Anak adalah anugerah dari Illahi. Menjelang kelahiran seorang permata, maka bergembiralah bakal ibu dan bapa. Pelbagai persiapan dilakukan termasuklah nama, pakaian, permainan dan keperluan seorang bayi kecil, sehinggakan kebilik bayi. Adakala dalam keghairahan membuat persiapan kelahiran seorang, mereka lupa akan membuat persiapan jiwa dan mental untuk memikul tanggungjawab yang lebih besar iaitu mendidik seorang manusia menjadi seorang hamba dan seterusnya khalifah Allah. Hakikat ini bukan suatu hal yang remeh dan boleh di ambil mudah kerana keperibadian ibu bapa lah yang membentuk keperibadian seorang anak.
Tubuh fizikal anak yang bakal lahir boleh dilindungi dengan pelbagai jenis pakaian yang terdapat di pasaran. Tetapi adalah pakaian yang melindungi tubuh ini akan mebentuk keperibadian mereka. Cukupkah kita hanya menyediakan pakaian-pakaian cantik di pasaran untuk pembangunan dan perkembangan seorang anak. Ibu dan bapa pasti inginkan anak-anak yang bukan hanya cantik pada luaran, bahkan pada dalamnya juga. Maka hiasilah anak-anak dengan pakaian-pakaian dari tuntunan wahyu tuhanmu. Pakaikanlah pakaian-pakaian lahiriah dan batiniah.
Hakikat pemberian pakaiaan dalaman adalah lebih penting. Sebaik sahaja lahir sahaja anak tersebut, maka diazan dan iqamahkan mereka. Seterusnya menamakan mereka.
“Maka tatkala isteri 'Imran melahirkan anaknya, diapun berkata: "Ya Tuhanku, sesunguhnya aku melahirkannya seorang anak perempuan; dan Allah lebih mengetahui apa yang dilahirkannya itu; dan anak laki-laki tidaklah seperti anak perempuan. Sesungguhnya aku telah menamai dia Maryam dan aku mohon perlindungan untuknya serta anak-anak keturunannya kepada (pemeliharaan) Engkau daripada syaitan yang terkutuk." (Al-Imran:36).
Setelah itu bermulah tanggungjawab ibubapa mendidik anak-anak tersebut. Ingat lah kita bahawa anak-anak ini adalah ujian kita sebagai hamba. Sebagaimana Allah berfirman yang bermaksud:
“Dan ketahuilah, bahwa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai cobaan dan sesungguhnya di sisi Allah-lah pahala yang besar.”(Al-Anfaal:28)
“Hai orang-orang beriman, janganlah hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingat Allah. Barangsiapa yang berbuat demikian maka mereka itulah orang-orang yang merugi.”(Al-Munaafiqun:9)
Oleh itu penting untuk ibubapa mendidik dan memberikan ilmu yang berguna dan bermanfaat kepada seorang anak agar peribadi muslim itu terbentuk. Sebagaimana terdapat pelbagai pilihan corak dan fesyen pakaian di pasaran begitu juga terdapat pelbagai pilihan dan corak peribadi seorang insan. Jangan kita terlalu asyik memilih dan mengayakan anak dengan pakaian-pakaian cantik hingga lupa menyerikan mereka ini dengan peribadi muslim sejati. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud:
“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.”(Al-A’raaf:26)
Berdasarkan ayat di atas, jelas bahawa pakaian muslim sejati adalah takwa. Bagaimana menanam takwa dalam diri anak-anak adalah tangunggjawab ibu bapa. Sejak dari kecil anak-anak melihat ibubapa sebagai contoh terbaik mereka. Maka adalah penting untuk ibubapa sama-sama memupuk takwa dalam diri. Insyalah dengan itu, ketakwaan dalam diri anak bakal terbentuk. Bebahagialah di dunia dan akhirat bagi ibu bapa yang memliliki anak yang tinggi takwanya kepada pencipta sekalian alam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila komen yang baik-baik