Jumaat, April 30, 2021

GIVEAWAY RAMADHAN BY SHFYQHAZHR.COM


 Assalamualaikum dan salam semua...

Agak lama tak join giveaway. Kali ini kita join giveaway oleh blog www.shfyqhazhr.com. Soalan yang perlu jawab...

Apa impian raya korang untuk tahun ni?

Impian raya aku tahun ini adalah nak bertemu adik beradik yang ada sekitar KL dan selangor. Impian nak balik raya di kampung nampaknya memang dah berkubur...maka kita set impian baru lah, sekurang-kurang dapat jumpa adik beradik. 


Selasa, April 27, 2021

PDPR selepas raya....sudah ku jangka...

 Assalamualaikum dan salam semua. Al-kisah malam tadi keluar berita bahawa PDPR akan dilaksanakan selepas cuti hari raya aidilfitri. Sebenarnya aku dah jangka akan berlaku kembali PDPR memandangkan kes covid ini makin menaik akhir-akhir ini. 

Bersediakah kita untuk PDPR kembali? Sedia atau tidak tetap kita kena hadap. Inilah perjuangan. Kat bawah aku kongsikan jadual persekolahan anak-anak.


Dalam keadaan sekarang aku rasa lagi selamat anak-anak belajar dirumah. Tapi aku seperti mak bapak lain akan mula merasa tekanannya. Hakikat aku bertanya kembali kepada diri sendiri...bukan ke tanggungjawab mendidik anak-anak adalah tanggungjawab ibu bapanya. Maka disini lah perlu kerjasama yang baik antara ibubapa dan guru.



Rabu, April 21, 2021

Kekadang Allah nak tegur kita dari perbuatan orang lain

 Faham atau tak statement ini.... 



Assalamualaikum dan salam ramadan ke-8 semua. Sebenarnya aku dah lama nak buat entry ini tapi tak terbuat. Ini adalah statement dari Mr.Y.

Adakala kita tak sedar kita sedang melakukan kesalahan, kita rasa kita betul sahaja sehingga ada insan lain yang melakukan kesalahan tersebut. Terutama jika kesalahan tersebut dilakukan kepada insan yang kita sayang atau ambil berat. 

Kerana itu jika ada orang buat salah dekat kita, kita kena kembali kepada diri kita semula. Kenapa hal tersebut dilakukan kepada kita. Adakah kita juga melakukan hal sama kepada orang lain atau kesalahan lain kepada insan lain.

Yang pasti yang salah tetap kena mengaku dan bertaubat.