Rabu, November 13, 2019

Renungan Subuh - Rumah seperti kubur

RENUNGAN SUBUH *16 RabiulAwal 1441H* Rabu 13/11/2019

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
الْسَّــــــــــلاَمُ عَلَيْكُمُ وَرَحْمَةُ اللَّــــــهِ وَبَرَكَــــــاتُة

*Rumah Seperti Kubur*

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, “Janganlah kamu menjadikan rumahmu itu seperti kubur (tidak pernah kamu mengerjakan solat sunat ataupun membaca al-Qur’an dan ibadat lain di dalamnya). Sesungguhnya syaitan akan lari dan menjauhkan diri daripada mana-mana rumah yang dibaca di dalamnya surah al-Baqarah”.

(Hadith Riwayat Muslim)

Huraian Hadith:

✅ Hadith ini menunjukkan kelebihan surah al-Baqarah dan membacanya dengan tadabbur dan mengamalkan kandungannya akan menjauhkan daripada syaitan.

✅ Islam menuntut kepada setiap umatnya agar menghiasi rumah mereka dengan amal ibadat wajib dan juga sunat, kerana rumah-rumah yang tidak ada penghuninya yang sembahyang sunat dan membaca ayat suci al-Qur’an diibaratkan kubur yang sunyi dimana syaitan serta iblis akan menguasainya.

✅ Syaitan dan iblis akan takut apabila mendengar ayat-ayat al-Qur’an dibaca oleh seseorang lebih-lebih lagi surah al-Baqarah.

✅ Digalakkan supaya mengerjakan solat sunat dirumah.

*_#PerbanyakkanIbadatSunatDiRumah_*
*_#ElakkanRumahSepertiKubur_*

4 ulasan:

Sila komen yang baik-baik