Sabtu, April 16, 2011

Sepetang bersama-sama

Salam.... Tadi petang makan2 dgn cikgu Zda & cikgu Faizal. thanks cikgu faizal belanja makan. Memandangkan   diri ini masih amat baru berada di bumi sibu, maka banyak lah kisah yang ingin di ketahui tentang sibu. Untuk pengetahuan semua, 2 teman ini adalah cikgu2 dari song. Kiranya weekend nie dorg turun ke bandar sibu utk cari bekalan di perantauan lah.

Apa yang menarik untuk aku tulis kat sini adalah salah satu topik yg diperbincangkan tadi. Harap2 ia jadi pengajaran dan pembelajaran...semoga kisah ini bakal menginsafkan kita dan membuat kita kembali kepada Yang Maha Pencipta.

"JANGAN SAMPAI HOBI KITA MENJADI SESUATU YANG BERDOSA BAGI KITA"

Melalui sungai rajang, serawak, kita akan sampai di daerah song. Oleh kerana daerah ini berada dipedalaman, maka kuranglah aktiviti sosial seperti di bandar. Di sini ramai cikgu2 dari luar yang dtg mengajar dan merantau terutama cikgu2 dr semenanjung. Salah satu hobi mereka disini adalah memancing ikan. Terdapat sekumpulan guru, sanggup berjaga di tepi sungai dari petang (lps Asar) sehingga tengah malam untuk memancing. Malangnya selalu tidak mendapat hasil yang setimpal dengan penantian. Sewaktu menunggu itu, waktu solat magrib dan isyak ntah kemana. Maksudnya, kerana hobi memancing mereka tidak solat. Berlainan dengan seorang guru yang turut minat memancing tetapi masih tahu tanggungjawab terhadap islam...Dia hanya memancing setelah selesai menunaikan solat isyak. Alhamdulillah, jika kita tidak melupakan Allah, pasti dan sudah tentu Allah tidak pernah sesekali melupakan kita.  Itu lah yang berlaku kepada saudara seorang ini. Dia mendapatkan hasil yang setimpal.

Kesimpulan yang dapat saya katakan; asalnya, hobi memancing itu tidak salah, malah ia bagus untuk mendidik diri dengan sifat sabar. Tapi apakah hobi itu mengizinkan kita utk meninggalkan solat. Sudah pasti tidak, solat itu tiang agama, memancing itu sekadar penyeri masa lapang. Ini bukan hanya terhad kepada hobi memancing sahaja, malahan untuk semua hobi. terutama hobi yang memerlukan kerja luar...

Pesanan untuk diri ini serta sahabat2 agar tidak lupa akan tanggungjawab walau dimana berada.


Sekian....

2 ulasan:

  1. betul..betul..betul...

    BalasPadam
  2. apabila ilmu tidak diamalkan...ia seperti pohon hidup segan, mati tak mahu...

    BalasPadam

Sila komen yang baik-baik