Memaparkan catatan dengan label perubatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label perubatan. Papar semua catatan

Khamis, Oktober 05, 2017

Kepentingan Pemeriksaan Perubatan

Kadang-kadang kita rasa kita sudah cukup sihat. Hakikat kita tidak sedar mungkin ada fungsi dalam tubuh yang telah mengalami kemerosotan. Inilah faktor penting kenapa perlu dilakukan pemeriksaan perubatan secara berkala. Kalau tak mampu buat enam bulan sekali, setahun sekali sudah memadai. Jika kita dapat kesan apa-apa masalah dari peringkat awal insyalah lebih mudah untuk merawatnya. Kita sering mendengar pepatah mengatakan bahawa mencegah itu lebih baik dari merawat. Kenapa iya? Dari segi menjalankan permeriksaan perubatan ia adalah kerana:
  1. Kos wang melakukan pemeriksaan perubatan secara berkala adalah lebih murah berbanding dengan kos merawat penyakit dan ubatan yang mungkin terpaksa ditanggung setiap bulan.
  2. Bebanan atau skala kesakitan yang bakal dialami pada peringkat awal tidak seteruk apabila penyakit telah menjadi kronik.
  3. Masa yang diperuntukan untuk melakukan pemeriksaan perubatan hanya 2 kali setahun sedangkan masa yang bakal diperuntukkan untuk merawat adalah setiap bulan atau sekurang-kurang 3 bulan sekali.
  4. Bilangan ubat yang terpaksa ditelan, jika penyakit dikesan pada peringkat awal bilangan ubat tidak sebanyak yang dikesan pada peringkat kronik. Mungkin tiada ubat yang perlu ditelan sekadar mengawal pemakanan.

Kita berusaha untuk menjaga tubuh badan sebaik mungkin tetapi yang menentukan kebahagian, kesejahteraan dan kesihatan kita adalah hak milik mutlak Allah. Jika segala langkah terbaik telah diambil dan diamalkan tetapi kita masih dilanda masalah kesihatan, maka redha dan bersyukurlah kerana itu tanda Allah sayang.