Setiap kejadian dan peristiwa yang berlaku dalam kehidupan seorang insan pasti ada hikmah. Tetapi manusia sering lupa mempersoalkan hikmah disebalik suatu kejadian dan peristiwa yang mengembirakan hati dan perasaan. Apa yang sering manusia lakukan adalah mempersoalkan hikmah disebalik kejadian dan peristiwa yang menguris hati dan perasaan.
Adakala persoalan tentang hikmah Allah ini ditanyakan kepada manusia yang lain..lupakah kita bahawa, Allah hanya memberikan sedikit ilmuNya kepada kita. Oleh itu mana mungkin kita mampu menjawab rahsia Allah.
Hikhmah bagi setiap kejadian adalah rahsia Allah dengan hamba yang merasainya sahaja. Bagaimana seorang hamba dapat merasa hikmah suatu kejadian jika sifat asas sebagai hamba tidak dapat dipraktikan. Jika berlaku suatu peristiwa, kita perlu ikhlas dan redha dengan apa yang ditentukan Allah. Insyalah…kita akan merasa hikmah disebalik setiap kejadian.
"Musibah itu suatu ujian, Kebahagian itu pula adalah cobaan. Hanya hamba yang redha& ikhlas merasa nikmat disebalik kejadian."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila komen yang baik-baik