Isnin, Julai 20, 2020

Daftar bil TNB baru di rumah Subsale

Assalamualaikum... sebelum ini aku ada cerita macam mana surirumah belajar beli rumah subsale kan. Kali ini aku nak kongsi macam mana nak tukar nama dekat bil TNB rumah yang kita baru beli itu. Tak kan kita nak selamanya bil TNB keluar nama tuan rumah lama kan.  Sekarang mudah sangat nak daftar bil TNB baru di rumah subsale, ikuti langkah berikut..

Bahan bahannya
1) IC owner Baru
2) SNP muka tertera nama owner Baru Dan alamat rumah

Seterusnya buka mytnb portal dan pergi ke Change of Tenancy.(Boleh juga buat untuk setiap penyewa baru rumah dan rumah baru)

Bila isi borang Change of Tenancy,dan tunggu emel dari MyTNB untuk demand letter.Dalam demand letter tu dia akan minta bayaran deposit meter,duti setem dan change meter.So aku rasa macam terima demam letter 😆 deposit bil Rm500.


Selesai bayar di kiosk kedai tenaga dan dalam 48jam akan terima emel anda berjaya buka akaun baru myTNB.

Aku download myTNB apps di PlayStore dan cari nama pemilik dan alamat rumah untuk masuk akaun.

Siap semua dalam tempoh seminggu.
Ini link cara daftar akaun baru di MyTNB portal.   







6 ulasan:

  1. Terima kasih info..saya dah buat tapi pelik sebab tak ada request untuk submit SNP pun and skrg TNB dah approve request. Charge masih sama dengan table yang sis share.

    Cuma nak tanya. Sis tau ke pasal deposit owner lama tu, TNB akan pulang kepada owner lama ke? Just curious..haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Owner lama kena terminate sendiri akaun lama untuk dia dapat deposit...

      Padam
  2. Sis terima kasih atas kongsikan info ni. Bolehkah I tanya kita perlu apply sebelum ataupun selepas owner lama terminate account mereka?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi sis, as per my experience. Sis boleh terus apply account baru TNB, tak perlu tggu onwer lama terminate. Nasihat sya daftar account baru & jgn guna account onwer lama.

      Padam
    2. terima kasih akek reztech tolong jawab persoalan sis ann...betul dah tu buka akaun baru..

      Padam

Sila komen yang baik-baik