Khamis, Mac 02, 2023

Kesilapan dalam solat yang sering terjadi


 Assalamualaikum. Rukun solat ada 13 dan terbahagi kepada 3bahagian iaitu qauli, fi'li dan qalbi. Macam biasa kena laksanakan semua rukun baru sah solat. Apa yang sering terjadi, kita ingat dah sempurna rukun qauli dengan bacaan yang betul tapi tak. telinga sendiri pun tak dengar apa kita baca. 

Semoga perkongsian bermanfaat....

Rabu, Mac 01, 2023

Short Trip to Muzium Negara Malaysia

 Assalamualaikum dan salam semua. Alhamdulillah, hajat nak bawa anak-anak melawat muzium negara malaysia, akhirnya tercapai. Lama simpan hajat ini tapi setiap kali nak pergi mesti ada hal. Isnin lepas selepas siap makan tengahhari, kami sekeluarga pergi muzium menaiki pengangkutan awam.

Sebenarnya dekat saja Muzium Negara dengan rumah kami, jalan kaki dalam 30-45 minit sahaja, tapi kami bawa anak-anak kecil tak sesuai sangat nak jalan kaki. Nanti nak jalan kat dalam muzium lagi. 

Sekitar jam 2.30petang kami bertolak dari rumah menaiki kereta menuju ke LRT Kampung baru. Sampai di LRT kampung  Baru, Mr.Y pun belilah token nak naik train. Harga token RM2.20/person. Kami perlukan empat token sebab Mr.Y dah ada pas perjalanan bulanan LRT (pergi kerja balik kerja naik LRT). Dari Lrt Kampung baru kami tukar kepada MRT di stesen Pasar seni.

Budak lelaki duduk dengan abi.

Budak perempuan duduk dengan ummu (tapi ummu tak ada dalam gambar)

Ini pengalaman pertama aku naik MRT. Kalau aku pengalaman pertama, mesti anak-anak pun sama. Hanya satu stesen dari Mrt Pasar Seni ke MRT muzium Negara. 

Keluar dari MRT Muzium Negara, belok kanan dan sampai Muzium. 


Harga tiket untuk masuk muzium bagi dewasa RM2.00 sahaja. Manakala kanak-kanak bawah 12tahun adalah percuma. murah saja. Maka apa lagi, dah beli tiket kita masuk lah. Anda boleh baca maklumat awal tentang muzium negara dan galeri pameran yang ada pada gambar di bawah.

Kami melawat senua galeri. Oleh kerana ada kanak-kanak riang, kakak humaira tak sempat baca semua info dekat artifak. Maka ummu kata, kakak snap photo. Nanti kat rumah baca. Kita boleh ambil gambar dengan syarat kita matikan Flash camera.  

Ulya dah mula penat, ummu umpan makanan, lepas makan terus bertenaga balik.

Banyak betul benda nak di tanya oleh dua dara ni.

Konon bergambar depan pintu istana lah ni.

Uwais, hana dan Uzayr siap beratur nak main Puzzle digital dekat galeri A

Laluan berkaca...

Adik-adik sibuk main Puzzle dia, sibuk membaca, snap photo dan bergambar...mangsa yang kena ambil gambar dia, ummunya lah.

Total perbelanjaan hari tersebut adalah RM8.80 x 2 (tiket Lrt & Mrt) + RM4 (Tiket Muzium) + RM14 (air kotak selepas siap lawatan) =RM35.60.


Itu sahajalah perkongsian saya kali ini.