Ibu atau ayah yang ada anak pasti pernah mengalami situasi ini. Jangan kata orang lain bandingkan anak mereka dengan anak kita, kadang kita sendiri bandingkan perkembangan antara anak kita. Contoh, kenapalah adik tak boleh cakap lagi dah 2tahun tapi kakak dulu 2tahun dan bercocet mulutnya. Bayangkan kalau anak itu faham, mesti dia sedihkan, anak 4 tahun sudah boleh memahami perbualan ringkas orang dewasa terutama apabila kita bicara tentang mereka...
Setiap anak akan alami perkembangan yang berbeza. Sepertimana kita memerlukan pelbagai kemahiran dalam kehidupan, tetapi kita akan lebih cepat menguasai kemahiran tertentu. Ada kemahiran kita akan sedikit perlahan untuk kuasai. Begitulah anak kecil. Mungkin anak kita lambat bercakap tapi dia cepat menguasai kemahiran bermain muzik atau boleh makan sendiri dengan bersih dengan baik sekali.
Berikut adalah panduan carta perkembangan anak-anak. Jadikan ini sebagai panduan bukan penentu kecemerlangan anak.
Jika perkembangan anak terlalu lambat dari yang sepatutnya memang wajar kita bawa jumpa yang pakar. Apa yang aku nak cakap disini perbandingan yang dibuat oleh pakar bukan perbandingan makcik bawang. Bahasa yang digunakan adalah kemas dan cermat. Manakala bahasa makcik bawang adakala boleh menyakitkan hati. Adakala ini boleh jadi pergaduhan.
Jika kita bukan dalam bidang tersebut cukup kita sekadar menasihat mereka untuk bertemu dengan yang pakar. Tidak perlu kita bandingkan perkembangan anak kita dengan anak mereka. Aku baca dari buku Revolusi IQ.EQ.SQ (menyingkap rahsia kecerdasan berdasarkan quran dan teori neurosains mutakhir) karangan Taufik Pasiak. menyentuh mengenai teori multiple intelligence. Teori ini ada 7 aspek kecerdasan yang perkatakan iaitu lisan, matematik, gerak badan, kreativiti, muzik, interpersonal dan intrapersonal (emosi). Setiap kepandaian ini tidak berkembang secara sekata tetapi ada yang lebih kehadapan dan ada yang lebih kuat. Tetapi bagi setiap individu ia berbeza.
Mungkin anak mereka mengalami perkembangan kreatif yang pesat, sebab itu perkembangan muzik lambat. Apa yang penting sebagai orang luar, jangan bandingkan kerana kita tak tinggal sebumbung dan melihat perkembangan lain kanak-kanak tersebut.Itu sahaja bebelan hari ini..
Setiap anak ada pakej dan buku takdir masing-masing.
BalasPadamanak-anak ni bukan boleh dipaksa. kita biarkan mereka dlm dunia mereka. bila da time kita ajar dia, baru la kita start enjin. anak-anak aida semua nya sederhana. time kecik memang aida letgo aje. biar la tak nampak cerdik pon :) ha ha ha ha...
BalasPadamUmmi kalau orang tanya xpe lagi..kalau da sampai banding kan.. hangin juga satu badan.. haha. siaplah makcikbawang..
BalasPadam