Salah satu of aktiviti kegemaran aku and
korang jugak selain travel mesti suka terjah hotel-hotel yang menarik. Kadang-kadang
kalau bercuti 4hari 3malam, maka tiap-tiap malam lah kitaorg akan tidur hotel
lain-lain. Selalu sebelum book hotel aku akan semak kemudahan dan aktiviti apa
boleh buat dekat hotel-hotel tersebut, dah sampai apa lagi kita cuba lah buat
semua aktiviti. Bukan mak pak je suka buat..anak-anak pun suka. Baru-baru ni
kawan aku cerita dia bawak anak-anak holiday dekat Port Dickson dan diaorang
menginap dekat Lexus Hibiscus Port Dickson. Apasal aku boldkan nama hotel itu? Sebab aku
nak bagitahu yang dia cerita pasal hotel lagi banyak dari apa diaorang buat kat
luar hotel. Dan dia Berjaya buat hati aku melonjak nak ke sana. So kali ini aku
nak share info pasal hotel yang aku dapat dari member aku ni. Korang kalau nak
cek harga korang ceklah cheap hotel
booking kat online nanti kot-kot ada promotion ke.
Jarak Port
Dickson dengan Kuala Lumpur makan masa kurang satu setengah jam sahaja kalau
takde traffic jam. Senang je kalau nak cari lokasi Lexis Hibiscus Port Dickson
ini kerana ada siganage untuk ke sini. Nanti bila korang dah sampai jangan
terkejut melihat begitu ramai orang di ruang lobi. Sebabnya Lexis Hibiscus Port
Dickson ni merupakan choice terbaik khusus buat orang bandar macam kita ni yang
ingin menikmati percutian hujung minggu.
Nampak tak apa yang aku
nampak....bunga kebangsaan
Apa yang menarik
minat aku tentang Lexis Hibiscus Port Dickson ini adalah susunan bilik yang
berbentuk bunga raya kalau korang boleh tengok dari atas dan setiap bilik ada
swimming pool. Itulah sebab nama Lexis Hibiscus diberi. Terdapat beberapa
pilihan bilik disini iaitu Presidential Suites yang terletak di bahagian
stigma, Imperial Suites (stamen), Premium Pool Villas (kelopak), Executive Pool
Viilas (daun) dan Sky Pool Villas (on-shore). Sebagai informasi, Lexis Hibiscus
memegang dua rekod dunia oleh Guiness World Records sebagai Most overwater
villas ini a single resort dan Most swimming pools in a resort. Style kan!
Korang nanti aku suggest try bilik Premium Pool Villas yang terletak di
bahagian kelopak. Bilik Premium Pool Viilas ini agak luas. Ada dua katil
bersaiz extra-large selain mini bar, complimentary snacks, kolam mandi dan juga
bilik sauna. Walaupun jarak villa agak jauh dari bangunan utama, diorang
menyediakan perkhidmatan buggy bagi memudahkan pergerakan guest.
Suasana dalam bilik
Kolam mandi dalam bilik...Keseronokan apakah ini...
Banyak aktiviti
boleh korang buat di dalam Lexis Hibiscus Port Dickson. Terdapat kemudahan
seperti Water J Park dimana korang boleh bermain antaranya slide besar setinggi
8 meter. Tinggi tuu and fun too. Selain itu, kalau korang sukakan watersport,
terdapat beberapa pilihan seperti jet ski, kayak dan banana boat. Pihak Lexis
Hibiscus Port Dickson ada gak menyediakan kemudahan seperti kereta Yoyo,
basikal, aktiviti memanah. Kemudahan indoor juga disediakan seperti Games Room,
gimnasium, spa, pusat permainan kanak-kanak. Malah diorang ada sediakan karaoke
disini. Satu lagi aktviti yang boleh korang buat disini adalah amek pakej
menaiki helikopter untuk melihat panorama dari atas udara. Time ni la korang
boleh tengok bunga raya dari atas.
Water J Park
Kalau korang
lapar dan malas untuk drive keluar, singgahlah di Hibiscus Walk sebab terdapat
beberapa gerai makanan Malaysia dibuka disini. Selain itu, Lexis Hibiscus juga
mempunyai pilihan tempat lepak dan makan seperti pool bar, bistro, restoran
makanan Jepun dan Cina, dan Roselle Coffe Housem dimana sarapan pagi disediakan
disini. Boleh aku katakan banyak pilihan menu sarapan termasuk beberapa live
stall disediakan.
Aku confident yang kalau
korang stay kat sini rasa tidak puas dengan hanya menginap satu malam
sahaja. Banyak aktiviti menarik boleh dilakukan disini. Benda yang paling best
ialah swimming pool dalam bilik so korang boleh mandi anytime and ada privasi
terutama untuk wanita muslimah macam aku ni. Kalau korang mencari-cari lokasi
percutian tak kisah lah cuti sekolah ke cuti hujung minggu, Lexis Hibiscus Port
Dickson boleh dimasukkan dalam senarai korang! Cepat-cepatlah
google Lexus Hibiscus Port Dickson hotel booking so korang boleh
book online awal-awal. Silap-silap dapat harga murah tuu.
insyaallah nak juga stay sini, hrp ada rezeki one day
BalasPadam