Assalmualaikum. Ok nak cerita pengalaman buka buku pink di Klinik Kesihatan Kuala Lumpur musim covid-19 kali ini. Jika 4 kandungan sebelum ini aku boleh call klinik tanya hari apa perlu datang untuk buka buku pink, kali ini sangat berbeza kerana perlu buat temujanji melalui apliksi bookdoc. Kalau tak ada screenshot temujanji, tak payah berangan nak buka buku pink...depan pintu masuk semasa check suhu dah kena halau.
Sampai hari temujanji, maka ke klinik lah aku, jururawat tanya suami tak datang ke? aku jawab laki aku jaga anak kat rumah. Maka dia bagi tempoh 3 bulan untuk suami datang buat HIV test. Aku tanya wajib ke? Nurse kata wajib. Jika dulu hanya aku je buat segala jenis ujian dan test, sekarang Mr.Y pun kena.
Kalau dulu selepas beberapa kali checkup baru diberi tarikh untuk minum air gula, sekarang hari buka buku dah diberi tarikh untuk MGTT test. Ini kerana faktor usia. Umur aku lebih 35tahun dah kot tahun ni.
Itu sahaja perbezaan dari segi proses buka buku pink antara dulu dan sekarang.
Semoga ibu dan bayi dalam kandungan sihat sejahtera hendaknya :)
BalasPadamAmin...semoga cik misstree juga sihat....
Padamdah masuk berapa bulan kandungan?
BalasPadamSemoga ibu dan baby sihat belaka.
Alhamdlillah dah nak masuk 4bulan....
Padambetul tu semua kena appoinment sekarang macam adik saya nak checkup pun kena set appointment huhu
BalasPadamhttps://sayesyadiya.blogspot.com/2020/09/feelingirldress-serve-best-outfit.html
Itu lah nasib zaman covid nie....bersabar aja lah...
Padamoo hiv test kena buat dulu ye.. mama tak penah ada buku pink huhu
BalasPadamwah. mcm2 dah ekk sekarang. semakin ketat rules check up pregnancy ekk. suami pon kena buat test hiv.
BalasPadammoga Aini sihat hingga saat melahirkan ye :)