Selasa, Februari 28, 2023

Iklan biskut raya dah dimana-mana

 Assalamualaikum, asal buka FB je nampak orang iklan pre-order biskut raya. Alahai ini nak kena ejas iklan tahun lepas...tak nak lah jadi FOMO kan. Last year kami jual Almond crispy dan cornflaks crunch RM28 sebotol. Tahun ini harga naik jadi RM30 sebotol kerana kenaikkan harga barang. 

Kita borak dengan supplier biskut raya semalam. Katanya, harga barang naik banyak sangat, terasa sangat. Tapi nak naikkan harga tinggi-tinggi kesian dekat cutomer, maka sebolehnya diminimunkan harga jualan.

Aku akui yang harga barang naik banyak sekarang, jika beberapa bulan lepas perbelanjaan dapur kami sekitar RM1200 sebulan tetapi semenjak beberapa bulan ini ia meningkat kepada RM1500-RM1600 sebulan. Kita beli untuk makan harian terasa peningkatan, bayangkan peniaga yang beli dalam kuantiti banyak tapi masih terasa kesian kepada customer untuk naikkan harga. 

Maka bakal-bakal customer dan customer sedia ada, jangan komplain kalau harga kuih naik. Kita saling sokong menyokong ye...





Sabtu, Februari 25, 2023

La gourmet® Hydration Bottle Giveaway by Anies

 

Klik Banner untuk join

Assalamualaikum dan salam semua. tengah syiok blog walking nampak post mama pipie pasal GA by anies ni. Ok kita join. 

Anies minta kita tag 3 rakan blogger, maka 3 rakan blogger yang menjadi pilihan kita adalah Shafyqah Azahar, Sha Mohamed dan LZ.

Tarikh akhir GA pada 28 febuari 2023. sempat lagi kalau nak join...jemput semua memeriahkan majlis.

Khamis, Februari 23, 2023

Blog Kakak Humaira - BH Idea

 Al-kisah kakak nak tiru ummu buat blog, ummu kata tolonglah menaip kat blog ummu. Ye lah ummu sibuk sangat sampai tak ada masa nak update blog.... mana maunya... maka selepas timbang tara, ummu setuju untuk beri dia kebenaran buat dan menulis blog. Maka ini blog nya


https://humaira2012.blogspot.com/



Sudi sudikan lah sahabat blogger semua follow blog anakanda saya ini. 

Selasa, Februari 21, 2023

"Thrice the charm Giveaway by Atiqah, Nabilah & NHHM"

 

Klik Banner untuk Join


Assalamualaikum dan salam semua. Agak lama tak join giveaway. Maka kali ini kita cuba memeriahkan majlis kawan kita. 

Syarat-syarat penyertaan:

  1. Mari follow blog NabilahAtiqah dan NHHM.
  2. Copy dan paste bena di atas dan buat satu entry di blog anda bertajuk "Thrice the charm Giveaway by Atiqah, Nabilah & NHHM".
  3. Backlink entry anda ke salah satu blog di atas.
  4. Tinggalkan link entry giveaway anda diruangan komen di salah satu blog di atas (nak komen dekat ketiga-tiga blog pun boleh, tapi tetap dikira satu penyertaan sahaja)
Tarikh penyertaan:
  • 15 Februari - 15 Mac 2023
Hadiah Giveaway:
  1. (1) helai tudung (Waarna)
  2. (2) balang chocojar (Mouthgasm)
  3. (2) botol popcorn (Eng's Popcorn)

Khamis, Februari 02, 2023

Review Buku: Didik Anak Cara Al-fateh

 Assalamualaikum dan salam semua. Lama bebenor tak buat review buku. Kali ini aku nak share buku karangan Mejar (B) Mohammad Qayyum A. Badaruddin bertajuk "Didik Anak Cara Al-fateh".



Awal-awal lagi penulis wujudkan persoalan "Tuhan menganugerahkan anak untuk apa?".  Jujur cakap aku sendiri mak anak lima tak pernah terfikir apa tujuan sebenar-benarnya Allah anugerahkan aku anak lima? Aku memang tahu dari awal bahawa anak itu anugerah tapi juga ujian. Tapi adakah ujian kita untuk membentuk seorang khalifah atau unjian untuk kita menjadi khalifah sebenar? 

Makin aku baca makin menarik, dia bangkitkan hal-hal kesilapan remeh pada pandangan mata kita tapi bila dikupas sebenarnya ia menjadi isu besar. Kemudian dia bangkitkan pepatah arab berbunyi "Al-Ummu al-madrasah" yang bermaksud "ibu adalah sekolah".  tapi jangan ingat dia serah segala kepada ibu ...kena baca lah nak tahu kupasan dia bagaimana ayah memainkan peranan.

Penulis juga ada menceritakan bagaimana ibu bapa sultan Mohamad Al-fateh memainkan peranan dalam mendidik baginda menjadi penakluk kota konstantinople. 

Akhir sekali penulis sertakan doa-doa dan tips-tips yang boleh ibu bapa amalkan dari al-quran untuk mendidik anak menjadi anak soleh.