Selasa, Jun 23, 2020

Surirumah belajar Beli Rumah Subsale

Surirumah belajar Beli Rumah Subsale

Assalamualaikum dan salam semua. Sebelum ini aku ada kongsikan Macam mana kami rancang pembelian rumah ke dua. Kali ini aku nak share ilmu hartanah lagi iaitu apa yang aku dapat bila belajar beli rumah subsale. Pada peringkat awal Mr.Y akan sediakan bahan bacaan berkaitan hartanah dan seangkatannya. Ini supaya apabila berbicara tentang hartanah, aku tak lah zero knowledge. Walaupun aku tak fokus membaca dan tonton video 100% tapi dapatlah juga sikit-sikit ilmu itu. Step seterusnya Mr.Y libatkan aku dalam proses pembelian rumah. Tahun 2016 beli rumah dari pemaju, manakala 2019 aku belajar beli rumah subsale pula. 

Gambar 1&2: Aku ikut Mr.Y ke LHDN untuk selesaikan beberapa hal berkaitan rumah. Gambar 3&4: Isi perut setelah selesai urusan dekat LHDN, tgh makan kakak call buat laporan adik-adik mandi hujan.

Berikut adalah beberapa hal yang perlu kita ambil tahu apabila membeli rumah subsale.

Apa yang perlu disediakan
1) Down payment 10%
2) Lawyer fees 5%
3) Valuation Rm800-1000

REN
Bayar 3% pada REN..Real Estate Agent jangan bayar pada owner.Sekali dia tak jadi jual duit pun burn.
Confirmkan no REN berdaftar dengan company.Jadi anda berurusniaga dengan REN yang sah bukan acah acah ejen hartanah atau scam alfafa.

Lagi 7% bayar lepas or masa sign SNP.


BANK
Urusan Bank dan Pinjaman
Cari pinjaman di Bank terpilih or suruh REN carikan sebab mereka ada contact. Bank akan keluarkan offer letter.Kalau masa bincang setuju nak masukkan duit lawyer dalam loan so semua akan masuk termasuk Takaful.

LAWYER
Lawyer Bank akan berusan dengan Bank SNP..
Duit pinjaman akan direlease melalui lawyer.Peminjam tak perlu pergi keluar duit kat bank lepas tu transfer pada lawyer.

OWNER/SELLER
Owner lama akan kemukakan semua bill yang telah siap bayar..jika semua selesai satu tarikh akan diberi untuk penyerahan kunci serta baki bayaran akan direlease kepada bank penjual.

Semak semua bil yang owner kata da selesai iaitu bil TNB, bil air, bil IWK, bil maintenance , cukai taksiran dan cukai petak.

KITA/BUYER
Bila dah dapat kunci boleh cari penyewa.
Tenancy agreement link disini
Stamp duty di LHDN download digital franking.
Check setiap bulan or kutip sewa setiap bulan.

Selamat Membeli rumah Subsale

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila komen yang baik-baik