Assalamualaikum...hari ini masuk hari ke-empat kita berpuasa di bulan ramadan 1441H. Alhamdulillah hari ini jug adalah hari ke-4, Kakak hana berpuasa. Selalu lepas sahur dia akan solat subuh dan tidur. Tapi pagi tadi dia tak tidur malahan bermain dengan Uwais, dah main mula lah rasa dahaga serta lapar. Maka dia minta untuk berbuka, aku suruh tidur dulu, sebab selalu bangun tidur tak lapar. Even sahur pun dia serta kakak humaira makan sedikit sahaja nasi. Mungkin mereka melihat mak bapak mereka sahur tak makan nasi. Mr.Y selalu sahur dengan bijirin dan kurma manakala aku sahur bijirin dan air coklat. Kakak humaira pernah cuba untuk bersahur dengan bijirin dan air coklat sahaja ketika puasa sunat sebelum ini, tapi tak tahan, petang dia dah lapar. Sejak dari itu kalau dia, aku kena pastikan dia makan nasi walaupun beberapa suap.
Baca Juga:
Kembali kepada cerita resipi puding karamel ini. Pertama kali aku buat puding karamel adalah beberapa bulan selepas kawen dengan Mr.Y. Ini semua kerana permintaan Mr.Y yang teringin nak makan puding karamel tapi tak tahu nak dapatkan dimana di sibu pada tahun 2011. Maka aku gigih lah mencari resipi di google.
|
Ini adalah hasil puding karamel aku yang pertama. |
Beberapa hari lepas Mr.Y ada berbunyi nak puding karamel...makan sejuk-sejuk untuk berbuka. Tapi bini dia buat tak faham je. Maka semalam lepas berbuka dia keluarkan beberapa bekas puding karamel yang dia order (aku tak sedar pun bila orang hantar). Merasa lah kami puding yang dibeli....hurm....tak nak cerita banyak....cuma nak cakap tak kena lah dengan tekak kami. Maka aku un kata, esok lah saya buat...ambik kau, dah janji sila lah buat...masalah dah bertahun aku tak buat...resipi pun dah lupa. Mujurlah ada yang minta resipi masa rajin membuat dulu dan mujur juga waktu itu tak kedekut resipi. Yang minta resipi pula tanya dekat messenger FB. Apa susah buka messenger, taip search resipi puding karamel. Tadaa....jumpa....
|
Terima kasih yang meminta resipi.. |
Baca Juga:
Berikut adalah resipinya
RESIPI PUDING KARAMEL
Cara buat Karamel - Masak 5 sudu makan gula bersama 2 sudu air di atas api yang perlahan sehingga menjadi seperti gula hangus warna perang. Seterusnya masukkan ke dalam loyang dah ratakan serta biarkan sejuk. (nak tahu jadi tak karemel, bila sejuk dia akan merekah-jangan terkejut kalau dengar bunyi patah)
Bahan-Bahan Puding
- 5biji telur
- 5sudu makan gula kastor
- 400ml susu cair
- sedikit asen vanilla
Cara-cara
- Satukan semua bahan sehingga sebati tetapi jangan sampai berbuih (nanti puding kau jadi berlubang-lubang).
- Setelah sebati maka tapis kedalam bekas loyang tadi.
- Tutup loyang dengan 2lapis aluminium foil dan kukus selama 30minit.
- Setelah masak, biarkan sejuk dahulu baru tebalik kan.
p/s: aku guna loyang 6"
Kali ini aku ambik langkah selamat untuk simpan resipi kat sini.Moga tak hilang lagi.
Thanks
BalasPadam