Memaparkan catatan dengan label mesin kopi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mesin kopi. Papar semua catatan

Jumaat, Julai 10, 2020

Mudahnya Minum Kopi Premium bersama Arissto

Mesin Arissto Rm1 vs Mesin Nespresso vs Mesin Dolce Gusto




Harga
Mesin Nespresso berharga Rm599 di website Nespresso.Harga kapsul Rm100 per 50kapsul atau Rm2 perkapsul.

Mesin Dolce Gusto berharga Rm399 di Lazada dan kapsul Rm28 untuk 16kapsul atau Rm1.75.

Mesin Arissto berharga Rm1 sebulan.Promosi PKP percuma 2 kotak kopi dengan harga kapsul Rm17.90-21.60 sekotak atau Rm1.79/Rm2.16 perkapsul.

Waranti jika berlaku kerosakan
Mesin Nespresso -- 2 TAHUN sahaja waranti dan perlu dihantar ke kilang. Lepas 2tahun boleh jadikan dia hiasan kalau rosak.

Mesin Dolce - 2 TAHUN sahaja waranti dan perlu hantar sendiri ke kilang. Lepas 2tahun boleh jadikan dia hiasan kalau rosak.

Mesin Arissto tiada had waranti dan hanya buat panggilan dan ejen boleh bantu ambil dan gantikan.

User friendly
Semua mudah guna hanya masuk kapsul dan tekan untuk rasa biji kopi tidak seperti mesin kopi yang anda perlu masukkan biji kopi.

Cuma mesin Dolce lepas guna kena cungkil keluarkan kapsul😉

Overall bagi peminat kopi premium tapi tak nak lepak kedai Starbucks atau nak berjimat musim PKP boleh cuba dulu Mesin kopi Arissto.

Kalau tak nak guna boleh pulangkan balik😉

Boleh cuba mesin kopi Arissto terhad untuk 10orang pembaca blog saya :

Atau boleh juga terus whatsapp saya di http://www.wasap.my/60196158384


Ahad, Julai 07, 2019

Pelan Langganan Kopi Arissto



Secara umum ada 2 jenis pelan yang ditawarkan oleh Arissto iaitu pelan menggunakan kad kredit dan pelan menggunakan kad debit. Bagi setiap kad ada 3 pelan yang ditawarkan iaitu member plan, gold plan dan vip plan. Semakin tinggi deposit yang diberikan semakin murah harga sekotak kapsul kopinya. Jangan risau deposit akan dipulangkan kembali setelah kita bagitahu nak behenti penggunaannya. Tempoh untuk pemberitahuan adalah 30hari sebelum. Secara ringkas pelan yang ditawarkan adalah seperti jadual dibawah...


Kalau berminat,tekan je link kat bawah ni..
www.wasap.my/MesinArissto
#hantukopi
#MesinKopiPremium

Selasa, Jun 18, 2019

Mesin Kopi Arissto RM1 Sebulan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua pengunjung blog Yamanaimy. Kali ini saya nak share info dan pengalaman menggunakan "Smart Coffee Machine" oleh Arissto.

Kira-kira dua bulan lepas Mr.Y mula tertarik dengan tawaran plan mesin kopi oleh Arissto. 
Macam mana tak tertarik, sewa RM1 sahaja sebulan. Dah ler tu tak ada kontrak pulak. 

Setelah melihat tawaran di atas, maka pencarian maklumat lanjut bermula. Kami memang dah lama berhajat nak memiliki mesin kopi. Tujuan nak mesin kopi adalah kami berdua peminat kopi dan nak kurangkan pengambilan kopi 3in1. Sebab utama nak kurangkan pengambilan 

Apabila nak kurangkan pengambilan kopi 3in1, maka dengan penuh dedikasi dan prihatin, aku sebagai isteri yang mengejar syurga merajinkan diri memasak serbuk kopi seminggu tiga ke empat kali setiap pagi. Leceh dan remehkan, mula-mula nak kena masak serbuk kopi, lepas tu kalau kopi membuak kena bersihkan dapur, dah masak kena tapis pulak. Tak akan nak bagi suami soleh minum dengan serdaknya sekali. Dah tapis nak kena masuk madu atau gula perang dengan susu segar atau seangkatannya. Mr.y lebih suka susu low fat or segar manakala aku suka susu full cream.

Bila tengok video cara pakai mesin kopi arissto ni, mak ai..mudahnya...

Bahagian-bahagian pada mesin kopi ini...


Video cara guna mesin kopi...

Sekarang percaya tak? mudahkan guna mesin ini. Lepas tengok mesin kita tengok kapsul kopi dia pulak. Banyak pulak pilihan rasa kopi dia, makanya tak adalah tiap pagi minum satu rasa je kopinya.


Kesudahannya kami pun ambil satu dahulu mesin ini...Maka gembiralah hati sang isteri.....
Plan Gold (kad kredit) yang Mr.Y ambik. Sebenarnya ada plan yang tek memerlukan deposit. Next time kita cerita pasal yang lain.

Aku suka design luar kotak dia...nampak kemas dan menarik...


Andai ada berminat nak tahu lebih lanjut pasal Arissto Coffee boleh whatsapp atau call
Mr.Yaman 012-6006419