Isnin, Jun 20, 2016

"Ramadhan/Syawal Giveaway by Nadia Reza"


"Giveaway Sejuk Sedap Ramadhan 2016 "

Hye hye salam perkenalan . 
Kami adik beradik Ema & Lisa ingin mengucapkan SALAM SAYANG salam Ramadhan . Blog VetoVirago sudah pun 1 tahun 4 bulan & ini merupakan first giveaway kami , dengan harapan agar semua bloggerian senyum selalu dan happy-happy ajerrr ...
KLIK GAMBAR UNTUK JOIN GIVEAWAY
Hadiah yang ditawarkan untuk
Giveaway Sejuk Sedap Ramadhan 2016
ini adalah :- jengg , jengg , jenggg !!!
Untuk SEORANG yg bertuah sahaja ... (pemenang dipilih oleh adik kembar kami berusia 9 tahun) :
  • 1 x T-shirt Exclusive Sabun Sejuk Sedap berharga RM 58
... dan +10 hadiah menarik yg lain , iaitu :
  • 2 x Sabun Sejuk Sedap berharga RM 35 
  • 2 x Sampul Duit Raya Sabun Sejuk Sedap
  • 2 x Tapak iklan di Top Sponsor Blog selama sebulan
  • 2 x Duit Raya RM 5 / boleh tukar ke topup
  • 2 x Beg Tote Bercorak - tinggi 44cm x lebar 37cm
(boleh pilih design kegemaran)
Terima kasih sudi join
Giveaway Sejuk Sedap Ramadhan 2016
Moga anda bertuah & berjaya
Tarikh Mula :15.06.16 (Rabu)
Tamat : 30.06.16 11.59 malam (Khamis)
Keputusan pada : 02.07.16 (Sabtu)

Giveaway Ramadhan Bersama Azlinda Alin

Bersempena dengan bulan Jun 2016 yang merupakan ulang tahun perkahwinan ke-4 mummy, bulan Ramadhan Al Mubarak,  dan kelahiran putera sulung mummy, Dzal Aidi Fiqry yang kedua tahun. Mummy berbesar hati untuk menjayakan satu Giveaway Ramadhan 2016 Bersama Azlinda Alin khas untuk pembaca blog mummy www.azlindaalin.com . Mummy tak buat syarat berat untuk Giveaway Ramadhan 2016 Bersama Azlinda Alin. 



GIVEAWAY RAMADHAN 2016 BERSAMA AZLINDA ALIN 



Giveaway Ramadhan 2016 Bersama Azlinda Alin


Sabtu, Jun 18, 2016

" Raya Giveaway : Jualan Raya Meletop 2016 "

Assalamualaikum

Hari ini dah masuk hari ke 13 puasa....buka blog Dunia Cik Akak nampak ada give away raya. Peluang baik nak cuba ni. Mana tahu ada rezeki dapat kita dapat duit untuk berayakan. Giveaway kali ni di taja oleh web shoping online Nile.com.my. Cara nak join mudah je... Ikut step by step di bawah.


1.Tajuk : " Raya Giveaway : Jualan Raya Meletop 2016 "


2. Letak banner di bawah dan link kan banner dengan link ini:  http://www.nile.com.my/page.php?cd=111


3. Langkah ke-3, pilih 5 item yang kita suka dari web Nile.com.my. Maka barang yang saya pilih adalah yang berikut:


ProductTraveler Backpack 
JLM2016 Sales price: RM19.90
Date: 30/06/2016
Time Start:3.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 300 units only

ProductWaterproof Backpack
JLM2016 Sales price: RM22.90
Date: 27/06/2016
Time Start:4.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 100 units only


ProductCute Cartoon Triangle Baby Romper

JLM2016 Sales price: RM9.90
Date: 21/06/2016
Time Start:2.00pm
Time End: When limited quantity sold out

Limited Quantity: 180 units only



JLM2016 Sales price: RM8.50
Date: 17/06/2016
Time Start: 2.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 200 units only




JLM2016 Sales price: RM42.90
Date: 20/06/2016
Time Start: 11.00am
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 300 units only

4. Dah siap, email kepada give_away@nile.com.my beserta dengan maklumat berikut:

Subjek:  Jualan Raya Meletop 2016

Link Blog:
Nama Penuh:
No.Telefon: 

5. Keputusan boleh semak >>>  DISINI <<<. Tarikh tutup penyertaan pada 30.06.2016 11.59pm

Alhamdulillah siap entry  " Raya Giveaway : Jualan Raya Meletop 2016 ". Moga ada rezeki dibulan Ramadhan ni untuk saya....

 #Raya Giveaway : Jualan Raya Meletop 2016
 #Raya Giveaway : Jualan Raya Meletop 2016
 #Raya Giveaway : Jualan Raya Meletop 2016

Sekian..Wassalam....

Jumaat, Jun 17, 2016

Homemade biskut bayi & toddler

Assalamualaikum. .kali ni nak share resepi biskut sedap... bahan utama adalah oat. Resepi di olah ikut kesesuai bahan yang ada dirumah dan peralatan yang ada...

Bahan-bahan
1cawan rolled oat (di goreng tanpa minyak sekejab dan blender sehingga halus)
1cawan unsalted butter (aku guna majerin biasa, may b next buat pakai yg unsalted)
2 cawan tepung gandum*
1/2cawan susu tepung*
1/2cawan tepung jagung*
2sudu makan tepung kastard*
3/4cawan puree buah yang disukai.

Cara-cara
Ayak bahan bertanda*
Pukul butter hingga kembang
Masukkan puree buah
Setelah sebati masukkan oat.
Akhirnya masuk campuran tepung yang diayak sedikit-sedikit hingga mrnjadi doh.
Bentuk doh ikut bentuk yang di sukai dan masuk dalam loyang.
Panas pemanggang ajaib lebih kurang 5 minit dan bakar biskut dalam tempoh 10-15mint menggunakan api perlahan.

Khamis, Jun 16, 2016

Tips bersahur bagi ibu menyusu...


Kadang-kadang rasa malas sangat nak bangun sahur, tetapi memikirkan ia adalah perkara sunat yang digalakkan maka kami gagahkan juga diri untuk sahur. Al-kisah mak menyusu badan lagi lah kena bersahur..untuk apa kena bersahur supaya dapat berpuasa dengan jayanya....Ok tips kali ini bukan diambil dari mana-mana pihak. Ia adalah pengalaman penulis sendiri.


  1. Jangan skip sahur
  2. Makan makanan berat 
  3. Jangan tinggal kurma
  4. Jangan lupa minum air kosong jugak.
  5. Jangan lupa doa dalam hati... "Ya Allah, permudahkan lah urusan ku dalam menunaikan ibadat kepada mu."
Ok itu sahaja tips dari saya... selamat menjalani ibadah puasa.

Rabu, Jun 15, 2016

Perkahwinan di pekan Saratok dan BBQ di Roban

Assalamualaikum, Sebenarnya tengah tunggu file gambar transfer dari handphone ke laptop untuk molah (buat) photobook mini square. Maka kita cerita lah sedikit sebanyak tentang pengalaman kita ke daerah saratok pada 4june2016. Kira-kira ini adalah kali ke-3 pergi ke saratok, Pertama kali ke saratok untuk menghadiri Pekahwinan di Kabong, kali ke dua sewaktu mengikuti program kimia ke desa Mr.Y , maka ini adalah kali ketiga menjejakkan kaki ke bahagian Saratok.

Kali ni kita pergi penggilan (kenduri kawen) kawan pejabat Mr.Y. Oleh kerana pekan Saratok berada agak jauh dari Bandar Sibu, maka rombongan kami bertolak lebih kurang jam 6.30pg. Semua anak-anak di kejut mandi seawal jam 5.30pagi...Layan gambar sama cerita ok.

Bukan selalu kami ber "wefie"..hehehhee...

Ok, kita bergambar dengan pengantin...

Golongan wanita lak bergambar dengan pengantin...eh..eh..baby uwais pun nak join gak..

Uwais & abi..sama tak kami...

Ramai betul yang suka pegang uwais...alhamdulillah sepanjang perjalanan, uwais jadi budak baik..

Ini lah door gift dari pengantin dan keluarga..tahu tak ada custom made fridge magnet untuk yang dewasa. 
Selepas dari makan-makan pengilang rombongan singgah sekejab dekat rumah Asmah aka "buk semah". Ini macam agenda pre-puasa. Siap dihidangkan lemang lagi...memang terbaik lah. 

Ok, ini pulak gambar pre-lebaran. Depan chalet yang kami semua menginap. Kami sekeluarga kongsi chalet yang agak besar bersama keluarga Noreden .

BBQ bermula..

Bapak-bapak yang menjaga dan membakar...mak-mak layan anak-anak...

Kan dan cakap ini hari adalah agenda pre-puasa... meriah..dah lama tak merasa kemeriahan mcm ni. macam duduk kampung pun ada. Uwais pun makan sama tapi menu dia lah.


Kenapa kami duk satu chalet dengan keluarga Noreden kerana ada kawan kakak dan hana... abg haiqal....
Maka itu je lah cerita short trip we all ke kabong.


Jumaat, Jun 10, 2016

Latihan minda

Setiap hari kita akan menghadapi situasi yang berbeza. Bukan semua situasi kita nampak yang baik, adakala kita tak lepas dari melihat keburukan dalam sebuah situasi.
Apabila berlaku konflik, kita perlu latih minda melihat kebaikan dari konflik tersebut.

Khamis, Jun 09, 2016

Tip hilang tekana @ stress.

Pergi kerja - STRESS 
Bangun pagi untuk pergi kerja, macam-macam hal kena setelkan, siapkan anak-anak yang sekolah, sarapan suami dan anak-anak, hantar anak-anak ke sekolah dan rumah pengasuh. Masuk kerata dalam perjalanan lak jalan jem memanjang, patut dah sampai opis tapi belum sampai.

Sampai tempat kerja - STRESS
Masuk pejabat tengok atas meja fail bertimbun nak kena setel, kawan opis pulak mood pusing-pusing, dapat pulah bos yang pushing.. eh..eh stress lagi...

Balik rumah - STRESS
Nak kena ambik anak, pengasuh dah call suruh cepat, nursery dah nak tutup, Jalan jem lagi.

Sampai rumah - STRESS
Sampai rumah bertambah stress, yang abang nak makan, yang adik nak berak, yang kita apa pun tak siap lagi. nak masak nak basuh baju kemas rumah. sekali baby nak nyusu. Dapat pulak laki yang bila sekali mintak tolong sekali buat, banyak-banyak mintak tolong kena marah. 

Situasi diatas bukan berkaitan dengan saya kerana saya tiada anak yang sekolah dan tak kerja pejabat. Saya buat online biz dan jadi cikgu KAFA je. Tetapi tetap ada tekanan. Cara nak hilang stress yang saya amalkan adalah:
  1. Tanam minat terhadap pekerjaan anda. tak kira lah kerja dirumah atau di tempat kerja.
  2. Cari masa untuk membuat hobi yang anda suka. Macam saya suka mengedit gamba dan photo shoot. Kadang-kadang saya akan siapkan props yang simple dan minta anak-anak menjadi model. tak salah minta dorg pakai cantik-cantik untuk photo shoot dalam rumah. percaya tak, anak-anak pun enjoy aktiviti ni.
  3. Cuba sebaiknya jika ada yang meminta bantuan anda.

Ahad, Jun 05, 2016

Resepi Som Tam -Sibu Style

Assalamualaikum,  insyalah esok kita akan menyambut 1Ramadhan1437H. Sekejab je dah setahun berlalu ramdhan 1436H.  Maka untuk makan malam sehari sebelum ramadhan ni kita buat lah som tam.

Sebenarnya menu tak di rancang ni.  Dekat rumah ada beberapa biji mangga muda pemberian kawan opis Mr.Y...Tengah masak kari ayam permintaan si kakak duk fikir apa lah nak buat dengan mangga muda ni. Nak buat makan cicah saja jgn harap lah Mr.Y dan anak2 nak makan... mereka bukan makan masam2 ni. Makan colek sorg2 tak best. Maka terlintas... eh..eh.. mangga muda boleh buat som tam ni...

Siap semua ready nk dinner, aku bg uwais makan sambil Mr.Y layan hana & humaira makan nasi. Eh..eh...bertambah lak makan..selera je nampak... ini yang x sabar nak makan ni. Yes...rasa kena... sedap nyer....

RESEPI UBAH SUAI
1biji mangga muda (separuh sagat & separuh racip)
1btg kacang panjang
1biji cili hidup
1ulas bawang putih
1biji limau kasturi
1/4 biji tomato
1bungkus kecil kacang tanah (15g)
Sedikit garam
Sedikit gula perang
Sedikit serbuk ikan bilis

Cara-cara
1. Tumbuk bawang putih & cili hidup bersama garam & gula agak lumat.
2. Masukkan kacang panjang, tomato, kacang tanah & serbuk ikan bilis.
3. Last sekali masukkan mangga dah gaul sebati & hidang.