Jumaat, Jun 02, 2017

Salam Ramdhan 1438H

Alhamdulillah dah masuk hari ke-7 ramdhan untuk tahun ni. Alamak lambatnya ucap. Bukan apa tapi kekangan masa. Maafkan saya.

Ramdhan kali ini bermula saat cuti sekolah. Cabaran ramadhan kali ini adalah apa menu untuk berbuka kerana kami telah buat keputusan untuk tidak membeli apa-apa juadah di bazar ramdhan. Alhamdulillah setakat ini masih berjaya bertahan tanpa singgah ke mana-mana bazar ramadhan. Ramdhan kali ini juga kakak humaira di latih untuk putus botol susu..bukan latih puasa ye... hehehehe...

Walaupun bulan puasa aku tetap masuk dapur macam biasa. Ini lah dikatakan bila ada anak kecil. Tambahan pula anak-anak jenis suka makan. Walaupun diberikan makanan seperti roti atau biskut mereka tetap mencari makanan berat seperti nasi atau mee. Maka sering aku masak lunch mereka merangkap menu untuk berbuka kami. Oleh itu waktu petang adalah peluang mereka untuk main dekat luar. Sampai ada yang tanya, "teman anak main petang2 tak masak ke untuk berbuka." hehehehehe... Maka itu je lah coretan kali ini...

Salam Ramdhan 1438H

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila komen yang baik-baik