Isnin, Oktober 25, 2010
Pilihan Memilih
Siapa pilihan hatimu..siapa yang kamu bayangkan yg bakal mengubah nasibmu dan yg bakal memberi rezeki kepadamu..
Ditinggikan darjatmu sebagai seorang insan yg sempurna,punyai hati untuk menentukannya.. dan furqankan yg terbaik utk dirimu....insyaallah.
Tp kadang2 hati tdk dapat menentukn pilihan yg terbaik utuk kehidupan dunia dan akhirat, kerana hati senang dikotori oleh bisikan syaitan, hanya kekuatan iman yang mampu mengawal bisikan kotor dari terus memasuki hati, malang kekuatan iman tidak dapt dinilai oleh insan yang bergelar hamba, hanya yang maha pencipta mengetahui kekuatan iman seseorang. Kerana itu kita perlu sentiasa menyemai iman agar hati tidak mudah dikotori.
Ahad, Ogos 29, 2010
Rancangan Ramdhan ke arah Syawal.......
Setiap saat usia kita bertambah dgn peredaran masa, beruntung lah andai masa itu kita gunakan dengan sebaik nye. Tapi bagaimana dgn masa yang terbuang dgn sia2..apakah bisa kita undur masa dan putar balik dunia….seterusnye merancang kembali kehidupan ini…sesungguhnyer perancangan manusia tak mungkin menandingi perancangan Allah, maka dalam setiap perancangan jangan dilupakan utk sertakan Allah dan kehendak-Nya. Malang nye sabagai manusia yg sering alpa dan lalai, kita sering terlepas pandang akan hal ini. Maka kadang2 perancangan yang dilaksanakan tidak berjalan seperti yang dirancang. Sering ada ujian dari Allah sebagai peringatan tetapi kita ttp lupa maka lahir lah rungutan dari dlm diri. Sering berkalau, berandai, ketidak puasan dan menyesal. Sedangkan seorg islam tdk boleh menyesal tanpa bertaubat…tapi kt sering kata menyesal tanpa bertaubat, maka perkara sering berulang kembali. Kadang2 kita menyesal dan bertaubat, tetapi sifat manusia yg alpa dan mudah termakan pujuk rayu nafsu diri, maka skali lagi kt terbabas. Disini lah penting nyer teman2, rakan2 dan sahabat sejati agar sentiasa mengingati kesan perbuatan, membetulkan kesalahan dan menegur kelalaian. Banyangkan berapa banyak masa kt sia2 kan denngan perancangan yang tdk menajdi akibat tdk diserta kan Allah dan kehendak-Nya. Kerana perancangan yg di sertai Allah dan kehendak-Nya, walaupun tdk Berjaya tetap akan ada balasan..andai bukan di dunia, pasti di akhirat...
Ramadhan ini dah menghampiri penghujung nyer….maka bermula lah pesta bershoping dgn lebih dasyat..stp tahun org tanya aku, dah beli baju raya, banyak beli baju raya..tp sejujur nyer..aku x da lah feeling sgt nak beli baju raya nie…mayb cara didikan parents aku supaya x begitu ptgkan baju raya dr kecik kot..yelah anak tukang jahit, sibuk jahit baju org je, aku pun join lah parents aku skali…mak bapak x da baju…gua adik bradik pun x kisah x da baju…
Bershoping utk sambut aidilfitri x salah tetapi jgn lah kita terlalu tebuai oleh keseronokan membeli belah kerana ada yg kt lupa bila dah khusyuk bershoping raya nie..kekhusyukan yg mengalahkan kt khusyuk solat….kerana apa…kuar g beli baju kul 11 pg..kdg2 kul 5 baru kuar dr tempat membeli,dimanakah kt berzohor… kalu yg nak kurang org 2 sanggup g time berbuka, bagus lah kurang org skit..tp ramai yg lupa solat magrib….mcm mana 2 ek….apakah pahala ibadah menjadi makin kurang di akhir ramadhan…kenapa aku kata mcm nie…awal ramadhan, masjid penuh, ramai yg sibuk nak khatam al-quraan, ramai pegi dengar ceramah dan ramai yg berusaha menambah ilmu…semua nak mengejar ganjaran pahala yg besar di bulan ramadhan....tetapi cuba perhatikan di akhir ramadhan…situasi yg berbeza kan….yg ramai kat kedai kain, kedai kasut & selipar, kedai baju dan kedai persiapan sambut raya aidilfitri…kelebihan ramadhan makin kurang di rasai, kemeriahan syawal makin dirasai….APAKAH INI YG DITUNTUT?….Islam menyaran kan kita hidup besederhana, cukup lah membuat berdasar kemampuan dan tdk berlebih2an…
Kesimpulanye mcm nie:
RANCANGAN RAMADHAN=DENGAN ALLAH & KEHENDAK-NYA
RANCANGAN SYAWAL=DENGAN ALLAH & KEHENDAK-?
Selasa, Julai 13, 2010
Kejujuran
Ahad, Jun 20, 2010
Syurga Dunia, Neraka Dunia....
Selasa, Jun 15, 2010
Cameron....
Turun dari ladang teh, menuju ke ladang strawberry lak utk menikmati strawberry coklat..ok lah...
Sabtu, Jun 12, 2010
Cantik nye....apa yang cantik?
Selasa, Jun 08, 2010
Membaca Jambatan Ilmu
Dalam kereta sewaktu menuju ke The Mall
Ilmu Allah itu luas, sebagai insan yang lemah dan bodoh tidak salah kita berusaha mempelajari ilmu-Nya. Bahkan menuntut ilmu itu suatu kewajipan bagi makhluk yang bernama manusia. Kerana dengan ilmu kita tahu dimana kita berada dan apa yang perlu kita lakukan.
hari2 naik tren..tp situasi ini tidak selalu kelihatan...amat sukar di Malaysia...ini sewaktu aku berdondang sayang di Singapura
Lot 10, KL...
Singapore
"Jika di tanya pada rembulan, mengapa pungguk rindukan engkau, pasti ia menjawab kerana pungguk tidak mengetahui dan mencari kebenarannya, disamping itu aku ini juga hipokrit dan penuh dengan kepalsuan. Dari jauh aku kelihatan cantik bersinar-sinar menerangi malam yang gelap tetapi hakikat aku mempunyai banyak kawah yang hodoh dan hanya meminjam pantulan sinaran mentari. Andai pungguk mencari dan menemui kebenaran, pasti ia tidak akan merindui aku lagi…itulah rahsia alam."
Jangan salah sangka..ini bukan kengkawan yang pergi bersama aku, tp pelancong yg mintak tlg aku shoot gambo dorg....
Percutian adalah suatu medan untuk kita mengenali dan mengisafi di...Ambilah pengajaran dan pembelajaran dari apa yang kita alami ketika bercuti...pasti percutian itu menjadi lebih bermakna.
Demi kecintaan yang satu ini…
Apalagi dari rekahan bibir insan yang bernama wanita, jika perkataan cinta terucap, nilainya tentu lebih tinggi berbanding daripada insan lelaki yang khabarnya lebih mudah memutar-mutarkan lidah, mengikut selera mereka yang penuh rahsia itu.
Cinta tak semudah mengucapkanya. Di sebalik perkataan cinta tersembunyi seribu makna dan maksud. Cinta yang mewangi ibarat bunga yang kembang segar, mudah menarik naluri kumbang, lebah, kupu-kupu, burung malahan langau untuk mendekatinya. Namun adda juga cinta yang berbisa, tersembunyi racun di sebalik warnanya yang ceria, di sebalik baunya yang tidak puas-puas dihidu itu.
Cinta memang mudah diucap tetapi payah untuk memahami makna mahabah di sebaliknya. Cinta adalah mahabah. Mahabah adalah suatu kecintaan yang tinggi nilainya. Mahabah itu adalah suatu kecintaan yang padu, hanya tertumpu untuk Allah S.W.T. Sebagai contoh, cinta Rabiahtul Adawiyah kepada Allah S.W.T adalah cetusan perasaan cinta dan rindu yang mendalam kepada-Nya.
Sahabat sekalian, tentu anda pernah atau sedang dilamun cinta. Cintailah Allah melebihi segala-galanya kerana itu adalah cinta yang abadi.