Salam, tak ada apa sangat nak di cakapkan...sekarang dah nak masuk 39minggu...anytime je boleh bersalin kata Doktor...so apa saya buat adalah menanti dengan sabar....SABAR...SABAR...SABAR.....
Tanda-tanda nak bersalin:
Bayi turun ke bawah
Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun ‘turun’ ke dalam kawasan rangka tulang pelvis (doktor kata dah turun tp aku rasa makin berat jer perut). Anda mungkin terasa:
- sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan(if jalan lama2 mmg terasa sangat sakit nyer).
- kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing (tgh mlm kena bangun slalu da....)
- sakit perut, memulas (alami)
- kerap buang air besar (alami)
- kerap terkentut (alami)
Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir
- Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis (yg nie ada dah skit2...).
- Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital (yang ni aku xder lagi… hehehehhe).
Sakit belakang
- Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
- Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.
- Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda.
- Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring. (sakit belakang tu mmg dah rasa dah… tp xder la kerap… kekadang je…tapi x leh nak suh hubby urut coz Mr.y duk seberang laut...huhuhuhu...)
Pecah air ketuban
- Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital. (belum gak lagi…)
Pintu pangkal rahim terbuka dan menipis
- Doktor akan melakukan pemeriksaan vagina. Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10.
Kontraksi yang tetap dan berterusan
- Kira kontraksi atau pengecutan otot rahim anda. (haa…. yg nie confius skit...x da pengalaman...aku harap kuar lah tanda2 besar yg senang aku fhm...hihihi)
Bila Perlu ke Hospital?
Segera ke Hospital untuk kepastian doktor bila:
Segera ke Hospital untuk kepastian doktor bila:
- kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam. (datang lebih cepat jika anda tinggal jauh. Anda pasti tak mahu bersalin dalam kereta. )
- keluar air ketuban.
- pergerakan bayi menjadi kurang kerap.
- keluar darah dari vagina.
- apa saja masalah yang dialami.