Memaparkan catatan dengan label pasif income. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pasif income. Papar semua catatan

Sabtu, Mac 07, 2020

Aku & Wahed Invest (Bahagian 3)

Setelah aku yakin bahawa Wahed invest adalah patuh syariah maka aku pun downloadlah aplikasi wahed invest dekat play store. Aku ada cerita pasal perkenalan aku dan wahed dekat bahagian 1 (Klik sini) manakala pasal patuh syariah di bahagian 2 (Klik sini).

Apabila dah siap download dan installl, maka open sahaja aplikasi wahed invest dia terus tunjuk video demo macam mana nak register dan apa perlu buat. Video demo itu sangat membantu pada aku. Demo video adalah seperti dibawah...sebenarnya boleh saja tengok video-video dari wahed dekat channel wahed invest...


Aku mohon buka akaun pada 22 Februari 2020, akaun lulus lambat juga sebab sewaktu buka dia minta pengesahan alamat. Macam mana nak pengesahan alamat adalah melalui surat bank atau apa-apa bil atas nama anda. Aku pula tak sediakan benda itu awal-awal...2 hari lepas daripada itu baru aku muat naikan gambar surat nama aku beserta alamat yang digunakan dalam aplikasi wahed. Selepas pihak wahed review dokumen yang kita upload dan lulus baru kita masukkan deposit. 27 Februari akaun wahed aku lulus dan boleh mula deposit.
Carta alir ini ada dalam Aplikasi wahed tapi hilang bila dah sah mereka terima wang deposit. Kira carta ini memudahkan kita tahu dekat mana dah proses kita buat. Kalau ada apa-apa masalah tulisan biru "learn more' akan apa perlu buat. Macam aku hari tu dia keluar "upload your document'.

Aku masuk deposit RM100 sahaja memula. Dan bila anda dah masuk deposit anda boleh tengok apa kod referal anda. Kod referal aku adalah norbin136. Masa nak buka aku masukkan kod referal Mr.Y. Kenapa penting masukkan kod referal. Sebab kalau kita masukkan kod referal maka tuan milik akan dapat lah duit sikit dalam $5...tukar kepada duit malaysia dapat dalam RM20.

Belum dapat apa-apa...kalau ada yang sudi boleh lah masukkan kod referral aku itu.


Selepas pihak wahed terima deposit RM100 aku, mereka email bagitahu duit aku akan mula dilaburkan dalam tempoh 1-2 hari. Maka secara rasmi 3 Mac 2020 aku dapat pendapatan pertama sebanyak RM4.

Pendapatan pelaburan akan ada naik turunnya.

Sini aku nak kongsi satu lagi video berbahasa melayu tentang wahid ini...


Melaburlah dengan Wahed Invest tanpa ragu, kerana telah disahkan Patuh Syariah, dan berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti (SC).
Muat turun sekarang Aplikasi Wahed Invest di Apple Store, dan Google Play. Boleh mula melabur dengan modal serendah RM100.
Gunakan kod jemputan norbin136, bagi melayakkan anda menerima bonus bernilai USD2.5 (RM10).
Kod Jemputan: norbin136

Jumaat, Oktober 20, 2017

Cash out Lagi



Ini adalah royalti terkumpul dari printcius yang belum di keluarkan. Patut lah semalam rasa gatal je tangan kanan..ada duit masuk rupanya.

Ini salah satu cara saya menjana pendapatan pasif. Sudah 2 bulan lebih saya tak upload dan create produk baru, tetapi kedai online sentiasa terbuka. Terima kasih kepada Printcious Gifts kerana menyediakan pentas untuk saya terus berkreatif dan berimaginasi.