Ahad, Jun 20, 2010

Syurga Dunia, Neraka Dunia....

Salam sayang sahabat ku....bagaimana kah yg dikatakan syurga dunia, dan bagaimanakah yang dimaksudkan neraka dunia. Pada siapakah dunia ini adalah syurga bagi nya dan pada siapakah dunia ini adalah neraka bagi nya...kenapa dunia yg dipersoalkan, kenapa tidak akhirat yang dipertanyakan....apakah manusia itu kekal di dunia...* sudah pasti tidak*...tp kenapa sering manusia memberatkan urusan dunia sehingga dunia ini kadang2 di anggap syurga dan kadang2 dianggap neraka....Ada manusia yang baik mengatakan dunia ini syurga, ada manusia baik menyuarakan ketidak puasan nya kerana dunia ini neraka bagi nya...bagaimanakah yang dikatakan manusia baik ini....Ada manusia yang kt kelas kan sebagai jahat, melaungkan bahawa dunia ini syurga manakala ada juga manusia jahat memberontak melafazkan kata2 keji dan kotor seperti dunia ini adalah neraka...Sampai bila harus kt memikir kan hal2 dunia...apakah syurga n neraka dunia ini menjamin kebahagiaan kt di alam akhirat...apakah kebahagiaan semata2 yg di cari oleh makhluk bernama manusia..atau kecintaan yang satu...CINTA ILLAHI yang di cari.....

Selasa, Jun 15, 2010

Cameron....

Salam sayang semua.......Pemandangan dari hotel penginapan....


Antara view yang sempat di shoot sewaktu melawat ladang teh...walaupun agak penat (sbb aku berlari nek atas), puas hati dapat melihat pemandangan yang cantik dan menarik seperti berikut....

Turun dari ladang teh, menuju ke ladang strawberry lak utk menikmati strawberry coklat..ok lah...

1 kejadian yg x dapat lupa, setelah selesai jalan2 kat pasar malam cameron, nak balik hotel....sampai di kereta x dapat nak buka.....terpaksa lah mintak tlg abg2 telekom utk buat mcm mana...hehehe....

Roses garden.....

Sabtu, Jun 12, 2010

Cantik nye....apa yang cantik?

Sebagai manusia kita sering tertarik kepada sesuatu yang cantik, sedangkan yang cantik itu belum tentu suatu yang elok. Ramai yang bertanya pentingkan kecantikan itu? Jawapan yang ada padaku, cantik itu penting bedasarkan tujuan sebuah kecantikan itu. Pandangan manusia biasa, cantik itu suatu yang nyata sedangkan ia juga adalah suatu yang lebih halus yang hanya mampu di lihat oleh mata hati dan dirasai oleh jiwa.

"sebagai contoh anda diberi pilihan untuk memilih antara seseorang yang cantik paras rupa dengan yang cantik budi pekerti, yang mana menjadi pilihan? Kecantikan paras rupa dapat dilihat dengan menggunakan mata kepala (fizikal), dimana kecantikan ini juga dikenali sebagai cantik fizikal. Manakala kecantikan budi perkerti hanya mampu dilihat oleh mata hati seterusnya dirasai oleh jiwa, inilah dinamakan cantik dalaman..."

Setiap insan yang hidup dan berakal sering menghadapi situasi dimana mereka perlu membuat pilihan antara 2 simpang iaitu keinginan dan keperluan. Seringkali terdapat manusia tewas dalam membuat pilihan apaabila memenuhi kehendak keinginan yang di tawan oleh nafsu dan di sokong oleh bisikan syaitan. Maka mereka ini memilih kecantikan fizikal. Sedangkan kecantikan fizikal hanya membahagiakan hidupnya yang sementara. Pasti akan datang yang lebih cantik dari yang sebelumnya....

Jarang kita membuat pilihan berdasarkan keperluan hidup di dunia dan akhirat yang berpandukan kepada wahyu Allah dan di sokong oleh keimanan. Ini kerana kita lebih mementingkan kebahagian yang sementara dari yang kekal....Apa pun pilihan ada pada setiap makhluk yang bergelar manusia..

P/s: ini hannya pandangan diriku...kalu tidak setuju abaikan sahaja...

Selasa, Jun 08, 2010

Membaca Jambatan Ilmu

Macam2 cara membaca & bahan bacaan....


Dalam kereta sewaktu menuju ke The Mall

Ilmu Allah itu luas, sebagai insan yang lemah dan bodoh tidak salah kita berusaha mempelajari ilmu-Nya. Bahkan menuntut ilmu itu suatu kewajipan bagi makhluk yang bernama manusia. Kerana dengan ilmu kita tahu dimana kita berada dan apa yang perlu kita lakukan.



hari2 naik tren..tp situasi ini tidak selalu kelihatan...amat sukar di Malaysia...ini sewaktu aku berdondang sayang di Singapura


Lot 10, KL...

Singapore

Salam semua...my holiday at Singapore...
"Jika di tanya pada rembulan, mengapa pungguk rindukan engkau, pasti ia menjawab kerana pungguk tidak mengetahui dan mencari kebenarannya, disamping itu aku ini juga hipokrit dan penuh dengan kepalsuan. Dari jauh aku kelihatan cantik bersinar-sinar menerangi malam yang gelap tetapi hakikat aku mempunyai banyak kawah yang hodoh dan hanya meminjam pantulan sinaran mentari. Andai pungguk mencari dan menemui kebenaran, pasti ia tidak akan merindui aku lagi…itulah rahsia alam."




Jangan salah sangka..ini bukan kengkawan yang pergi bersama aku, tp pelancong yg mintak tlg aku shoot gambo dorg....







"Berjalan dan lihat lah dunia ini menggunakan matamu, seterusnya fahami dan hayati lah ia dengan hatimu...."

Percutian adalah suatu medan untuk kita mengenali dan mengisafi di...Ambilah pengajaran dan pembelajaran dari apa yang kita alami ketika bercuti...pasti percutian itu menjadi lebih bermakna.

Sekian....tema kaseh...

Demi kecintaan yang satu ini…

Apalagi dari rekahan bibir insan yang bernama wanita, jika perkataan cinta terucap, nilainya tentu lebih tinggi berbanding daripada insan lelaki yang khabarnya lebih mudah memutar-mutarkan lidah, mengikut selera mereka yang penuh rahsia itu.

Cinta tak semudah mengucapkanya. Di sebalik perkataan cinta tersembunyi seribu makna dan maksud. Cinta yang mewangi ibarat bunga yang kembang segar, mudah menarik naluri kumbang, lebah, kupu-kupu, burung malahan langau untuk mendekatinya. Namun adda juga cinta yang berbisa, tersembunyi racun di sebalik warnanya yang ceria, di sebalik baunya yang tidak puas-puas dihidu itu.

Cinta memang mudah diucap tetapi payah untuk memahami makna mahabah di sebaliknya. Cinta adalah mahabah. Mahabah adalah suatu kecintaan yang tinggi nilainya. Mahabah itu adalah suatu kecintaan yang padu, hanya tertumpu untuk Allah S.W.T. Sebagai contoh, cinta Rabiahtul Adawiyah kepada Allah S.W.T adalah cetusan perasaan cinta dan rindu yang mendalam kepada-Nya.

Sahabat sekalian, tentu anda pernah atau sedang dilamun cinta. Cintailah Allah melebihi segala-galanya kerana itu adalah cinta yang abadi.