Khamis, Disember 15, 2016

Kopi durian

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kali ini saya nak kongsi cerita kopi durian. Ini minuman yang penuh dengan memori. siapa yang minat durian & kopi, wajib mencuba menu ini. Bawah adalah peminat durian & kopi tegar. Sebelum kenal dengan saya dia tak pernah minum kopi durian, tetapi setelah sekali cuba, memang akan nak lagi.



Kopi durian amat simbolik pada kami satu keluarga, jika ayah beli durian cik akan ambik isi yang cantik-cantik dan lemak untuk dimasukkan kedalam air kopi. Apabila siap, cik akan masukkan dalam cawan setiap orang. Ini bagi memastikan semua orang dapat merasa. Ayah akan diberikan gelas (big boskan). Kami akan cuba minum cepat-cepat supaya dapat tambah dengan sisa yang sedikit dalam teko. Kenikmatan kopi durian memang tak dapat nak diceritakan. Saat minum ramai-ramai rasa sangat bahagia kerana semua merasa nikmatnya. 

Sekarang saya menurunkan ilmu membuat kopi durian kepada anak-anak, mereka juga peminat durian dan kopi.

Jom nikmati..

Resepi Kopi Durian

Bahan-bahan
*beberapa ulas isi durian 
*gula
*Air kopi O tanpa gula

Cara-cara
Hancurkan gula bersama isi durian didalam teko. Apabila gula dan isi durian telah sebati (lagi lama gaul, lagi sedap) maka masukkan air kopi O. seterusnya kacau biar sebati.

p/s: Untuk Mr.Y aku tambah susu cair sedikit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila komen yang baik-baik