Memaparkan catatan dengan label terima kasih. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label terima kasih. Papar semua catatan

Selasa, Mac 05, 2019

Suami aku bawak balik Meeracle. Petanda?

Assalamualaikum.... kisahnya beberapa minggu lepas, Mr.Y balik kerja dia bawak balik si Meeracle ini sekali. Ok lah, memula aku ingat dia beli untuk diri sendiri sebab diakan seorang yang menjaga penampilan ditambah pula, macam tak pernah je dia beli alat penjagaan muka untuk bini dia ni. Tetiba dia kata "nanti awak pakai meeracle ni ye." apa yang terlintas dalam otak aku trs aku suara kan, "kenapa? muka saya dah tak cun ke?" dia pulak sangat jujur menjawab YA. Macam sebijik kena kat muka..makan dalam rasanya....

Ok lah dia nak bini cun, dia beli barang penjagaan kulit bukan cari perempuan lain. Dia tak berkira nak habis duit untuk cantikan bini dia ni.

Oleh kerana agak lama aku tak pakai pencuci muka (sejak ada anak tak pernah beli pencuci muka...curi Mr.Y punya je kdg2) maka kita buat survey sikit.


Mr.Y beli set ini, pencuci muka dan serum.

Apa gemstone tu? nanti siapa tahu tolong share.
5sebab kenapa kena guna meeracle serum


Nasib ada dia bagi cara cuci muka...aku dah lupa cara cuci muka yang betul...
Malam tadi aku tanya Mr.Y berapa harga dia beli meeracle satu set tu...dia jawab RM125...mak ai...mahal tu...tapi tak apa bukan duit aku. kalau duit aku, aku beli yang murah-murah je. Harga satu barang tak sampai RM10. Aku tanya beli dengan siapa, dia kata kak sha (kawan pejabat dia).