jumpa aku duk panggil nor ain..memang tak lah aku pergi sehingga aku pelik bila dia sebut nama bapa...seingat aku yang nama nor ain dekat kaunter tadi binti lain. Maka aku beranikan diri pergi tanya, nurse nak jumpa nor ain ke nor aini? Maka nurse tengok balik buku aku dia baru perasan dia salah laung nama..dekat setengah jam gak lah dia melaung....hahahaha..

Bila aku cerita dekat Mr.Y....berikut reaksi dia...

Seoul tu nama banar...adui...mesti lain dari lain nama anak nanti. Mr.Y nama negara gak belakang...memang tak jumpa lagi yang ada nama sama macam Mr.Y.

Bila berlaku situasi begini, aku marah ke..tak pun tapi aku anggap ia sebagai rencah hiburan aku untuk hari tersebut. Kenapa nak marah, mereka tak sengaja. Sebagai individu yang terkena perlu lebih peka lah. Mereka sanggup jadi nurse pun dah Alhamdulillah...ada yang nak tolong mak-mak dekat klinik. Mereka pun sikap baik je...salah minta maaf....apa yang aku nampak team work saling menegur dan menasihati antara mereka. 
Itu sahaja kisah aku dan klinik......

2 ulasan:

  1. aida pun x kan marah.
    da byk2 kad nama depan mata, lain dipandang, lain disebutnya.
    tersilap la tu kan. faham sgt...
    kelakar :)

    BalasPadam
  2. Kadangkala akan tersilap tu kalau banyak patient. Tulisan pun kadang-kadang tak jelas. Lagi kalau orang tulis cakar ayam 😅

    BalasPadam

Sila komen yang baik-baik