Rabu, Ogos 30, 2017

Isteri ikut suami atau suami ikut isteri.

Assalamualaikum....

Haa... topik kali ini macam agak besar sikit. Mungkin agak sensitif. Sebenarnya idea ini terlintas apabila dapat Whatsapp dari Mr.Y tentang seorang rider ini. Sekarang Mr.Y buat part time sebagai Grab Driver. Maka akan berjumpa dengan pelbagai orang dan ragam. Aaakala dia akan kongsi jika hal tersebut dapat memberi pengajaran dan iktibar kepada diri ini.



Kalau baca screen shot diatas dapat faham tak apa masalah sebenarnya. Hasil pemahaman yang cetek ini dapat disimpulkan bahawa si isteri menggunakan kuasa merajuk untuk memaksa suami menurut kehendak diri. Si suami berada dalam keada tertekan dan di persimpangan antara memenuhi kehendak si isteri dan menjaga keselamatan kewangan keluarga. Akhirnya kerana sayang isteri, si suami memilih untuk mengadai kewangan demi memenuhi kehendak si isteri. Ini namanya SUAMI |IKUT ISTERI sedangkan dalam islam ISTERI KENA IKUT SUAMI selagi tidak berlanggar dengan syariat ISLAM.

Tetiba Mr.Y tanya pendapat aku...

Pada pendapat aku lah...

"Jika si isteri tidak bekerja, maka perlu dia ikut suami andai suami suruh ikut.Andai kata si isteri memiliki orang tua yang uzur atau apa-apa komitmen lain, dia tetap kena ikut arahan suami. Maka disini perlu kerjasama dan pemahaman antara suami isteri. Si suami ingin isteri mengikut bukan sekadar untuk memudahkan urusan dia sahaja tetapi untuk sama-sama membesarkan anak-anak, jimatkan perbelanjaan dan yang paling penting menyokong satu sama lain. Bab kata Mr.Y tak ada saving dan tak ada tabung kecemasan."

Kenapa penting untuk ada tabung kecemasan? Ingat tabung kecemasan adalah berbeza dengan simpanan yang dibuat setiap bulan. Simpanan setiap bulan adalah untuk hari tua kita, manakala tabung kecemasan adalah untuk kegunaan saat kecemasan seperti ada ahli keluarga yang sakit, meninggal atau hilang pekerjaan. Tabung kecemasan memerlukan sekurang-kurang  enam bulan gaji.

Itu sahaja perkongsian kali ini.




1 ulasan:

Sila komen yang baik-baik